Masih berada di bulan Januari, jadi belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 semua! Sibuk sangat dengan pelbagai komitmen yang tidak berkaitan dengan aktiviti kait-mengait dan baru hari ini berkesempatan meng'update blog.
 |
Tempahan door gift |
Aktiviti krusye terkini untuk tahun 2013? Setakat ini belum ada lagi. Hari ni cuma busy membungkus wedding door gifts tempahan Pam & Jem untuk hari perkahwinan mereka pada 9 Februari akan datang.
 |
Pakej termasuk tag dan pembungkusan |
Kerja-kerja mengait sebenarnya sudah lama siap tapi baru hari ini ada lapang sedikit untuk kerja-kerja mengisi tisu dan membungkus. Rabu ini akan diposkan dan semoga pasangan ini gembira dengan hasil kerja tangan saya
♥‿♥
4 comments:
comellllll sgt! Saya suka gabungan wrna tu sweet je
wah!byknya...brp lama nk siap ni ye...
@marinahunny Thanks. Warna ni request sendiri drp customer ♥‿♥
@lia 110 pcs semua. Kira2 2 bln jg mau menyiapkan semua ni. Huh! lega bukan kepalang bila semua siap :)
Post a Comment