Tempahan Dalam Bulan September

Hello ... baru hari ini berkesempatan meng'update blog dengan aktiviti terkini.  Akhir-akhir ini saya agak sibuk menyiapkan tempahan yang berderet-deret.  Gambar-gambar di bawah ni antara yang saya teringat mau ambil.  Ada yang tidak sempat mau ambil gambar disebabkan kekangan masa.

Mary Jane style - newborn size
Kasut bayi untuk newborn ini merupakan tempahan pelanggan yang pernah menempah crocodile stitch bag sebelum ini.  Booties ni khas untuk dihadiahkan kepada rakannya yang bakal melahirkan anak tidak lama lagi.  Warna adalah pilihan pelanggan sendiri.

Samsung Galaxy pouch
Smartphone pouch ni pula tempahan rakan en.hubby.  Warna pilihan adalah hitam ... huh! sangat mencabar juga mengait menggunakan benang hitam.  Ditambah lagi dengan kerja menjahit felt hitam sebagai lining ... lagi la mata rasa naik juling & berair hehehe.

Crocodile stitch bag & baby sets
Dua baby set beserta crocodile stitch bag ni pula tempahan isteri kazen hubby saya yang bakal melahirkan anak kedua pada Oktober ini. 

Ok la, setakat ini sahaja ... ada satu lagi tempahan smartphone pouch berwarna hitam yang perlu dijahit lining serta tiga lagi tempahan fat botom bag yang perlu disiapkan.  Sehingga bertemu pada entri akan datang ... salam kait mengait daripada saya.

 
Walai Krusye © 2008. Design by Pocket