1# Dishcloth

Selamat hari Khamis ♥‿♥

Sebenarnya, mood hari ini kurang baik disebabkan kehabisan stok benang nona warna kuning, oren dan hijau untuk menyiapkan tempahan satu lagi fat bottom bag pelangi.  Mahu tidak mahu terpaksa tunggu sehingga Sabtu in baru dapat beli.

Jadi, dalam usaha mengubati perasaan stress yang bersarang di jiwa ... cewah ... saya pun mencuba-cuba belajar perkara baharu iaitu tunisian crochet daripada youtube.  Nampak mudah dan memang mudah difahami bagi yang sudah mahir dengan crochet. 

Ini merupakan cubaan pertama.  Saya gunakan benang cotton Indonesia dan tunisian hook saiz 5.5mm untuk menyiapkan sekeping dishcloth bersaiz 14cm x 13.5cm.  Lepas ni mau belajar tunsian crochet full stitch (mesh stitch) la pula.

Basic/simple tunisian crochet stitch

1 comments:

Fathirah FA said...[Reply to comment]

kalau boleh tahu mana nak beli benang kait di kch n brapa harganya??

 
Walai Krusye © 2008. Design by Pocket