10# Baby Booties

Sebulan lebih bercuti balik Sabah jadi sebulan lebih jugalah saya bercuti mengait baby booties, sampai ingat-ingat lupa pula cara mengait asas tapak kaki kasut bayi.  Nasib baik pattern tapak baby booties tu saya ada share dalam blog ni, mau cari dalam folder ... alamak sampai esok pun tidak jumpa.

Saiz: 3.5 inci
Kasut bayi ni saya kait menggunakan benang minlon super crepe dan jarum saiz 5mm.  Benang ni kecil sedikit berbanding dengan benang nona.  Biasanya saya akan mendapat baby booties saiz 4 inci sekiranya menggunakan benang nona.

Fiber Content: Acrylic 65% / Spark Nylon 35%

2# Benang Kait Untuk DiJual: Minlon Spark-Nylon


Minlon Spark-Nylon: Black

Minlon Spark-Nylon: Navy Blue

Harga: RM2.00 sebuku

Color: Black & Navy Blue
Fiber Content: Acrylic 80% / Spark Nylon 20%
Weight: 45g
Hook Size: 2.5 - 3.5mm
Stock Quantity: 8 each

** Hand Wash/ Do not Iron / Dry Flat

Email:  home.niaga@yahoo.com 

1# Benang Kait Untuk DiJual: Minlon Super Crepe


Green
Harga: RM2.00 sebuku

Color: Green Metalic
Fiber Content: Acrylic 65% / Spark Nylon 35%
Weight: 45g
Hook Size: 2.5 - 3.5mm
Stock Quantity: 8

** Hand Wash/ Do not Iron / Dry Flat

Email:  home.niaga@yahoo.com

9# Friday Flowers


Bunga 8 kelopak
Ini projek bunga krusye saya pada Jumaat ini.  Bunga-bunga krusye ni comel juga kalau dijadikan coasters ataupun dishcloth tapi saiz kecil sangat pula, mungkin kalau guna double yarn boleh dapat saiz yang besar sikit.

Diagram


Banyak-banyak bunga yang saya kait, rasanya inilah yang paling senang dan ringkas untuk disiapkan.  Jadi selamat mencuba kepada sesiapa yang berminat ♥‿♥

Beli Benang Kait Online

Parcel pos laju daripada Comel Crochet Sue's
Ini first time saya mencuba-cuba membeli benang kait secara online.  Tertarik sangat dengan benang jenis polyester di Comel Crochet Sue's, apa lagi setelah berfikir-fikir dan membuat pilihan saya terus saja order.

Benang polyester
Bestnya, baru order petang semalam tiba-tiba bila terdengar bunyi hon van pos laju di depan rumah, sah!! benang kait yang saya order sampai.  Siapa-siapa yang biasa terima bungkusan pos laju gerenti kenal sangat frekuensi bunyi hon van pos laju ♥‿♥

Tapau Benang Dari Sabah

Sebulan lamanya bercuti di Beluran, Sabah, sempat juga saya shopping benang di Sandakan iaitu bandar terdekat dengan daerah Beluran.  Bukan calang-calang shopping, memang shopping sampai sengkek maklumlah kedai-kedai menjual aksesori jahitan dan kraf di Sandakan lebih banyak pilihan benang berbanding di Kuching.

Benang polyester
Sebanyak enam buah kedai yang saya kunjung dan dua daripadanya memang bikin rambang mata.  Benang jenis polyester di atas ni sebenarnya benang untuk menjahit karung tapi boleh digunakan untuk mengait alas meja bagi mereka yang gemarkan warna putih klasik seperti saya.  Saiz benang lebih kurang benang minlon family, tapi benang ni lebih kuat dan kukuh.

Benang Minlon spark-nylon & super crepe
Benang minlon jenis spark-nylon dan super crepe ni saya beli enam peket, RM5.00 sepeket berisi lima buku.  Murah tapi pilihan warna terhad, jadi saya cuma beli warna hijau, biru dan hitam/kelabu dua peket setiap warna.  Saiz kedua-dua jenis benang ni lebih kurang saiz benang minlon poly.

Benang Minlon Kool
Yang ini pula benang minlon kool, rupa-rupanya benang minlon ni ada dalam pelbagai jenis.  Minlon kool ni saiznya lebih besar dan ngam sangat dikait menjadi beg.  Saiznya hampir 3mm, lebih lembut berbanding rug yarn.

Benang cotton import
Entah apa yang merasuk sampai saya sanggup beli benang cotton import dari England ni.  Harga bukan main mahal lagi, RM15.80.  Tapi sekali-sekala merasa mengait menggunakan benang import apa salahnya kan ♥‿♥

Buku Krusye Warisan Mama

Tinggal seminggu lagi di kampung halaman sebelum berangkat balik ke Kuching pada 23 Jun, Sabtu ini.  Syukur sebelum balik, mama terjumpa semula buku krusye yang pernah diceritakannya sebelum ini.  Kini ketiga-tiga buku krusye mama yang berusia hampir 30 tahun ni diberikan kepada saya.

Buku krusye mama
Dua buah buku krusye sudah dalam simpanan saya di Kuching.  Buku yang hilang cover ni pula baru ditemui semalam.  Satu lagi buku krusye mama dipinjam  orang yang tidak bertanggungjawab.  Orang tu bagitau dia pinjamkan dengan orang lain dan dia relax saja tidak mau bertanggungjawab! memang menyakitkan hati.  Tu antara sebab saya ni kedekut dalam soal pinjamkan barang-barang saya.

Di bawah ni saya kongsikan beberapa gambar-gambar menarik yang terdapat dalam buku krusye ni.  Dalam buku ni ada macam-macam pattern tapi sayang banyak muka surat pattern yang hilang :(

Selimut bayi & pakaian kanak-kanak

Sarung kotak tisu dan beg kanak-kanak

Beg krusye & payung terjun ... tidak terfikir pula mau mengait payung terjun

Alas meja & sarung kusyen

Yang ni apa pula nama dia ... table mat ?

Edging Lace ... kurang minat pula mengait lace

Cadar tilam ... huh!!! kalau berjaya buat ni memang akan buat kenduri 

Simple tapi sayang muka surat pattern baju ni sudah hilang


Tumpang Berniaga Di Kedai Mama

Saya ketika ini masih blogging juga dari Beluran.  Biarpun busy dan teramat busy membantu mama menguruskan kedai runcitnya tapi sempat juga saya mencuri-curi masa meng'update' blog biarpun line internet slow macam siput. 

Brooch & Bookmark
Dalam busy-busy membantu, saya tidak melepaskan peluang untuk tumpang berniaga hasil-hasil krusye saya.  Setakat ni, saya berjaya menjual 3 hair clips, 6 bookmarks, 4 handphone pouch, 4 brooch dan 3 baby booties.

Handphone pouch, granny square purse & baby booties
Biasanya saya akan bercuti di kampung selama dua minggu, tapi kali ini saya mengambil keputusan meluangkan lebih masa bersama keluarga selama kira-kira sebulan sejak 29 Mei lepas.  23 Jun ini saya akan kembali ke Kuching dan kembali semula kepada rutin online ^_^

Projek Krusye Suatu Ketika Dahulu

Masih lagi blogging dari Beluran, daerah dan kampung halaman tempat saya membesar.  Semua gambar di bawah ni merupakan projek krusye saya suatu ketika dahulu, rasanya semua ini saya buat sekitar tahun 2007-2008 dan saya berikan kepada mama untuk digunakan menghias rumah di kampung.

Table Cloth
Untuk pengetahuan, inilah alas meja yang paling besar pernah saya kait setakat ini iaitu menggunakan sebanyak 108 keping joining motif.  Entah bila lagi dapat aura rajin tahap gaban mengait alas meja seperti ini.  Alas meja kopi ni saya gunakan benang cotton jenama Anchor.  Benangnya sedikit keras tapi tahan lasak.

Center Piece
Doily ni pula merupakan doily yang paling saya gemari.  Patternnya saya pinjam daripada aunty hubby saya.  Saya buat dua, satu saya tinggalkan di rumah di Beluran ni dan satu lagi untuk koleksi sendiri.  Kedua-duanya menggunakan benang putih jenis minlon poly.

Table runner
Untuk alas meja sebenarnya saya lebih suka gunakan benang putih sebab warna putih ni boleh dikategorikan warna paling selamat kerana sesuai dengan semua situasi.  Table runner di atas merupakan cubaan pertama saya menggunakan warna selain putih.  Oren lagi tu, rasanya warna putih tetap pilihan utama saya untuk projek mengait table runner, table cloth atau doily pada masa akan datang.


Blogging Dari Kampung Halaman

Saya sekarang ni blogging dari kampung halaman di Beluran, Sabah.  Balik bercuti sempena Kaamatan sejak 29 May lepas, sempat juga saya membawa bersama stok-stok benang untuk sesi projek krusye di kampung.  Wah ... macam kaki krusye tahap gaban pula saya ni. 

Tapau satu kotak benang
Tapi setakat hari ini, belum berkesempatan mengait lagi gara-gara busy membantu mama menguruskan kedai runcitnya.  Gambar di bawah ni, shopping bag berisi benang-benang yang selalu saya bawa ke pergi dan balik dari kedai runcit mama saya.

Projek krusye belum start
Dalam ni ada projek beg krusye yang saya bawa dari Sarawak ni tapi belum siap sehingga sekarang.  Huh! ... harap esok tidak busy sangat.

 
Walai Krusye © 2008. Design by Pocket