Campur tolak campur tolak ... lebih sebulan sudah tidak meng'update' blog Walai Krusye. Masih kekal dengan alasan sama iaitu "akhir-akhir ini saya agak sibuk menyiapkan pelbagai tempahan jadi itu sebab la blog ni terabai" ... cewah! ...
Owls keychain |
Ini pertama kali saya menerima tempahan keychain. Pelanggan minta saya buatkan keychain mengikut kreativiti saya sendiri ... yang penting menarik. Bila pelanggan berikan kepercayaan seperti ini ... otak terus blurrrrr. Syukurlah ada internet ... jadi boleh google-google untuk mendapatkan inspirasi.
Hearts keychain |
Jika dibandingkan mengait beg dan keychain ... saya memilih beg. Sebab mengait benda-benda kecil seperti ni memerlukan ketelitian dan tahap kesabaran yang tinggi. Hasil siapnya comel tapi proses membuatnya agak leceh. Ok la, setakat ini sahaja. Di bawah saya kongsikan link untuk pattern. Selamat mencuba.
Pattern heart - http://crochet.about.com/od/motifs/ss/Crochet_Heart_Chart_2.htm
Pattern owl - http://www.pinterest.com/pin/160018592981633661/
2 comments:
cantik sangat.
@raktamrittika Terima kasih :)
Post a Comment