3# Baby Set

Ini dia tempahan krusye mencabar oleh seorang customer online yang saya ceritakan sebelum ni.  Puppy Dog Hat dan diaper cover ni saiz untuk newborn baby.

Menyiapkannya tidaklah mengambil masa yang lama, tapi mau study gambar yang diemailkan oleh customer ni yang take time sebab terpaksa google mencari pattern free di internet.

Tiga hari google dan akhirnya terjumpa juga pattern puppy dog hat di Knitting & Crochet Blog.  Sementara pattern diaper cover ni saya jumpa di blog The Bradens.  

Masalahnya, pattern yang ada tidak sesuai dengan saiz benang kait yang saya gunakan.  Ntah benang saiz apa juga yang mereka gunakan kerana jumlah stitches sangat sedikit.  Jadi apa yang saya buat ialah menambah jumlah stitches sehingga mendapat saiz yang diinginkan.  

Untuk diaper cover ni ambil masa hampir dua hari juga untuk disiapkan selepas try and error.  Berbaloi juga menerima tempahan-tempahan macam ni sebab dapat belajar mengait benda baharu.  Ok la, next update nanti saya cerita pasal baby sneaker yang saya buat.

0 comments:

 
Walai Krusye © 2008. Design by Pocket