1# Beanie

Selamat Hari Raya kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam.  Selamat bercuti dan bergembira bersama keluarga di kampung halaman masing-masing.  Memandangkan saya ni tidak menyambut hari raya, jadi aktiviti kait-mengait tetap berjalan seperti biasa. 

Peach
Semua beanie ni saya kait beberapa hari lepas tapi lambat update dalam blog gara-gara line internet teruk sangat.  Saya dapat pattern free ni daripada Alli Crafts.  Seronok betul bila terjumpa blog ni sebab banyak pattern free.

Magenta
Semua beanie yang saya kait ni saiz untuk baby berusia tiga hingga enam bulan.  Memandangkan tiada benang bersaiz besar macam yang mereka gunakan, jadi saya gabungkan dua benang dan gunakan hook saiz 6/0 untuk mendapat hasil yang hampir sama.

Blue
Berkat selalu mengait berpandukan pattern bertulis, hasilnya sekarang saya semakin expert dan cepat memahami pattern bertulis dalam English .... cewah! ♥‿♥

0 comments:

 
Walai Krusye © 2008. Design by Pocket