1# Baby Cardigan/Jacket/Dress

Hello semua!  Hari ni saya mau share kejayaan saya menyiapkan jaket bayi buat julung-julung kalinya.  Cewah ... memang aura ke'gumbiraan melampau-lampau hari ni.  Maklumlah, usaha sangat berbaloi biarpun mata pedih menghadap skrin laptop berjam-jam lamanya semata-mata untuk study cara-cara mengait baju baby.


Biasalah, kali pertama pasti ada banyak kesilapan sana-sini ... rasa mau putus asa juga pada mulanya.  Tapi dikuatkan juga semangat.  Gambar di atas ni menunjukkan sebelah kiri tu hampir siap tapi silap la pula pada bahagian lengan, jadi terpaksa buka dan kait semula (kanan).

Newborn - 3 month set

Dua hari bertungkus-lumus akhirnya siap!  Terlebih rajin la pula, siap sekali dengan beanie hehehe ... Benang, saya gunakan sebiji benang Ecosse Baby warna Fuschia/White, jarum pula guna hook saiz 3.5mm.  Pattern jaket bayi ni saya dapat di sini:  http://www.patternsforcrochet.co.uk/coat-hat.html

3# Fat Bottom Bag

Bulan Februari yang sangat sibuk dan padat dengan jadual menyiapkan beberapa tempahan fat bottom bag.  Fat bottom bag versi saya ni simple saja, cuma ada lining pada bahagian dalam dan butang kayu.  Ok la, setakat ini sahaja yang dapat saya kongsikan pada hari ini, sehingga berjumpa pada entri yang akan datang.  Selamat hari Selasa dan salam kait-mengait daripada saya ♥‿♥

Sebahagian tempahan customer online

Tempahan daripada aunty

Tempahan daripada kakak ipar menggunakan benang Feriye Ince, Lilac Lavender

1# Projek Kutu GS

Selamat hari Rabu!  apa projek terkini benang & jarum anda?  Saya sekarang ni sibuk sedikit menyiapkan tempahan fat bottom bag.  Dalam sibuk-sibuk pun sempat juga saya join group main Kutu GS di Facebook.  Mula-mula tidak faham juga apa maksud kutu gs ... rupa-rupanya main kutu granny square.  Konsepnya sama seperti main kutu dengan duit.

Projek kutu Granny Square
Bezanya, kutu gs ni tidak melibatkan sebarang transaksi kewangan tetapi menggunakan kepingan-kepingan granny square sebagai transaksi.  Setakat ini terdapat sepuluh orang dalam kumpulan yang saya sertai, setiap seorang perlu menyumbangkan 35 keping granny square mengikut pattern yang diberi kepada penerima.  Saya merupakan penerima granny square ke-lapan.

Saiz:  3.5 inci x 3.5 inci

Projek ni baru bermula beberapa hari lepas dan setiap kami perlu mengeposkan 35 keping granny square kepada penerima setiap 19 haribulan pada setiap bulan sehingga habis giliran.  Seronok juga menyertai permainan seperti ini, sekurang-kurangnya dapat memotivasikan diri.  Ok lah ... setakat ini sahaja.  Bertemu di lain entri untuk cerita-cerita krusye yang lain.

Happy Valentine's Day

Selamat meraikan Hari Valentine kepada mereka yang meraikannya.  Valentine tahun ini diraikan sama seperti tahun-tahun sebelum ini iaitu makan malam bersama di luar.  Sederhana tapi istimewa ♥‿♥



PROMOSI JUALAN TAHUN BARU CINA (1 - 10 FEB)

Hello kepada semua peminat benang dan peminat seni krusye.  Entri saya hari ini cuma untuk mempromosikan CNY SALES untuk tujuh jenis benang kait di bawah.  Promosi berlangsung bermula 1 Feb ini sehingga 10 Feb.  

FREE SHIPPING untuk pembelian RM100 dan ke atas.  Sila klik link di bawah untuk maklumat lanjut.  Untuk pembelian, sila email ke home.niaga@yahoo.com.






 
Walai Krusye © 2008. Design by Pocket