HELLO buat semua pencinta seni krusye

Lamanya tidak update blog Walai Krusye, entri terakhir pun pada 16 Mac 2015 ... hari ni sudah 12 Mei 2016.  Memang hebat!  Mau menulis semula pun rasa agak kekok pula.  

Sebenarnya, saya masih lagi aktif mengait walaupun tidak update blog dalam tempoh yang begitu lama.  Cuma, masa tidak mengizinkan.  Bukan blog sahaja yang saya tidak update, FB Walai Krusye pun jarang-jarang kena update.

Masa untuk melayan jarum kait dan benang pun agak terhad.  Malah, tempahan yang diterima juga saya hadkan kepada yang mudah dan cepat disiapkan.    Dalam tempoh tersebut, boleh dikatakan segala masa dan tenaga hanya tertumpu kepada anak yang semakin membesar.  

Sekarang ini, hero kecil saya sudah mencecah usia setahun lapan bulan ... sudah mula sibuk bermain sendiri.  Jadi, rasanya sudah tiba masanya untuk saya kembali menulis blog ... kembali berkongsi hobi ... kembali berkongsi ilmu ... kembali berkongsi pengalaman ... dan macam-macam lagi la.

Ok la, setakat ini sahaja, jumpa lagi pada entri yang akan datang.

2 comments:

lia said...[Reply to comment]

hi....selamat kembali berblog...biasalah anak tengah membesar memang tak sempat nak uruskan semua...harap lepas ni dapat tengok hasil2 kait yang menarik di blog walai krusye...:)

Jaw @ MyGamanBorNeo said...[Reply to comment]

@lia Tq lia. Harap dpt update blog at least sekali seminggu la lepas ni.

 
Walai Krusye © 2008. Design by Pocket