Projek Krusye Suatu Ketika Dahulu

Masih lagi blogging dari Beluran, daerah dan kampung halaman tempat saya membesar.  Semua gambar di bawah ni merupakan projek krusye saya suatu ketika dahulu, rasanya semua ini saya buat sekitar tahun 2007-2008 dan saya berikan kepada mama untuk digunakan menghias rumah di kampung.

Table Cloth
Untuk pengetahuan, inilah alas meja yang paling besar pernah saya kait setakat ini iaitu menggunakan sebanyak 108 keping joining motif.  Entah bila lagi dapat aura rajin tahap gaban mengait alas meja seperti ini.  Alas meja kopi ni saya gunakan benang cotton jenama Anchor.  Benangnya sedikit keras tapi tahan lasak.

Center Piece
Doily ni pula merupakan doily yang paling saya gemari.  Patternnya saya pinjam daripada aunty hubby saya.  Saya buat dua, satu saya tinggalkan di rumah di Beluran ni dan satu lagi untuk koleksi sendiri.  Kedua-duanya menggunakan benang putih jenis minlon poly.

Table runner
Untuk alas meja sebenarnya saya lebih suka gunakan benang putih sebab warna putih ni boleh dikategorikan warna paling selamat kerana sesuai dengan semua situasi.  Table runner di atas merupakan cubaan pertama saya menggunakan warna selain putih.  Oren lagi tu, rasanya warna putih tetap pilihan utama saya untuk projek mengait table runner, table cloth atau doily pada masa akan datang.


5 comments:

Aku_tulip said...[Reply to comment]

Linda...brape lama la awak siapkan alas meja yg besar tu...akak pernah buat alas meja kopi..tapi guna benang Minlon yg halus tau....setahun akak siapkan...sebab kadang rajin...kadang malas...:)

Jaw @ MyGamanBorNeo said...[Reply to comment]

@Aku_tulip yang ni saya siapkan kira-kira 2 bulan. masa tu baru kawin jadi aura rajin pun melampau2 hehehe, lagi pun masa ni saya cuma fokus mengait alas meja kopi ni saja.

marinahunny said...[Reply to comment]

saya suka buat alas meja guna benang halus tu tp kena banyak sabar hahaha pastu tetiba jd boring sbb halus dan lmbt siap. Sy buat alas peti sejuk guna minlon poly ambik masa 2 bln lbh huhuhu penat pun ye hahaha. Kagum la mcm2 corak linda blh buat, sy ni kena tgk pattern baru reti :-)

Jaw @ MyGamanBorNeo said...[Reply to comment]

@marinahunny semua ni pun rujuk dari pattern. kalau reka2 sendiri tu memang tidak pandai.

Jaw @ MyGamanBorNeo said...[Reply to comment]

@marinahunny semua ni pun rujuk dari pattern. kalau reka2 sendiri tu memang tidak pandai.

 
Walai Krusye © 2008. Design by Pocket