Acara Tweet Paling Banyak Dalam Masa Sejam di Malaysia bermula pada pukul 8.15 - 9.15 malam sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55 negara berjaya merekodkan jumlah tweet #Merdeka55 sebanyak 3,611,323 dan lima daripada tweet tersebut adalah daripada akaun twitter saya hehehe ... Lagi hebat sambil tweet sambil mengait lagi tu ... cewah! Selamat Hari #Merdeka55 ♥‿♥
4# Baby Set
Selesai sesi fotografi 12# baby booties dan baby aviator hat. Kalau line internet mengizinkan, mungkin koleksi terbaharu ni akan dilancarkan di FB Walai Krusye pada esok bersamaan 31 Ogos ni bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55. Cewah ... macam fashion designer pula ada sesi pelancaran ♥‿♥
12# Baby Booties
Semua booties ni saya kait untuk di'match'kan dengan Aviator Hat yang saya buat baru-baru ni. Ini boleh kira inovasi design terbaharu koleksi baby booties saya la kononnya ♥‿♥
1# Aviator Hat
Minggu ni saya sibuk sikit dengan beberapa projek krusye terbaharu. Cewah ... yang terbengkalai masih belum siap ... ada hati pula buat projek lain ♥‿♥ Faham-faham sajalah kalau selalu google-meng'google' ni, ada-ada saja pattern krusye yang ditemui seperti aviator hat ni. Untuk projek mengait topi bayi ala-ala topi juruterbang ni, asasnya sama seperti mengait beanie, cuma tambahkan ear-flaps.
Blue/Grey |
Peach/Tangerine |
Magenta/Grey |
1# Beanie
Selamat Hari Raya kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam. Selamat bercuti dan bergembira bersama keluarga di kampung halaman masing-masing. Memandangkan saya ni tidak menyambut hari raya, jadi aktiviti kait-mengait tetap berjalan seperti biasa.
Peach |
Magenta |
Blue |
3# Baby Set
Ini dia tempahan krusye mencabar oleh seorang customer online yang saya ceritakan sebelum ni. Puppy Dog Hat dan diaper cover ni saiz untuk newborn baby.
Menyiapkannya tidaklah mengambil masa yang lama, tapi mau study gambar yang diemailkan oleh customer ni yang take time sebab terpaksa google mencari pattern free di internet.
Tiga hari google dan akhirnya terjumpa juga pattern puppy dog hat di Knitting & Crochet Blog. Sementara pattern diaper cover ni saya jumpa di blog The Bradens.
Masalahnya, pattern yang ada tidak sesuai dengan saiz benang kait yang saya gunakan. Ntah benang saiz apa juga yang mereka gunakan kerana jumlah stitches sangat sedikit. Jadi apa yang saya buat ialah menambah jumlah stitches sehingga mendapat saiz yang diinginkan.
Untuk diaper cover ni ambil masa hampir dua hari juga untuk disiapkan selepas try and error. Berbaloi juga menerima tempahan-tempahan macam ni sebab dapat belajar mengait benda baharu. Ok la, next update nanti saya cerita pasal baby sneaker yang saya buat.
Tempahan Krusye Mencabar
Hello semua, wah ... lama betul tidak update blog. Pergi mana? saya sebenarnya tidak pergi mana-mana pun tapi ada beberapa perkara yang mengaral dan melintang serta membataskan masa untuk meng'update perkembangan terkini. Tapi dalam tempoh tersebut sempat juga saya mencuri-curi masa menyiapkan beberapa projek krusye. Lebih menarik lagi, pada Khamis lepas saya menerima satu tempahan istimewa daripada seorang customer online yang request set bayi seperti gambar-gambar di bawah.
Sebenarnya pening juga kepala bila tengok gambar-gambar yang diemailkan oleh customer ni. Jadi saya inform dengan dia supaya beri saya masa untuk study terlebih dahulu semua pattern. Setakat ni saya berjaya mengait puppy hat dan diaper cover yang sama tapi tidak serupa seperti gambar di atas.
Google pix |
Google pix |
Google pix |
Tempahan Kopiah & Baby Headband
Tempahan tiga kopiah masing-masing bersaiz 22 inci, 21 inci dan 19++ inci ni sebenarnya sudahpun diposkan pada Khamis lepas tapi hari ni baru dapat update. Selain kopiah, customer ni juga menempah headband untuk baby girl mereka. Tema warna raya mereka tahun ni biru tua tapi mereka turut request untuk digabungkan dengan warna biru dan putih krim. Moga-moga mereka happy dengan hasil kerja tangan saya ni ♥‿♥
Headband & kopiah |
Subscribe to:
Posts (Atom)