Shopping Butang Kayu

Selain gila membeli benang, kini saya juga gila membeli butang-butang kraf.  Pantang nampak butang gerenti dengan tidak sengaja 'terbeli' biarpun koleksi butang-butang di rumah masih berlambak ♥‿♥ 

Boys - 27mm, Girls - 28mm
Ini first time saya membeli jenis butang kayu.  Semuanya comel-comel belaka dan harga pun agak 'comel' juga.  Butang boys & girls di atas ni saya beli pada harga 70 sen sebiji.

18mm
Butang kayu yang ada tulisan 'love you' ni pula berharga 30 sen sebiji.  Saya beli harga RM6.00 untuk menambah koleksi butang-butang yang sedia ada.

17mm
Butang kayu yang ni pun harga 30 sen sebiji dan saya beli harga RM6.00 juga.  Kalau diikutkan, saya lebih suka butang dua lubang berbanding empat lubang.  Butang dua lubang ni lebih mudah dijahit.  Tapi biasanya butang dua lubang agak terhad dan harga lebih mahal berbanding butang empat lubang.

Shopping Butang

110 biji butang pelbagai warna
Hampir RM20.00 saya habiskan semata-mata untuk membeli butang pada Rabu lepas.  Rambang mata betul bila tengok pelbagai jenis butang comel dijual di kedai kraf, rasa mau beli saja semua tapi duit pula tidak mengizinkan ^_^

Butang kecil berbunga-bunga tu saja 25 sen sebiji dan untuk sedozen RM2.50, jadi saya beli lima dozen berlainan warna.  Sementara butang biasa tu harga RM1.00 sepeket berisi 10 biji, saya beli lima peket berlainan warna juga. Mesti cantik butang-butang ni digunakan untuk projek-projek krusye nanti ^_^

Shopping Aksesori Projek Krusye

Aksesori kraf yang dibeli
Hujung minggu sentiasa merupakan hari terbaik untuk jalan-jalan cuci mata.  Kelmarin ketika jalan-jalan cuci mata di bandaraya Kuching, terserempak pula dengan kedai kraf dan macam biasa, pantang nampak kedai yang menjual aksesori-aksesori kraftangan, gerenti dengan sengaja singgah sebenar. 

Pin keronsang
Sebentar kononnya, tapi hampir sejam juga pusing-pusing menilik setiap barangan dan sempat juga membeli beberapa aksesori kecil untuk projek krusye akan datang.  Antara yang dibeli ialah pin keronsang untuk projek keronsang five petal button flower yang saya buat sebelum ini.  Idea ni pun saya dapat dari marinahunny, thanks marina.

Manik untuk bunga krusye
Manik ni pula saya beli sebagai aksesori tambahan pada projek keronsang saya nanti.  Harap menjadilah nanti, sebab belum pernah lagi buat keronsang.  Jahit manik pun belum pernah ada pengalaman lagi.  Jadi tunggu dan lihat sahajalah hasilnya nanti.

Butang untuk baby booties
Hurmmm ... memang setiap kali singgah kedai kraf tidak sah kalau tidak buang duit ^_^ ada-ada saja benda yang terbeli tanpa dirancang.  Ternampak longgokan butang warna-warni, apa lagi tangan pun gatal sangat mau belek-belek dan beli enam peket untuk stok butang baby booties nanti.

Kain untuk lining
Selain tu, saya juga membeli kain untuk lining untuk tote bag granny square 1# dan 2#.  Jahit lining pun bukan pandai sangat, jadi itu sebab beli kain yang tidak licin dan mudah untuk dijahit.

Tambah stok benang
Stok benang masih banyak lagi, tapi tangan ni gatal sangat mau tambah stok yang masih berlambak di rumah.  Akhirnya beli empat buku benang saja asal tidak kempunan kata orang.  Syukurlah ada suami yang tidak pernah komplen malah menyokong minat saya terhadap bidang kait mengait ni ^_^
 
Walai Krusye © 2008. Design by Pocket