Beg Tali Cotton Siap!

Beg tali cotton (cotton cord) saya sudah siap yeah! saya menggunakan empat ikat tali untuk menyiapkan beg ni (tidak termasuk bunga krusye).  Sebelum ni saya cuma membeli tiga ikat, jadi petang tadi terpaksalah turun ke India Street, Kuching semata-mata untuk membeli beberapa ikat lagi tali cotton ni.  Maklumlah tidak sabar untuk menyiapkannya ♥‿♥

Warna tali tidak sama la pula
Tapi bila siap, baru perasan warna tali tidak sama pula hehehehe ... tali yang dibeli petang tadi berwarna agak kuning kecoklatan sementara tali yang pertama saya beli berwarna kuning-kuning air.  Sekarang ni beg dalam proses rendaman dalam air sabun ... mungkin warna benang tersebut kotor.  Esok pagi, kalau warna tidak berubah maknanya kena pergi ke kedai tersebut juga sebab tali ni tidak dijual di kedai peralatan memancing berdekatan.

Frothy flower
Untuk hiasan, saya gunakan frothy flower dan proses mengait bunga ni menggunakan tali cotton yang agak keras ni sangat-sangatlah rumit dan mencabar .  Rasanya hampir sejam juga saya menyiapkan bunga ni sebab banyak kali berhenti merehatkan tangan.

Close up pix
Untuk beg ni saya buat ikut pandai sendiri saja tanpa merujuk mana-mata pattern.  Mengait beg menggunakan tali cotton ni memang cepat siap sebab saiz tali yang besar.  Saya banyak gunakan half double crochet dan sebahagiannya double crochet dan juga single crochet

9 comments:

marinahunny said...[Reply to comment]

Cantiknyeeeeeeeere, nk buat jugakkkkk

Jaw @ MyGamanBorNeo said...[Reply to comment]

@marinahunny hehehe .. thanks, saya sendiri pun suka tengok. tapi tu la warna tali x sama yg bikin spoil hehehe.

Cepat siap mengait beg ni, saya siapkan dlm dua hari. kalau x busy mgkn sehari pun boleh siap.

this is madness said...[Reply to comment]

ohhh sangatlah cantik..warna beige or cream or apa saja yang neutral2 ni is my peberet kaler...tu ala2 beg org jepun sangat tu..sukaaaaaaaaaaa!! nak buat jugak la..haha...nice joB!!!!

Jaw @ MyGamanBorNeo said...[Reply to comment]

@this is madness Thanks ♥‿♥ ... mari kita ramai2 buat projek beg tali cotton ni.

MamaDaniel said...[Reply to comment]

cantik..cantik..
pattern buat sendiri? waaa.. dah boleh tulis pattern dah ni.. boleh share dengan kengkawan.. ngeee. ;)

Jaw @ MyGamanBorNeo said...[Reply to comment]

@MamaDaniel hehehe ... ni la kononnya sedang dlm proses mau cuba buat tutorial. harap dpt difahamilah nanti hehehe

nssh74 said...[Reply to comment]

sungguh cantik blh tempah kah?..saya ada design tp x tahu buat!!

Jaw @ MyGamanBorNeo said...[Reply to comment]

@nssh74 Thanks kerana berminat, tapi sayang tali cotton ni sudah tiada stok.

UmmuKhaulah said...[Reply to comment]

Cantik sangat..saya mahu cuba kait, dgn izinNya.....8-)

 
Walai Krusye © 2008. Design by Pocket