Tempahan Dalam Bulan September

Hello ... baru hari ini berkesempatan meng'update blog dengan aktiviti terkini.  Akhir-akhir ini saya agak sibuk menyiapkan tempahan yang berderet-deret.  Gambar-gambar di bawah ni antara yang saya teringat mau ambil.  Ada yang tidak sempat mau ambil gambar disebabkan kekangan masa.

Mary Jane style - newborn size
Kasut bayi untuk newborn ini merupakan tempahan pelanggan yang pernah menempah crocodile stitch bag sebelum ini.  Booties ni khas untuk dihadiahkan kepada rakannya yang bakal melahirkan anak tidak lama lagi.  Warna adalah pilihan pelanggan sendiri.

Samsung Galaxy pouch
Smartphone pouch ni pula tempahan rakan en.hubby.  Warna pilihan adalah hitam ... huh! sangat mencabar juga mengait menggunakan benang hitam.  Ditambah lagi dengan kerja menjahit felt hitam sebagai lining ... lagi la mata rasa naik juling & berair hehehe.

Crocodile stitch bag & baby sets
Dua baby set beserta crocodile stitch bag ni pula tempahan isteri kazen hubby saya yang bakal melahirkan anak kedua pada Oktober ini. 

Ok la, setakat ini sahaja ... ada satu lagi tempahan smartphone pouch berwarna hitam yang perlu dijahit lining serta tiga lagi tempahan fat botom bag yang perlu disiapkan.  Sehingga bertemu pada entri akan datang ... salam kait mengait daripada saya.

1# Baby Cardigan/Jacket/Dress

Hello semua!  Hari ni saya mau share kejayaan saya menyiapkan jaket bayi buat julung-julung kalinya.  Cewah ... memang aura ke'gumbiraan melampau-lampau hari ni.  Maklumlah, usaha sangat berbaloi biarpun mata pedih menghadap skrin laptop berjam-jam lamanya semata-mata untuk study cara-cara mengait baju baby.


Biasalah, kali pertama pasti ada banyak kesilapan sana-sini ... rasa mau putus asa juga pada mulanya.  Tapi dikuatkan juga semangat.  Gambar di atas ni menunjukkan sebelah kiri tu hampir siap tapi silap la pula pada bahagian lengan, jadi terpaksa buka dan kait semula (kanan).

Newborn - 3 month set

Dua hari bertungkus-lumus akhirnya siap!  Terlebih rajin la pula, siap sekali dengan beanie hehehe ... Benang, saya gunakan sebiji benang Ecosse Baby warna Fuschia/White, jarum pula guna hook saiz 3.5mm.  Pattern jaket bayi ni saya dapat di sini:  http://www.patternsforcrochet.co.uk/coat-hat.html

7# Baby Set

Selamat berhujung minggu! Memandangkan semalam sudah keluar jalan-jalan cuci mata di The Springs, so hari ni saya spend time untuk meng'update blog.  Update hari ini ialah salah satu latest koleksi baby set yang saya siapkan bulan lepas.  Benang yang saya gunakan ialah benang polyester dengan hook saiz 6/0.  Oren gitu ♥‿♥

Sesuai untuk bayi berusia 3 - 6 bulan


6# Baby Set

Lagi cerita pasal baby set, set yang ni pula hasil daripada mix & match 1#beanie dengan 9#Baby Booties.  Baby set ni pun dah dibeli oleh rakan satu opis hubby saya pada 30 Ogos lepas.  Hehehe ... rezeki bulan kemerdekaan ♥‿♥





5# Baby Set

Happy September!!! Ada sebarang planning untuk projek krusye sepanjang September ini?  Macam tidak sedar masa berlalu dengan pantas berikutan kesibukan jari-jemari bermain jarum kait dan benang setiap hari. 


Baby set ni sebenarnya siap kira-kira dua minggu lepas tapi terlupa pula mau update.  Selain tu, baby set ni dah pun dibeli orang ♥‿♥


4# Baby Set

Selesai sesi fotografi 12# baby booties dan baby aviator hat.  Kalau line internet mengizinkan, mungkin koleksi terbaharu ni akan dilancarkan di FB Walai Krusye pada esok bersamaan 31 Ogos ni bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55.  Cewah ... macam fashion designer pula ada sesi pelancaran   ♥‿♥








3# Baby Set

Ini dia tempahan krusye mencabar oleh seorang customer online yang saya ceritakan sebelum ni.  Puppy Dog Hat dan diaper cover ni saiz untuk newborn baby.

Menyiapkannya tidaklah mengambil masa yang lama, tapi mau study gambar yang diemailkan oleh customer ni yang take time sebab terpaksa google mencari pattern free di internet.

Tiga hari google dan akhirnya terjumpa juga pattern puppy dog hat di Knitting & Crochet Blog.  Sementara pattern diaper cover ni saya jumpa di blog The Bradens.  

Masalahnya, pattern yang ada tidak sesuai dengan saiz benang kait yang saya gunakan.  Ntah benang saiz apa juga yang mereka gunakan kerana jumlah stitches sangat sedikit.  Jadi apa yang saya buat ialah menambah jumlah stitches sehingga mendapat saiz yang diinginkan.  

Untuk diaper cover ni ambil masa hampir dua hari juga untuk disiapkan selepas try and error.  Berbaloi juga menerima tempahan-tempahan macam ni sebab dapat belajar mengait benda baharu.  Ok la, next update nanti saya cerita pasal baby sneaker yang saya buat.

2# Baby Set

Yes!!! tidak sia-sia saya menghadap laptop berjam-jam lamanya mengkaji detail mengait owl hat & booties ni ... akhirnya berjaya juga menyiapkannya.  Biarpun banyak pattern free yang ditemui tapi tidak dapat diikuti sepenuhnya sebab mereka gunakan benang tebal jenis baby chunky yarn.  Jadi saya gunakan asas mengait topi serta merujuk gambar-gambar close up google di Owl hat pix & Owl booties pix.  Hasilnya sangat comel tapi membuatnya sangat leceh. 

Booties 4' & Hat 16'

1# Baby Set

Baby Hat warna pink ni baru siap semalam.  Sementara baby hat biru laut tu pula sudah lama siap cuma saya ubah suai sedikit.  Baby booties berbutang bugs ni pun sudah lama siap dan tidak ingat mau update.  Sebenarnya banyak lagi gambar yang belum diupdate di blog ... banyak sangat sampai malas mau upload.  Kes ni belum masuk lagi projek-projek krusye terbengkalai ♥‿♥



 
Walai Krusye © 2008. Design by Pocket