Granny square bumper pads yang berjaya menceriakan suasana bilik |
Himpunan kutu GS yang diterima |
Menjahit malas juga ... akhirnya terfikir pula mau transformkan kepingan-kepingan projek kutu granny square dua tahun lepas menjadi bumper pads. Asalnya, semua granny square ni saya ingin jadikan bed spread tapi niat tersebut selalu tertangguh ... tapi bila tiba part untuk anak ... wow memang semangat habis-habisan hehehe. Kepingan-kepingan tersebut saya cantumkan menggunakan benang nona warna merah hati.
Span nipis bersaiz 40" x 60" |
Bahagian dalam pula, saya sumbat sahaja span nipis yang saya lipat menjadi tebal. Terfikir juga mau sumbat kapas polyester tetapi tidak sesuai sebab stitch granny square yang digunakan tidak rapat bimbang bulu-bulu kapas terkeluar bila dibasuh kelak.
Bah, setakat ini sajalah entri untuk kali ini. Semoga entri ini memberi inspirasi kepada ibu-ibu yang minat mengait di luar sana.
0 comments:
Post a Comment