Selamat Menyambut Hari Malaysia

Tahun ini masuk tahun ketiga Hari Malaysia disambut secara rasmi selepas kerajaan mengistiharkan tarikh 16 September setiap tahun sebagai cuti umum sempena sambutan Hari Malaysia.  Untuk rekod, tarikh 16 September setiap tahun merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri dan bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia.  Bagaimanapun, bermula pada tahun 2010, tarikh 16 September diistiharkan sebagai cuti am di semua negeri di Malaysia bersempena dengan sambutan Hari Malaysia.  Suatu ketika dahulu, tarikh 16 September ini dipanggil sebagai hari pembentukan Malaysia oleh penduduk Sabah dan juga Sarawak.

0 comments:

 
Walai Krusye © 2008. Design by Pocket