1# Projek mengait 'granny square'

Kepingan 'granny square' yang belum siap
Pengalaman pertama mengait 'granny square' agak leceh juga kerana terpaksa berulang-ulang kali memutus dan mencantum tiga benang berlainan warna.  Untuk lebih mudah terlebih dahulu saya mengait sebanyak mungkin bahagian pertama menggunakan benang coklat sebelum beralih kepada cantuman benang berwarna purple.

Cantuman 'granny square'
Akhir sekali barulah saya mencantumkannya menggunakan benang berwarna hijau dan seterusnya dicantum-cantumkan seperti gambar di atas.  Sebenarnya mengait 'granny square' ini agak leceh dan memerlukan kita lebih banyak bersabar kerana ianya perlu dilakukan secara berperingkat-peringkat menggunakan warna benang berbeza supaya kelihatan lebih menarik.

0 comments:

 
Walai Krusye © 2008. Design by Pocket