Masih lagi blogging dari Beluran, daerah dan kampung halaman tempat saya membesar. Semua gambar di bawah ni merupakan projek krusye saya suatu ketika dahulu, rasanya semua ini saya buat sekitar tahun 2007-2008 dan saya berikan kepada mama untuk digunakan menghias rumah di kampung.
 |
| Table Cloth |
Untuk pengetahuan, inilah alas meja yang paling besar pernah saya kait setakat ini iaitu menggunakan sebanyak 108 keping joining motif. Entah bila lagi dapat aura rajin tahap gaban mengait alas meja seperti ini. Alas meja kopi ni saya gunakan benang cotton jenama Anchor. Benangnya sedikit keras tapi tahan lasak.
 |
| Center Piece |
Doily ni pula merupakan doily yang paling saya gemari. Patternnya saya pinjam daripada aunty hubby saya. Saya buat dua, satu saya tinggalkan di rumah di Beluran ni dan satu lagi untuk koleksi sendiri. Kedua-duanya menggunakan benang putih jenis minlon poly.
 |
| Table runner |
Untuk alas meja sebenarnya saya lebih suka gunakan benang putih sebab warna putih ni boleh dikategorikan warna paling selamat kerana sesuai dengan semua situasi. Table runner di atas merupakan cubaan pertama saya menggunakan warna selain putih. Oren lagi tu, rasanya warna putih tetap pilihan utama saya untuk projek mengait table runner, table cloth atau doily pada masa akan datang.