Tali Cotton Out Of Stock

Saya baharu sahaja balik dari misi mencari tali cotton yang marinahunny dan fiszah minta tolong belikan, tapi sayangnya semua tali cotton sudah habis dibeli oleh orang lain.  Sempat lagi saya tanya dengan taukeh tu siapa yang beli? lelaki atau perempuan? (hehehe .... kalau perempuan gerenti dia pun mengait beg) tapi taukeh tu cakap orang lelaki.  Nampaknya cuma kak zila saja la yang berpeluang mengait beg tali cotton. 
 
Sempat juga saya meronda-ronda beberapa buah kedai alat memancing dan hardware dari India Street hinggalah ke Padungan semata-mata mencari kedai yang ada menjual tali yang sama tapi semuanya tiada, malah ada yang tidak pernah tengok tali tu.  Macam betul pula apa yang taukeh tu cakap, tali jenis ni memang tidak dikeluarkan lagi.

Tadi saya google-google ada juga terjumpa pengeluar tali cotton ni di http://www.alibaba.com/ tapi semuanya di China.  Satu lagi saya jumpa dijual di e-bay dan terdapat pelbagai warna cuma harga agak mahal.  Saiz tali cotton yang dijual ialah 1mm dan harga RM3.40 untuk 5 meter. Sementara, tali cotton yang saya beli tu saiz 2mm dan panjang satu gulung kira-kira 75 meter dengan berat kira-kira 100 gram.  Satu beg saya gunakan 4 gulung tali cotton bersamaan kira-kira 300 meter. 
 

5 comments:

marinahunny said...[Reply to comment]

x mengapa lah linda hehehe.. Nt nk try jg pegi kedai2 lama kat tmpt sy, dkt perkmpungan org cina, bnyk jg kedai antik

Jaw @ MyGamanBorNeo said...[Reply to comment]

@marinahunny iya la, mungkin ada di jual di kedai2 lama. biasa benda kalau di cari ni memang payah mau jumpa.

Aku_tulip said...[Reply to comment]
This comment has been removed by the author.
Aku_tulip said...[Reply to comment]

Linda...betul agaknya apa yg taukeh kedai tu kata....tali tu dah tak kuar...agaknya tak ramai org beli

Jaw @ MyGamanBorNeo said...[Reply to comment]

@Aku_tulip iya la, saya sekarang di sabah, cari di KK & sandakan pun tidak jumpa tali cotton ni juga.

 
Walai Krusye © 2008. Design by Pocket