Projek mengait 'granny square'

Asyik update blog dengan koleksi pattern krusye, kali ini saya update blog dengan cerita projek krusye terbaharu saya iaitu mengait 'Granny Square'.  Petang tadi saya menghabiskan lebih RM30 untuk membeli benang Acrylic bersaiz 2.5SMM.  Tidak sangka pula harga benang kait sekarang semakin mahal.

Harga segulung RM2.80
Jarum yang saya gunakan sahaja sudah berharga RM7.90, mahal betul tapi memandangkan benang yang saya beli bersaiz besar jadi terpaksa juga membeli jarum kait baharu.  Jarum kait ini mempunyai dua mata kait bersaiz 5/0 dan 6/0.

Harga jarum kait RM7.90
Saya sengaja beli 'rug yarn' supaya motif 'granny square' yang dihasilkan besar, tapi tidak sangka pula agak sukar juga untuk mengait benang yang bersaiz besar.  Sakit juga jari-jemari, lagi pula ini kali pertama saya mengait menggunakan benang dan jarum kait bersaiz besar.  Tapi hasilnya agak memuaskan kerana satu keping sahaja bersaiz kira-kira 8.5 sentimeter.

Granny Square bersaiz kira-kira 8.5 cm
Saya sebenarnya kurang gemar mengait 'granny square' kerana motif jenis ini memerlukan penggabungan beberapa warna  dan saya kurang mahir dalam soal-soal menggabungkan warna.  Ini 'granny square' pertama yang berjaya saya siapkan.  Saya bercadang untuk membuat 'sesuatu' daripada cantuman-cantuman 'granny square' ini nanti.  Tunggu hasilnya nanti pada post akan datang.

0 comments:

 
Walai Krusye © 2008. Design by Pocket