WIP: Cenderahati Perkahwinan Pam & Jem (2#)

Masih berada di bulan Januari, jadi belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 semua!  Sibuk sangat dengan pelbagai komitmen yang tidak berkaitan dengan aktiviti kait-mengait dan baru hari ini berkesempatan meng'update blog.

Tempahan door gift
Aktiviti krusye terkini untuk tahun 2013?  Setakat ini belum ada lagi.  Hari ni cuma busy membungkus wedding door gifts tempahan Pam & Jem untuk hari perkahwinan mereka pada 9 Februari akan datang. 

Pakej termasuk tag dan pembungkusan
Kerja-kerja mengait sebenarnya sudah lama siap tapi baru hari ini ada lapang sedikit untuk kerja-kerja mengisi tisu dan membungkus.  Rabu ini akan diposkan dan semoga pasangan ini gembira dengan hasil kerja tangan saya ♥‿♥

4 comments:

marinahunny said...[Reply to comment]

comellllll sgt! Saya suka gabungan wrna tu sweet je

lia said...[Reply to comment]

wah!byknya...brp lama nk siap ni ye...

Jaw @ MyGamanBorNeo said...[Reply to comment]

@marinahunny Thanks. Warna ni request sendiri drp customer ♥‿♥

Jaw @ MyGamanBorNeo said...[Reply to comment]

@lia 110 pcs semua. Kira2 2 bln jg mau menyiapkan semua ni. Huh! lega bukan kepalang bila semua siap :)

 
Walai Krusye © 2008. Design by Pocket