4# GA: Giveaway by Crochet.is.Fun

Empat hari tidak berkesempatan untuk update blog atas sebab musabab yang tidak dapat dielakkan.  Bukan itu sahaja, nampaknya tidak tercapailah hasrat untuk menyiapkan deretan projek-projek terbengkalai.  Menyiapkan tempahan yang diterima pun terpaksa mencuri-curi masa yang ada.  Harap customer tidak lari hahaha ...

KLIK & Join Giveaway by Crochet.is.Fun

Wokey la, tukar topik pula.  Sedang perasaan saya rasa down ... tunggang-terbalik ... cewah, terserempaklah pula dengan GA Amani.  Hadiah GA ni seperti gambar di atas.  GA bermula 27 Julai - 27 Oktober ... wow ... tiga bulan ... jadi masih panjang masa untuk perah-memerah otak mencari ayat-ayat power bagi memenangi hati Amani kerana antara syarat yang dikenakan ialah peserta perlu menyempurnakan salah satu ayat di bawah ♥‿♥
  1. I love Crochet.is.Fun because/ Saya suka Crochet.is.Fun kerana............  (not more than 25 words)
  2. I would suggest Amani  to/ Saya ingin cadangkan supaya Amani.............. (not more than 25 words)
Tapi part ayat-mengayat ni yang bikin lemah semangat, saya ni tidak pandai pula bermain bunga-bunga bahasa ... nasib baik Amani letakkan syarat tidak lebih 25 patah perkataan, jadi rasanya dua, tiga, empat, lima perkataan pun boleh pakai ... so, mari kita ramai-ramai mengeletek hati Amani dengan ayat-ayat powerrrr!

"Amani, Saya ingin cadangkan supaya Amani rajin-rajin share lebih banyak tutorial"  ♥‿♥

 
Walai Krusye © 2008. Design by Pocket