Bila Tali Nampak Macam Benang Kait

Saya kurang pasti sama ada mata saya ni bermasalah ataupun kecintaan terhadap seni krusye yang membuatkan mata saya melihat tali pun boleh dikait seperti benang ♥‿♥ kelmarin tadi ketika limpas sebuah kedai peralatan memancing tiba-tiba mata saya tertarik dengan tali berwarna kuning air di bahagian hadapan kedai tersebut.

Tali cotton
Perkara pertama yang terlintas di fikiran saya pada ketika itu ialah "macam ok saja tali ni untuk dijadikan salah satu projek krusye".  Tidak perlu fikir panjang-panjang saya terus membeli tiga ikat.  Panjang tali ni saya kurang pasti pula sebab tiada maklumat disertakan.

Close up pix
Fungsi sebenar tali ni pun saya tidak tahu, tapi taukeh kedai tu cakap tali cotton ni kuat dan tahan lama.  Sebelum ni saya pernah juga membeli tali nylon yang biasa digunakan untuk membuat jala tapi tali jenis nylon ni licin dan sukar untuk dikait sebab selalu tergelincir dari hook.

Guna hook saiz 6/0
Sementara tali cotton ni biarpun sedikit keras tapi lebih mudah dikait berbanding tali nylon.  Pada saya, tali cotton ni sesuai sangat-sangat jika dijadikan beg.  Saiz hook yang saya gunakan pula ialah 6.0mm.  Jadi projek saya seterusnya ialah mengait beg tali cotton, harap-harap tidak jadi projek gajah putih la ♥‿♥

8 comments:

this is madness said...[Reply to comment]

creative! rasanya tak salah kalau nak pakai benang lain asalkan boleh buat crochet.
dekat jakarta ni pun ada 1 kedai jual barang2 utk students buat scrap book. dia ada jual tali made from daun jagung, daun pinang, daun buluh n mcm2 lg....dan rasanya sesuai jgk nak buat crochet. terfikir nak beli but then gulungan dia tak besar sangat dan price mmg mahal. :( if not mmg teringin beli jgk

Jaw @ MyGamanBorNeo said...[Reply to comment]

@this is madness wah bestnya di jakarta ada kedai mcm tu. dekat kuching sini limited betul pilihan benang. dekat jakarta belajar @ bekerja ni?

Aku_tulip said...[Reply to comment]

Linda.....ok tak tali tu...saya tak pernah plak ternampak tali mcm tu kat tpt saya....tak tau la kalau terlepas pandang.....tapi kreativ....bole pinjam idea tu

this is madness said...[Reply to comment]

hahaha, saya kerja sini,tp bkn sbb kerja pun tinggal sini, sbb suami sy org indonesia,hehe, aah byk barang craft yg made in sini tapi local la, kalau benang rasanya msia byk yg bes2, sbb ada nona, minlon tu kan, sini byk cotton,,,,kecik n halus

Jaw @ MyGamanBorNeo said...[Reply to comment]

@Aku_tulip ok jg tali ni utk dibuat beg, memang kuat & tahan lama. sekarang sedang dlm progress mencuba membuat beg. cuba kamu cari di kedai menjual peralatan memancing atau kedai hardware.

Jaw @ MyGamanBorNeo said...[Reply to comment]

@this is madness owh ... Indonesia - M'sia kira dekat jg, kadang tambang flight pun jauh lebih murah dari Kuching-Kota Kinabalu.

Saya suka benang Nona berbanding minlon. tapi harga benang agak mahal la di Kuching.

marinahunny said...[Reply to comment]

ys mmg creative, gulungan dia tu sebijk mcm benang kait, blh la try cari kat kedai jual peralatan memancing. Tali mcm ni mmg kukuh, agak2 ada bnyk pilihan wrna x? Hehehe

Jaw @ MyGamanBorNeo said...[Reply to comment]

@marinahunny saya pun ada tanya kalau ada warna lain, tapi taukeh tu cakap satu warna sj. ni pun tali import dr china.

 
Walai Krusye © 2008. Design by Pocket