6# Fat Bottom Bag

Helooo ... Hari ini tiada cerita menarik, cuma saya mau kongsikan fat bottom bag yang telah saya siapkan pada Selasa lepas.  Ini merupakan tempahan daripada rakan sekerja hubby saya.  

Menggunakan benang Feriye Ince (purple lavender)
Dia mau sama seperti dalam gambar dalam album FB Walai Krusye.  Nasib baiklah stok benang feriye ince warna purple lavender mencukupi.  Benang ni best dibuat beg tapi sayang benang ni macam tidak dikeluarkan lagi oleh Ice Yarns.  Pilihan warna-warna yang tinggal pun semakin terhad.

Lining
Ok lah, setakat ini sahaja untuk hari ini.  Sehingga bertemu pada entri akan datang.  Salam kait-mengait daripada saya ♥‿♥

#Berhajat mau buat tutorial fat bottom bag atas permintaan ramai tapi bila teringat tutorial beg tali cotton yang kurang menjadi ... rasa tidak yakin pula.

1# Hobo Bag

Sambil mengait sambil menonton rancang-rancangan tv menarik sepanjang raya ... tup ... tup ... siap satu beg.  Beg ni dipanggil "hobo bag".  Kenapa dipanggil "hobo" ... mmmm ... saya pun kurang pasti.

Menggunakan benang Atlas warna kelabu
Patternnya sangat mudah difahami dan beg ini hanya menggunakan sebuku benang atlas.  Jarum pula saya gunakan saiz 5mm.  

Menggunakan benang atlas warna kelabu
Langkah seterusnya ialah memikirkan bagaimana hendak menjahit lining dan zip pada beg ini.  Bab-bab menjahit lining dan zip la perkara yang selalu membuatkan saya stress, maklumlah tidak mahir sangat dalam soal-soal menjahit.

Saiz 20cm (tinggi) x 34cm (lebar)
Ok la, setakat ini sahaja.  Apabila selesai menjahit lining dan zip pada beg ini nanti, saya akan kongsikan di blog ini.  Sebelum mengundur diri, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri" kepada semua.


2# Crocodile Stitch Bag

Lagi cerita mengenai beg buaya.  Sebenarnya ini merupakan tempahan daripada seorang customer pada Jun lepas.  Saiz beg ni sederhana saja iaitu kira-kira 35cm (panjang) x 22cm tinggi.  Dalam beg ni saya sumbat kain supaya nampak comel dan bulat sama seperti dalam gambar pattern yang saya beli di  http://www.etsy.com/shop/natyo2010.  

Menggunakan benang Feriye Ince, Ice yarns.
Sementara, gambar dibawah ini pula merupakan tiga lagi crocodile stitch bag yang saya jual ketika di "Weekend Flea Market" pada 6 & 7 Julai lepas bertempat di Green Heights Mall, Jalan Lapangan Terbang, Kuching.

Tiga crocodile stitch bag tersebut berjaya terjual
Seronok mengait crocodile stitch bag ni biarpun agak rumit.  Tapi serumit-rumit mengait stitch tersebut, rumit lagi proses menjahit lining pada beg ni.  Walau bagaimanapun, segalah keletihan tersebut terbayar apabila mendapat respon yang positif daripada pelanggan ♥‿♥

Ok la, sehingga bertemu pada entri yang lain pula.  Kepada yang beragama Islam, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat berpuasa.

1# Crocodile Stitch Bag

Mempersembahkan beg buaya atau crocodile stitch bag pertama saya.  Cewah, tidak mampu memiliki beg kulit buaya ... crocodile stitch bag pun jadilah ♥‿♥  Hampir tiga hari juga masa diambil untuk menyiapkan beg ni, inipun belum jahit lining lagi.  

Benang Feriye Ince, Lilac Lavender
Biarpun teknik crocodile stitch agak rumit dan banyak menggunakan benang tapi hasilnya memang tidak mengecewakan.  Saya beli pattern ni daripada etsy dan maaf sebab tidak dapat share pattern ni sebagai menghormati hak cipta pemiliknya.  Pattern ni boleh dibeli di http://www.etsy.com/shop/natyo2010.  

Saiz:  35cm (panjang) x  22cm (tinggi)
Patennya mudah difahami tapi bentuk beg yang saya kait tidak pula bulat secomel contoh gambar yang diberikan.  Tapi en.hubby cakap sudah cukup cantik ... cewah!  Ok lah jumpa kita jumpa lagi pada entri yang akan datang.  

3# Granny Square Bag

Kerajinan tahap gaban membuatkan saya berjaya menyiapkan lima granny square bag dalam tempoh dua minggu.  Fuh ... beginilah kalau aura rajin singgah dan bertamu di hati hehehe.  Tiga beg warna biru, lilac dan pink ni saya guna benang nona saja.  Saiz kira-kira 31 cm (tinggi) x 32 cm (lebar).

Sementara yang dua beg terakhir tu saya gunakan benang Feriye Ince daripada Ice Yarns. Pattern pula daripada pattern yang digunakan dalam Projek Kutu GS (Granny Square Exchange) yang saya sertai.  Ok la, selamat menjamu mata dan sehingga berjumpa pada entri yang lain.






5# Fat Bottom Bag

Selamat hari Khamis semua,  hari ni mood untuk update blog telah menyapa kembali.  Update hari ini sekali lagi mengenai fat bottom bag ... asyik-asyik fat bottom bag kan ... tapi inilah dikatakan rezeki daripada fat bottom bag.

Rainbow fat bottom bag
Semua fat bottom bag ini merupakan tempahan daripada kak Tina.  Tempahan ni saya terima pada penghujung Mac dan telahpun siap dan diserahkan pada awal Mei.


Sekali tengok macam warna gula-gula lolipop pula
Kak Tina menempah tujuh beg dan salah satu warna beg sama macam dalam entri 4# Fat Bottom Bag.  Lega bila berjaya menyiapkan semua beg ni.  

4# Fat Bottom Bag

Selamat hari Jumaat dan salam kait mengait daripada saya.  Entri hari ini ...  Fat bottom bag lagi ♥‿♥ Ini merupakan salah satu tempahan customer yang telah siap dan telahpun diposkan kepada tuannya.

Gabungan warna pilihan pelanggan sendiri
 Ini merupakan tempahan  fat bottom bag kesembilan yang saya terima sejak Februari lepas.  Terkini, saya sedang bertungkus-lumus menyiapkan tujuh lagi fat bottom bag yang ditempah oleh seorang customer.  

Bahagian dalam
Jadi, setakat ini sahaja untuk hari ini ... sehingga bertemu kembali pada entri akan datang.  

3# Fat Bottom Bag

Bulan Februari yang sangat sibuk dan padat dengan jadual menyiapkan beberapa tempahan fat bottom bag.  Fat bottom bag versi saya ni simple saja, cuma ada lining pada bahagian dalam dan butang kayu.  Ok la, setakat ini sahaja yang dapat saya kongsikan pada hari ini, sehingga berjumpa pada entri yang akan datang.  Selamat hari Selasa dan salam kait-mengait daripada saya ♥‿♥

Sebahagian tempahan customer online

Tempahan daripada aunty

Tempahan daripada kakak ipar menggunakan benang Feriye Ince, Lilac Lavender

2# Fat Bottom Bag

Lagi fat bottom bag!  Cewah ... "practice makes perfect" dan dengan kerajinan tahap gaban pada minggu lepas maka terhasil la fat bottom bag kedua.  Hasil yang kedua ni lebih kemas berbanding yang pertama.

Saiz:  10' (tinggi) x 14' (panjang)
Kali ini saya menggunakan benang acrylic biasa (double strands).  Saiz kira-kira 10 inci (tinggi) x 14 inci (panjang), saiz ni lebih kurang handbag biasa saja.

Lining bahagian dalam
Gambar di atas ni pula gambar bahagian dalam.  Lining menggunakan kain biasa saja dan tidak berzip ... huhu ... tidak pandai sangat menjahit zip.  Ok la, sehingga berjumpa di lain entri.  Salam kait-mengait daripada saya ♥‿♥

1# Fat Bottom Bag

Dalam seminggu ni asyik kait ... buka ... kait ... buka ... dan akhirnya berjaya juga menyiapkan projek krusye pertama tahun 2013 ini.  Cabaran utama ialah mengait pada bahagian tepi untuk membentuk handle beg yang agak mengelirukan.  Dengan kejayaan ini .... cewah ... bolehlah saya cuba menggabungkan pelbagai warna benang untuk projek fat bottom bag yang kedua ♥‿♥  

Saiz kira-kira 13' (lebar) x 9' (tinggi)

Pattern dan cara-cara mengait beg ini boleh didapati di sini.  Selamat mencuba!

Daisy Crochet Bag

Beg krusye menggunakan benang hitam/hijau ni merupakan salah satu projek terbengkalai yang akhirnya berjaya saya siapkan.  Untuk hiasan, saya gunakan bunga 10# Friday Flowers bersama butang kayu saiz 4cm serta diserikan lagi dengan taburan acrylic gem stones berwarna hijau muda.  Beg ni saya gunakan double yarn dengan hook saiz 6/0.

Saiz: 29cm (Lebar) x 29cm (Tinggi)

1# Bulky Yarn Crochet Bag

Hari ni saya cuba sedaya upaya  meluangkan masa menyiapkan beberapa projek terbengkalai dan berharap dapat menyiapkan semuanya dalam minggu ni sekiranya tiada sebarang tempahan diterima.  Beg di bawah ni merupakan salah satu daripada tiga projek beg krusye yang terbengkalai sejak Mei lepas.  Dua daripadanya merupakan tempahan adik saya sendiri ... hehehe ... ♥‿♥ 

29.5 cm (Lebar) x 29 cm (Tinggi)
Beg ini, saya gunakan benang bulky Minlon Kool dan dikait menggunakan hook saiz 6mm.  Sementara untuk hiasan, saya tampalkan sahaja bunga daripda 9# Friday Flowers.  Tinggal dua lagi beg krusye yang perlu disiapkan ... chayo ... chayo ...

1# Pineapple Crochet Bag

Jeng ... jeng ... jeng ... projek krusye lain belum siap tiba-tiba beg krusye corak bunga nanas ni pula yang siap dulu.  Saya gunakan dalam 3 bundle kecil 1MM Waxed Cotton Cord dengan hook saiz 5mm.  Warna merah lagi tu  ♥‿♥

22cm (Lebar) x 24.5cm (Tinggi)
Warna hitam dalam beg ni sebenarnya beg plastik hitam yang saya  sengaja sumbatkan supaya motif bunga nanasnya lebih ketara dalam gambar ♥‿♥

Boleh muat purse, handphone dan cosmetic pouch kecil.
Beg ni simple saja dan sesuai untuk dibawa ke aktiviti santai-santai untuk mereka-mereka yang malas membawa handbag besar.  Untuk pengetahuan, beg ni boleh disiapkan dalam tempoh sehari.

2# Cotton Cord Crochet Bag

Ini satu lagi beg tali cotton yang saya siapkan pada Rabu lepas semasa menanti proses pengeringan tali cotton yang telah saya warnakan tu kering.  Masih menggunakan corak dan motif yang sama seperti beg tali cotton sebelum ni, tapi yang ni saya buat lebih pendek ... kira ala-ala handbag gitu ♥‿♥

Saiz: 31cm (panjang) x 20.5cm (tinggi) x 6cm (lebar)
Saya gunakan tali cotton yang nampak seperti tali buruk (macam kotor) tu tanpa dicuci, cuma saya tepuk-tepuk dan pukul-pukulkan pada pagar rumah bagi menghilangkan debu-debu kotoran.  Warnanya lebih menarik berbanding tali yang sudah dicuci.  Inilah orang kata, don't jugde a book from its cover ... cewah!
Cotton Cord Crochet Bag
Tidak sangka juga ada rakan-rakan blogger yang tertarik dengan tali cotton ni, baru-baru ni kak zila dari blog sufiku ada beli 3 gulung tali ni dari saya.  Marinahunny pula mau 8 gulung ... itu pun kalau masih ada stok katanya.  Last hari tu saya beli, masih ada tinggal baki kira-kira 10 gulung dekat kedai taukeh tu ... harap masih ada dijual la.

**Hari ni tidak dapat turun bandar sebab hubby ada program dinner malam nanti jadi esok sajalah pegi kedai tu ... lagi best ada driver dan tidak perlu pening-pening cari parking ♥‿♥

1# Cotton Cord Crochet bag

Beg Tali Cotton
Beg tali cotton yang kedua siap! yang pertama tu untuk pakai sendiri.  Hasil yang kedua ni lebih kemas berbanding yang pertama ... maklumlah yang pertama tu macam kira sesi percubaan yang menjadi la kiranya ♥‿♥

Saiz: 31cm (panjang) x 27cm (tinggi) x 6cm (lebar)
Sebenarnya, kedua-dua gambar ni merupakan beg yang sama cuma pencahayaan yang membuatkan warna beg ni kelihatan berbeza.  Gambar pertama tu saya ambil di bilik mini perpustakaan saya, sementara gambar kedua ni saya ambil membelakangi cahaya matahari dari luar tingkap.

Lining
Beg ni saya siapkan dalam sehari saja, tapi sesi menjahit lining yang mengambil masa agak lama. Beg ni simple saja, sekadar sesuai dibawa berjalan santai-santai di luar.

Beg Tali Cotton Siap!

Beg tali cotton (cotton cord) saya sudah siap yeah! saya menggunakan empat ikat tali untuk menyiapkan beg ni (tidak termasuk bunga krusye).  Sebelum ni saya cuma membeli tiga ikat, jadi petang tadi terpaksalah turun ke India Street, Kuching semata-mata untuk membeli beberapa ikat lagi tali cotton ni.  Maklumlah tidak sabar untuk menyiapkannya ♥‿♥

Warna tali tidak sama la pula
Tapi bila siap, baru perasan warna tali tidak sama pula hehehehe ... tali yang dibeli petang tadi berwarna agak kuning kecoklatan sementara tali yang pertama saya beli berwarna kuning-kuning air.  Sekarang ni beg dalam proses rendaman dalam air sabun ... mungkin warna benang tersebut kotor.  Esok pagi, kalau warna tidak berubah maknanya kena pergi ke kedai tersebut juga sebab tali ni tidak dijual di kedai peralatan memancing berdekatan.

Frothy flower
Untuk hiasan, saya gunakan frothy flower dan proses mengait bunga ni menggunakan tali cotton yang agak keras ni sangat-sangatlah rumit dan mencabar .  Rasanya hampir sejam juga saya menyiapkan bunga ni sebab banyak kali berhenti merehatkan tangan.

Close up pix
Untuk beg ni saya buat ikut pandai sendiri saja tanpa merujuk mana-mata pattern.  Mengait beg menggunakan tali cotton ni memang cepat siap sebab saiz tali yang besar.  Saya banyak gunakan half double crochet dan sebahagiannya double crochet dan juga single crochet

2# Granny Square Bag

Granny square
Ini projek granny square saya yang baru siap beberapa hari lepas, tapi lambat update dalam blog gara-gara line internet slow tahap gaban.  Sebanyak 37 keping diperlukan untuk menghasilkan beg granny square seperti di bawah.  Seronok juga mengait granny square ni, tapi yang paling leceh ialah ketika hendak mencantum-cantumkannya.

Granny Square Bag - Saiz 33cm (Tinggi) x 30cm (Lebar)

1# Granny Square Bag

Kepingan granny square
Projek granny square bag saya yang pertama terus terbengkalai gara-gara benang masih tidak mencukupi.  Sementara menanti kelapangan untuk membeli stok baru, saya menggunakan stok benang-benang yang ada untuk membuat granny square lain.

Hasil cantuman
Gambar di atas merupakan hasil cantuman kepingan granny square dan sebanyak 30 keping diperlukan untuk menghasilkan sebuah beg seperti gambar di bawah.  Benang yang saya gunakan ialah benang Nona berharga RM2.50 segulung dan menggunakan jarum bersaiz 5/0.

Granny Square Bag - Saiz 29cm (T) x 30cm (L)
 
Walai Krusye © 2008. Design by Pocket