3R: Chopstik Jarum Kait Dua

Selamat Hari Rabu.  Hari ini, saya kongsikan chopstik pakai buang yang saya kitarsemula menjadi jarum kait (knitting needles).  Idea ni saya dapat daripada satu blog (sorry ... terlupa pula nama blog).  Idea ni sesuai untuk mereka-mereka yang baharu sahaja hendak berjinak-jinak dalam bidang kait-mengait menggunakan jarum dua seperti saya ♥‿♥

Chopstik bamboo pakai buang
Memandangkan harga jarum kait dua ni boleh tahan juga mahalnya,  jadi setakat beginner macam saya lebih baik pakai chopstik yang diperolehi secara free time tapau mee dari kedai makan.  Caranya cuma rautkan sahaja hujung chopstik sehingga runcing.  Lepas tu gunakan kain kering atau kertas pasir untuk melicinkan permukaan dan hujung chopstik sehingga licin.

Dikitar semula menjadi jarum kait (knitting needles)
Gambar di atas ni menunjukkan hasil jarum kait dua buatan sendiri.  Jadi, bolehlah mulakan sesi pembelajaran mengait menggunakan jarum dua menerusi tutorial di youtube:  Knitting Tutorial for Beginner.

tralaaaaaa .... Jarum Kait Dua FOC ♥‿♥
Susah juga knitting ni ...

0 comments:

 
Walai Krusye © 2008. Design by Pocket