1# Yay! Balik Kampung

Krismas datang lagi!, kali ni saya hampir-hampir tidak dapat balik kampung gara-gara direct flight Kuching - Kota Kinabalu full.  Nasib baik ada flight Kuching - Bintulu, Bintulu - Kota Kinabalu dan Kota Kinabalu - Sandakan untuk 23hb Disember.

Flight MH3904 Kuching - Bintulu jam 6.45 pagi
Penerbangan agak meletihkan sebab terpaksa banyak menunggu.  Tapi yang penting Beluran aku datang hehehehe ... jarum dan benang tetap dibawa bersama ^_^

Menyempatkan diri lagi untuk kait mengait
Sempat juga saya mengait facial tissue holder untuk membuang rasa bosan dan mengantuk yang teramat sangat, maklumlah terpaksa bangun seawal 4.30 pagi untuk bersiap.

Lapangan Terbang Bintulu
Sampai di Lapangan Terbang Bintulu pada sekitar jam 7.45 pagi dan terpaksa menunggu kira-kira sejam.  Dari Bintulu - Kota Kinabalu saya menaiki penerbangan MH3324 yang bertolak pada jam 9.10 pagi dan dijangka mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada 10.25 pagi.  Sekarang ni sedang update blog sementara menanti flight Kota Kinabalu - Sandakan jam 11.30 pagi nanti.

20# Wool Knitting Yarn (Mix Color)

SOLD OUT
WOOL KNITTING YARN
Harga promosi berakhir pada 20 Disember
Price: RM15/sk

Content: 100% Wool
Color: multicolor
Weight : 50 Gram/Each ball
Needle: Recommended Needle 2 - 4mm
Washing suggestion: hand-washing in cold water and dry flat.

 Email:  home.niaga@yahoo.com

19# 100% Hand Dyed Knitting Yarn (Mix Color)


SOLD OUT


Price: RM19/sk
Content: 100% Wool 
Yardage : about 160 yards
Color: multicolor
Weight : 100 Gram/Each Skeins 
Needle: Recommended Needle 3 - 5mm
Washing suggestion: hand-washing in cold water and dry flat. 

 Email:  home.niaga@yahoo.com

100G - 01
In stock:  3 skeins 2 skeins

100G - 02
In stock:  3 skeins 2 skeins

100G - 03
In stock:  3 skeins





18# 100% Hand Dyed Knitting Yarn (Mix Color)


SOLD OUT

Normal Price: RM15/sk
Content: 100% Wool 
Yardage : about 80 yards
Color: multicolor
Weight : 50 Gram/Each Skeins 
Needle: Recommended Needle 4.5 – 5.5mm
Washing suggestion: hand-washing in cold water and dry flat. 

 Email:  home.niaga@yahoo.com


Lot 50G - 01

Lot 50G - 02

Lot 50G - 03

Walai Krusye @ TweetMarket #TwtUpKch 2012

Helloooo Disember!  Sorry sebab semakin jarang meluangkan masa untuk meng'update' blog dan blog walking.  Terlalu banyak komitmen yang perlu diutamakan sejak November lepas sehingga Disember ini. 

Sedang susun-susun & atur-atur
Menarik pada permulaan Disember ini ialah saya berpeluang menjadi salah seorang vendor TweetMarket pada program #TwtUpKch yang berlangsung pada 8 Disember (Sabtu).  Suasana sangat happening!

Huh! tidak terfikir pula bawa kain alas meja
Walaupun masa agak terhad untuk membuat persediaan untuk booth ini, ditambah lagi dengan komitmen lain yang juga memerlukan perhatian ... TAPI akhirnya dapat juga turut sama memeriahkan #TwtUpKch sebagai salah seorang vendor pada hari tersebut.

Antara benang yang dipamerkan
Ini merupakan pengalaman kali pertama menjual di tempat awam, jadi perasaan gemuruh bercampur gelisah sangat terasa tapi semua itu sedikit demi sedikit hilang setelah mendapat respon positif daripada orang ramai.

En. hubby pun turut membantu
Paling menyeronokkan apabila ada seorang rakan crocheter dikenali daripada FB page datang untuk belajar mengait kasut bayi.  Sayangnya masa agak terhad dan saya cuma dapat mengajarkan yang paling asas.  Dengar kabar, CT Zue sudah berjaya menyiapkan sepasang kasut bayi malam tadi ♥‿♥ 

Mengajar seorang rakan crocheter mengait asas kasut bayi
Ok la, setakat ini sahaja dan sehingga berjumpa di lain entri.

Walai Krusye @ #TweetMarket #TwtUpKCH 2012

Hello,  kepada semua rakan crocheter dan penggemar kraftangan krusye yang berada di Kuching,Sarawak, luangkan masa anda berkunjung ke booth Walai Krusye di #TwtUpKCH pada 8 Disember (Sabtu) akan datang bermula sekitar jam 1.00pm - 9.30pm di Old Court House, Kuching. 

Saya juga akan mengadakan demo mengait booties untuk mereka-mereka yg berminat.  Jadi pastikan anda tidak terlupa bawa crochet hook sendiri yer atau boleh beli daripada booth Walai Krusye ... benang pun boleh beli daripada saya hehehehe ♥‿♥ bawa sendiri pun no problem.

Selain itu saya juga akan menjual pelbagai benang kait import, set jarum krusye serta pelbagai hasil siap krusye pada harga berpatutan.  Lebih menarik lagi, pelanggan yang membuat pembelian minumum RM50 akan berpeluang membuat cabutan untuk peluang memenangi 10 hadiah menarik.  

Tapi yang paling menarik lagi ialah anda berpeluang melihat sendiri siapa orang di sebalik blog Walai Krusye ini ♥‿♥ Adakah saya ni seorang yang tinggi?  rendah?  kecil? besar? kurus?  montel?  comel?  kurang comel?  hehehe ... Jadi jumpa anda di sanaaaaaa ....


3R: Bekas Menyimpan Alat Tulis

Selamat Hari RABU!  Segmen 3R hari ini ialah idea menata rias bekas tin kosong menjadi bekas alat tulis yang cantik dan menarik dengan seni krusye ... cewah ♥‿♥

Tin bekas makanan kucing & sisa-sisa benang
Untuk projek 3R kali ini saya gunakan tin bekas makanan si putih kucing kesayangan saya dan sisa-sisa benang yang tinggal sejemput-sejemput ni untuk membuat sarung tin. 

Siap! bekas tempat simpan alat tulis
Simple saja, saya cuma gunakan single crochet 'V' stitch dan shell stitich sebagai edging.  Lepas tu bolehlah letak apa-apa hiasan untuk seri tambahan.  Sehingga berjumpa di lain entry ... Selamat mencuba ♥‿♥

17# Indonesian Rayon Yarn (Mix Color)


BRM 14:  5 2 available

BRM 05 - 5 2 available

INDONESIAN RAYON YARN (MIX COLOR)

Price: RM15.50/pc (Harga tidak termasuk kos penghantaran)

Fiber Content : 100% Cotton
Hook Size : 1.9mm - 3mm
Weight : 100 gram


 Email:  home.niaga@yahoo.com

16# Indonesian Cotton Yarn (Mix Color)


KB 56:  5Left

KB 26:  5 4 Left

KB 33:  5 4 Left

KB 53:  5 4 Left

INDONESIAN COTTON YARN (MIX COLOR)

Price: RM14.50/pc (Harga tidak termasuk kos penghantaran)

 Fiber Content : 100% Cotton
Hook Size : 1.9mm - 3mm
Weight : 100 gram


 Email:  home.niaga@yahoo.com

Benang Cotton Indonesia Sampai!

Wow weee ... excited betul bila terima bungkusan EMS dari Indonesia pada Sabtu.  Isi bungkusan?  Hahaha ... apa lagi benang la ♥‿♥  Ini pengalaman pertama saya membuat pembelian secara online daripada Indonesia selepas membuat research selama beberapa bulan ... cewah! mau beli benang pun kena buat research hehehe.  Best juga benang cotton Indonesia ni.  Seperti biasa, sebahagian untuk taukeh benang dan sebahagian lagi untuk dijual  ♥‿♥


3R: Chopstik Jarum Kait Dua

Selamat Hari Rabu.  Hari ini, saya kongsikan chopstik pakai buang yang saya kitarsemula menjadi jarum kait (knitting needles).  Idea ni saya dapat daripada satu blog (sorry ... terlupa pula nama blog).  Idea ni sesuai untuk mereka-mereka yang baharu sahaja hendak berjinak-jinak dalam bidang kait-mengait menggunakan jarum dua seperti saya ♥‿♥

Chopstik bamboo pakai buang
Memandangkan harga jarum kait dua ni boleh tahan juga mahalnya,  jadi setakat beginner macam saya lebih baik pakai chopstik yang diperolehi secara free time tapau mee dari kedai makan.  Caranya cuma rautkan sahaja hujung chopstik sehingga runcing.  Lepas tu gunakan kain kering atau kertas pasir untuk melicinkan permukaan dan hujung chopstik sehingga licin.

Dikitar semula menjadi jarum kait (knitting needles)
Gambar di atas ni menunjukkan hasil jarum kait dua buatan sendiri.  Jadi, bolehlah mulakan sesi pembelajaran mengait menggunakan jarum dua menerusi tutorial di youtube:  Knitting Tutorial for Beginner.

tralaaaaaa .... Jarum Kait Dua FOC ♥‿♥
Susah juga knitting ni ...

15# Benang Kait Untuk DiJual: 8 Ply Soft Baby Acrylic

Terdapat 9 pilihan warna / Saiz lebih besar daripada benang acrylic nona / Tekstur benang lembut sesuai membuat pakaian bayi, kanak-kanak dan dewasa / Sesuai juga untuk projek-projek kraf lain seperti beg, scarf, shawl dan sebagainya.

Out of stock8 PLY SOFT ACRYLIC YARN
Price: RM10.00/pc (Harga tidak termasuk kos penghantaran)

Fiber Content : 100% Acrylic
Feature:  Low shrinkage, Eco-Friendly
Needle Size : 3mm - 4mm
Weight : 100 gram


 Email:  home.niaga@yahoo.com 

14# Benang Kait Untuk DiJual: Egypt Cotton Milk


Hot pink - 1 left

Light pink - Out of stock

Yellow - Out of stock

Baby blue - 1 left

Green - 1 left

Lilac - 1 left

 EGYPT COTTON MILK
Price: RM9.00/pc (Harga tidak termasuk kos penghantaran)

Fiber Content : 40% milk fiber/45% Egypt long stable cotton/15% skin protective wool
Needle Size : 2.5mm - 3.5mm
Weight : 50 gram


 Email:  home.niaga@yahoo.com

13# Benang Kait Untuk DiJual: Egypt Cotton Milk


Mix Color 01
OUT OF STOCK

Mix Color 02
OUT OF STOCK

Mix Color 01
OUT OF STOCK

Black - 3 left

Grey - 3 left

White - 3 left

EGYPT COTTON MILK
Price: RM9.00/pc (Harga tidak termasuk kos penghantaran)

Fiber Content : 40% milk fiber/45% Egypt long stable cotton/15% skin protective wool
Needle Size : 2.5mm - 3.5mm
Weight : 50 gram

 Email:  home.niaga@yahoo.com 
 

Stok Benang Cotton Milk Sampai ♥‿♥

Ini stok benang cotton milk yang baru sampai petang tadi ... huh! memang pesta benang betul dalam dua minggu ni.  Ada 12 warna dan tiga daripadanya mix color.  Memandangkan tiada lagi tempat kosong jadi terpaksalah besen ni menjadi mangsa hehehe ...

Satu besen penuh ♥‿♥
Best betul benang cotton milk ni, saiznya lebih kurang benang nona cuma mengait menggunakan benang cotton milk ni lebih best.  Benang ni lembut dan sesuai untuk membuat pakaian, topi dan kasut bayi dan juga sesuai untuk pakaian dewasa.  Gambar setiap satunya akan saya upload di blog dan FB Walai Krusye.  Jadi tungguuuuuu ....

1# Shawl

Selamat berhujung minggu semua ♥‿♥ Hari ni saya mau share hasil usaha bertungkus-lumus hampir tiga minggu menyiapkan shawl seperti gambar di bawah.  Huh! lega rasanya bila berjaya menyiapkannya semalam.

Shawl pertama saya ♥‿♥
Kalau tiada CAL - South Bay Shawlette anjuran Yarn Lovers Malaysia (YLM) gerenti sampai bila-bila pun tidak akan pernah buat shawl sebesar ni.  Kira-kira empat buku lebih benang minlon spark nylon saya gunakan untuk menyiapkan shawl ni.  Gabungan warna simple saja iaitu warna hitam dan biru. 

Close up pix
Kalau siang shawl ni nampak biasa saja tapi kalau malam dengan cahaya lampu barulah nampak cantik sikit sebab benang ni berkilat-kilat.  Next week ada wedding invitation, so mungkin bolehlah saya bergaya dengan my first shawl ni ... cewah! Okay la setakat ini saja, sehingga berjumpa di lain entri ♥‿♥

12# Benang Kait Untuk DiJual: Alize Burcum Bebe Batik


Price: RM19.90/pc (Harga tidak termasuk kos penghantaran)
Fiber Content : 100% Acrylic
Needle Size : 4mm - 6mm
Hook: 2 - 4 mm
Weight : 100 gram
Length : 210 meter

 Email:  home.niaga@yahoo.com 

2161: 3 left

3477: SOLD OUT

2162: 1 left


Contoh projek krusye menggunakan benang Burcum Bebe


Slouchy hat menggunakan benang 3477

11# Benang Kait Untuk DiJual: Alize Diva Batik


Normal Price: RM24.00/pc (Harga tidak termasuk kos penghantaran)
Fiber Content :100% Microfiber Acrylic
Needle Size : 2.5mm - 3.5mm
Hook: 1 - 3 mm
Weight : 100 gram
Length : 350 meter

Email:  home.niaga@yahoo.com

3243:  5 left

3241:  5 left 4 left 1 left

1767:  5 left

 
Walai Krusye © 2008. Design by Pocket