1# Dishcloth

Selamat hari Khamis ♥‿♥

Sebenarnya, mood hari ini kurang baik disebabkan kehabisan stok benang nona warna kuning, oren dan hijau untuk menyiapkan tempahan satu lagi fat bottom bag pelangi.  Mahu tidak mahu terpaksa tunggu sehingga Sabtu in baru dapat beli.

Jadi, dalam usaha mengubati perasaan stress yang bersarang di jiwa ... cewah ... saya pun mencuba-cuba belajar perkara baharu iaitu tunisian crochet daripada youtube.  Nampak mudah dan memang mudah difahami bagi yang sudah mahir dengan crochet. 

Ini merupakan cubaan pertama.  Saya gunakan benang cotton Indonesia dan tunisian hook saiz 5.5mm untuk menyiapkan sekeping dishcloth bersaiz 14cm x 13.5cm.  Lepas ni mau belajar tunsian crochet full stitch (mesh stitch) la pula.

Basic/simple tunisian crochet stitch

1# Keychain

Campur tolak campur tolak ... lebih sebulan sudah tidak meng'update' blog Walai Krusye.  Masih kekal dengan alasan sama iaitu "akhir-akhir ini saya agak sibuk menyiapkan pelbagai tempahan jadi itu sebab la blog ni terabai" ... cewah! ...

Owls keychain
Ini pertama kali saya menerima tempahan keychain.  Pelanggan minta saya buatkan keychain mengikut kreativiti saya sendiri ... yang penting menarik.  Bila pelanggan berikan kepercayaan seperti ini ... otak terus blurrrrr.  Syukurlah ada internet ... jadi boleh google-google untuk mendapatkan inspirasi.

Hearts keychain
Jika dibandingkan mengait beg dan keychain ... saya memilih beg.  Sebab mengait benda-benda kecil seperti ni memerlukan ketelitian dan tahap kesabaran yang tinggi.  Hasil siapnya comel tapi proses membuatnya agak leceh.  Ok la, setakat ini sahaja.  Di bawah saya kongsikan link untuk pattern.  Selamat mencuba.


 
Walai Krusye © 2008. Design by Pocket