Gambar Dalam Blog Walai Krusye Hilang?

Gambar hilang? gambar tidak kelihatan? apa sudah jadi?  Hampir semua gambar pada entri-entri di blog ini hilang dan cuma kelihatan seperti gambar di bawah.  Terima kasih kepada Dinah, blogger  Dinah's Crochet Stuff sebab maklumkan kepada saya tentang masalah ini.

Saya pun tidak tahu apa masalah sebenar sebab IT bukan kepakaran saya hehehe ... lainlah kalau orang tanya padal krusye ♥‿♥ 

Nasib baik gambar-gambar dalam fail blogger masih ada, jadi dapat juga upload semula biarpun akan mengambil masa yang tidak dapat dipastikan sebab hampir semua gambar hilang.  Untuk sementara waktu ini, terpaksalah anda-anda sekalian melihat simbol gambar seperti di bawah.


Aluminium Crochet Hooks Set Of 6

Set of 6 - Available 1 set
ALUMINIUM CROCHET HOOKS 6 -10 MM

Harga: RM28/set (Tidak termasuk kos penghantaran)
Size: 6mm, 6.5mm, 7mm, 8mm, 9mm, 10mm
Warna: Multicolor

Email:  home.niaga@yahoo.com

1# Crocodile Stitch Bag

Mempersembahkan beg buaya atau crocodile stitch bag pertama saya.  Cewah, tidak mampu memiliki beg kulit buaya ... crocodile stitch bag pun jadilah ♥‿♥  Hampir tiga hari juga masa diambil untuk menyiapkan beg ni, inipun belum jahit lining lagi.  

Benang Feriye Ince, Lilac Lavender
Biarpun teknik crocodile stitch agak rumit dan banyak menggunakan benang tapi hasilnya memang tidak mengecewakan.  Saya beli pattern ni daripada etsy dan maaf sebab tidak dapat share pattern ni sebagai menghormati hak cipta pemiliknya.  Pattern ni boleh dibeli di http://www.etsy.com/shop/natyo2010.  

Saiz:  35cm (panjang) x  22cm (tinggi)
Patennya mudah difahami tapi bentuk beg yang saya kait tidak pula bulat secomel contoh gambar yang diberikan.  Tapi en.hubby cakap sudah cukup cantik ... cewah!  Ok lah jumpa kita jumpa lagi pada entri yang akan datang.  

3# Granny Square Bag

Kerajinan tahap gaban membuatkan saya berjaya menyiapkan lima granny square bag dalam tempoh dua minggu.  Fuh ... beginilah kalau aura rajin singgah dan bertamu di hati hehehe.  Tiga beg warna biru, lilac dan pink ni saya guna benang nona saja.  Saiz kira-kira 31 cm (tinggi) x 32 cm (lebar).

Sementara yang dua beg terakhir tu saya gunakan benang Feriye Ince daripada Ice Yarns. Pattern pula daripada pattern yang digunakan dalam Projek Kutu GS (Granny Square Exchange) yang saya sertai.  Ok la, selamat menjamu mata dan sehingga berjumpa pada entri yang lain.






5# Fat Bottom Bag

Selamat hari Khamis semua,  hari ni mood untuk update blog telah menyapa kembali.  Update hari ini sekali lagi mengenai fat bottom bag ... asyik-asyik fat bottom bag kan ... tapi inilah dikatakan rezeki daripada fat bottom bag.

Rainbow fat bottom bag
Semua fat bottom bag ini merupakan tempahan daripada kak Tina.  Tempahan ni saya terima pada penghujung Mac dan telahpun siap dan diserahkan pada awal Mei.


Sekali tengok macam warna gula-gula lolipop pula
Kak Tina menempah tujuh beg dan salah satu warna beg sama macam dalam entri 4# Fat Bottom Bag.  Lega bila berjaya menyiapkan semua beg ni.  

Salam Krusye

Rupa-rupanya sudah lebih dua bulan saya tidak meng'update blog dengan perkembangan terkini projek krusye.  Bukan malas atau ketiadaan idea ... tapi terlalu banyak kehilangan dan perkara yang menyedihkan berlaku pada dua bulan lepas ... huh!

Walaupun begitu, aktiviti berkrusye masih diteruskan biarpun agak perlahan.  Tempahan krusye pun masih ditutup setakat ini ... cuma jualan benang dan peralatan krusye masih diteruskan.  Rasanya, dalam pertengahan Jun ini barulah tempahan dibuka semula.

Apa-apapun, salam krusye untuk semua peminat seni ini.  Sehingga bertemu kembali pada entri akan datang.

 
Walai Krusye © 2008. Design by Pocket