Selamat hari Khamis semua, hari ni mood untuk update blog telah menyapa kembali. Update hari ini sekali lagi mengenai fat bottom bag ... asyik-asyik fat bottom bag kan ... tapi inilah dikatakan rezeki daripada fat bottom bag.
 |
Rainbow fat bottom bag |
Semua fat bottom bag ini merupakan tempahan daripada kak Tina. Tempahan ni saya terima pada penghujung Mac dan telahpun siap dan diserahkan pada awal Mei.
 |
Sekali tengok macam warna gula-gula lolipop pula |
Kak Tina menempah tujuh beg dan salah satu warna beg sama macam dalam entri
4# Fat Bottom Bag. Lega bila berjaya menyiapkan semua beg ni.
0 comments:
Post a Comment