Shopping Butang Kayu

Selain gila membeli benang, kini saya juga gila membeli butang-butang kraf.  Pantang nampak butang gerenti dengan tidak sengaja 'terbeli' biarpun koleksi butang-butang di rumah masih berlambak ♥‿♥ 

Boys - 27mm, Girls - 28mm
Ini first time saya membeli jenis butang kayu.  Semuanya comel-comel belaka dan harga pun agak 'comel' juga.  Butang boys & girls di atas ni saya beli pada harga 70 sen sebiji.

18mm
Butang kayu yang ada tulisan 'love you' ni pula berharga 30 sen sebiji.  Saya beli harga RM6.00 untuk menambah koleksi butang-butang yang sedia ada.

17mm
Butang kayu yang ni pun harga 30 sen sebiji dan saya beli harga RM6.00 juga.  Kalau diikutkan, saya lebih suka butang dua lubang berbanding empat lubang.  Butang dua lubang ni lebih mudah dijahit.  Tapi biasanya butang dua lubang agak terhad dan harga lebih mahal berbanding butang empat lubang.

2 comments:

this is madness said...[Reply to comment]

saya pon suka kumpul butang, sampaikan email pon buat cutelikebutton@gmail ahahahah, sama la hobi kita ni

Jaw @ MyGamanBorNeo said...[Reply to comment]

@this is madness hahaha ... wah sampai email pun ada perkataan button hehehe. Iya la memang tidak tahan tengok butang2 comel ... mesti mau beli, kalau x beli rasa x sedap hati hahaha

 
Walai Krusye © 2008. Design by Pocket