Plastic Handle Aluminium Crochet Hook Set of 6



Set of 6:  2.5mm - 5mm

Available - 3 sets

PLASTIC HANDLE CROCHET HOOKS SET (Set of 6)

Harga: RM25/set (Tidak termasuk kos penghantaran)
Size: 2.5 ~ 5.0mm
Warna: Multicolor
 
Email:  home.niaga@yahoo.com

Garage Sale: Minlon Kool

Hi, Happy Tuesday! Saya baru sahaja selesai mengemas benang-benang di mini perpustakaan merangkap stor dan merangkap bilik kraf.  Kena kemas untuk stok baru benang kait yang mungkin sampai dalam minggu ni.  Wah ... sudah jadi tokeh benang saya sekarang ♥‿♥  Jadi untuk ruangan yang lebih, ini saya mau let go semua benang Minlon Kool yang tinggal pada harga rendah.  Siapa-siapa berminat bolehlah email ke home.niaga@yahoo.com

5 Warna/Lot: Maroon, Pink, Peach, Vanilla, Dark Purple
SOLD!
Harga: RM70/Lot (Termasuk kos penghantaran)

Fiber Content: Acrylic 100%
Weight: 80g
Needle Size:4  - 6mm

Suitable for making bag, rug, coaster, etc

** Hand Wash/ Do not Iron / Dry Flat


Email:  home.niaga@yahoo.com

9# Ecosse Baby Yarn


Dari kiri:  Fuschia/White, Baby Pink/White, Baby Blue/White, Lilac White

Colors:
Fuschia/White:  Sold out
Baby Pink/White:  Sold out 
Baby Blue/White:  Sold out
Lilac White:  Sold out

Price: RM19.00/each (Harga tidak termasuk kos penghantaran)
Fiber Content :100% Acrylic
Needle Size :4 mm. / US 6
Weight :100 gr. / 3.53 oz. per ball
Length :300 m. / 328.1 yds. per ball
Yarn Thickness :2 Fine: Sport, Baby
** Hand Wash/ Warm Iron / Dry Flat

Email:  home.niaga@yahoo.com


Contoh projek krusye menggunakan benang Ecosse

Baby Cardigan menggunakan benang warna Fuschia/White


Shopping Benang Dari Turkey

Heloooo ... Hi ... Hi ... baru hari ni dapat update blog gara-gara internet line yang jalan macam siput.  Upload gambar pun dekat setengah jam.  Ibu jari saya yang sakit masih belum sembuh sepenuhnya lagi, tidak tau apa juga masalah, mau pegi klinik malas jg.

Yeah! sampai juga akhirnya ♥‿♥
 Ok la, tukar kepada topik utama pula.  Hari ni saya mau share hot cakes dari Turkey yang baru sampai semalam.  Walaaaa ... ini dia benang Acrylic Ecosse Baby.  Berat 100 gram dan punyalah lembut dan gebu berbanding benang acrylic yang biasa saya pakai.

100% Acrylic
Benang ni dalam kategori benang baru dan sempat juga saya beli pada harga promosi.  Semua benang di Ice Yarn murah-murah cuma kos penghantarannya yang mencekik hehehe ... Beli bukan alang-alang lagi ni, yang lain untuk diri sendiri dan yang lain untuk dijual ♥‿♥

Cuti Kait Mengait

Cedera ibu jari kanan
Ibu jari kanan saya ni rasa sakit dan sengal-sengal semacam saja sejak dua minggu lepas, rasa macam ada kecederaan dalaman pula.  Ni mungkin gara-gara kerja heavy duty memegang jarum kait siang dan malam hehehe ... So, untuk memastikan kecederaan tidak berterusan kenalah ambil cuti memegang jarum kait buat sementara waktu sehingga pulih ♥‿♥

3# Hair Clips

Seharian saya menyibukkan diri dengan mengait motif frothy flower untuk dijadikan hair clips sementara menunggu benang nona yang di order online sampai.  Benang tersebut untuk tempahan cenderahati perkahwinan kazen saya yang tergendala gara-gara kehabisan benang dan kedai di sini pun telah kehabisan stok benang yang saya kehendaki.  Jadi terpaksalah order online.  Untuk projek ni, saya gunakan benang cotton milk dan hook pula saiz 5/0.  Klip pula saya gunakan saiz 5.8mm.  Hasilnya seperti gambar ni.  Mekar kembang setaman kalau pakai klip rambut ni nanti ♥‿♥


4.1% Wanita Bekerja Dalam Bidang Kraftangan

Hello semua, hari ini saya ingin berkongsi satu maklumat menarik mengenai wanita Malaysia hari ini.  Kerajaan mensasarkan lebih ramai wanita bekerja pada tahun 2015. 

Lebih ramai wanita bekerja menjelang 2015
 Daripada maklumat yang saya perolehi di http://1malaysia.com.my jumlah wanita di Malaysia bekerja atau terlibat dalam peniagaan kraftangan dan yang berkaitan hanya 4.1%. 

4.1% wanita bekerja atau terlibat dalam bidang kraftangan
Bidang kraftangan merupakan bidang yang paling sedikit sekali diceburi oleh golongan wanita, tapi ini bermakna persaingan dalam bidang ini masih kecil dan kita masih mempunyai pasaran yang luas untuk diterokai ♥‿♥

2# Hair Clips

Selamat datang Oktober.  Malam tadi sebelum berakhirnya September, sempat juga saya menyiapkan hair clips menggunakan benang cotton milk dan snap clips.  Kerja-kerja melekatkan daun dan bunga agak senang sebab clips yang saya beli ni ada cover.  Cuma dapat beli 4 saja sebab harga clips ni agak mahal, jadi mark up sedikit saja untuk harga jualan.  Untuk market test saja ni.  Kalau ada sambutan baru la pegi borong dekat kedai aksesori rambut tu ♥‿♥

Saiz 7.8mm (panjang) x 2.5mm (lebar)

Button Flower Hair Clips ♥‿♥

Guna benang cotton milk

 
Walai Krusye © 2008. Design by Pocket