Tapau Benang Dari Sabah

Sebulan lamanya bercuti di Beluran, Sabah, sempat juga saya shopping benang di Sandakan iaitu bandar terdekat dengan daerah Beluran.  Bukan calang-calang shopping, memang shopping sampai sengkek maklumlah kedai-kedai menjual aksesori jahitan dan kraf di Sandakan lebih banyak pilihan benang berbanding di Kuching.

Benang polyester
Sebanyak enam buah kedai yang saya kunjung dan dua daripadanya memang bikin rambang mata.  Benang jenis polyester di atas ni sebenarnya benang untuk menjahit karung tapi boleh digunakan untuk mengait alas meja bagi mereka yang gemarkan warna putih klasik seperti saya.  Saiz benang lebih kurang benang minlon family, tapi benang ni lebih kuat dan kukuh.

Benang Minlon spark-nylon & super crepe
Benang minlon jenis spark-nylon dan super crepe ni saya beli enam peket, RM5.00 sepeket berisi lima buku.  Murah tapi pilihan warna terhad, jadi saya cuma beli warna hijau, biru dan hitam/kelabu dua peket setiap warna.  Saiz kedua-dua jenis benang ni lebih kurang saiz benang minlon poly.

Benang Minlon Kool
Yang ini pula benang minlon kool, rupa-rupanya benang minlon ni ada dalam pelbagai jenis.  Minlon kool ni saiznya lebih besar dan ngam sangat dikait menjadi beg.  Saiznya hampir 3mm, lebih lembut berbanding rug yarn.

Benang cotton import
Entah apa yang merasuk sampai saya sanggup beli benang cotton import dari England ni.  Harga bukan main mahal lagi, RM15.80.  Tapi sekali-sekala merasa mengait menggunakan benang import apa salahnya kan ♥‿♥

6 comments:

Fiszah_pjo said...[Reply to comment]

wawawa..banyaknye benang,,tak tau plak saya minlon byk jenis benang..sy tau dua je,plain ngn mix color..tu pun susah nk jumpa..huhu

Jaw @ MyGamanBorNeo said...[Reply to comment]

@fiszah_pjo ya la, saya pun baru tau lepas pegi satu kedai tu. Tapi tu la, minlon ni susah nak cari di Kuching.

Aku_tulip said...[Reply to comment]

linda....tak sangkan kan kat sandakan tu ada benang cm tu.....
besnya shopping benang....minlon pon ada byk jenis rupanya....kat tpt akak tak pernah jumpa lagi tau :)

Jaw @ MyGamanBorNeo said...[Reply to comment]

@Aku_tulip ya la, tidak sangka di bandar kecil pilihan benangnya lebih banyak berbanding di Kuching.

MeiWaZZ said...[Reply to comment]

Ad jual online x minlon kool ni??? Really need it!! Tq

Jaw Sanggin said...[Reply to comment]

@MeiWaZZ Sorry, saya tiada jual benang minlon kool ni online lagi sebab sukar dapat stok.

 
Walai Krusye © 2008. Design by Pocket