1# Cotton Cord Crochet bag

Beg Tali Cotton
Beg tali cotton yang kedua siap! yang pertama tu untuk pakai sendiri.  Hasil yang kedua ni lebih kemas berbanding yang pertama ... maklumlah yang pertama tu macam kira sesi percubaan yang menjadi la kiranya ♥‿♥

Saiz: 31cm (panjang) x 27cm (tinggi) x 6cm (lebar)
Sebenarnya, kedua-dua gambar ni merupakan beg yang sama cuma pencahayaan yang membuatkan warna beg ni kelihatan berbeza.  Gambar pertama tu saya ambil di bilik mini perpustakaan saya, sementara gambar kedua ni saya ambil membelakangi cahaya matahari dari luar tingkap.

Lining
Beg ni saya siapkan dalam sehari saja, tapi sesi menjahit lining yang mengambil masa agak lama. Beg ni simple saja, sekadar sesuai dibawa berjalan santai-santai di luar.

10 comments:

Fiszah_pjo said...[Reply to comment]

cord ni mahal tak dari benang biasa?cantik la beg ni.simple tapi kemas :)

MamaDaniel said...[Reply to comment]

cantik sangat tau!!! geram tengok!! :D

marinahunny said...[Reply to comment]

Cantiknyeeeee, sehari je siap? Kalu sy mau semingu nih hahahaha. Patten nya tu bermula dgn sc kemudian selang seli dgn dc ke?

Jaw @ MyGamanBorNeo said...[Reply to comment]

@fiszah_pjo ni sebenarnya tali untuk buat jala tapi sesuai sangat untuk buat beg. Saya beli segulung RM4.40 & beg ni guna 4 gulung.

Jaw @ MyGamanBorNeo said...[Reply to comment]

@MamaDaniel Thanks hehehe ... nanti cuba cari la tali cotton tu dekat kedai peralatan memancing.

Jaw @ MyGamanBorNeo said...[Reply to comment]

@marinahunny iya .. memang cepat siap sbb tali ni besar jadi kaitan pun cepat besar ... cuma kira-kira 24 round sj ni.

Saya byk guna hdc ni. Nanti saya cuba buat tutorial beg ni dlm blog :)

marinahunny said...[Reply to comment]

nak nak ! terima kasih sudi nk buat tutorial, ween pun nak try jugak nih...cantik :)

Aku_tulip said...[Reply to comment]

Linda....wahhhh nk buat tutorial ek....suka suka.....saya tunggu gak ni...cantik beg ni...

Jaw @ MyGamanBorNeo said...[Reply to comment]

@marinahunny hehehe ... ntah boleh faham ke tidak tutorial saya tu. mmg x pandai buat tutorial ni.

Jaw @ MyGamanBorNeo said...[Reply to comment]

@Aku_tulip rasanya mcm failed saja tutorial saya tu ... memang sah saya ni x pandai buat tutorial hehehe

 
Walai Krusye © 2008. Design by Pocket