Teruja sangat sebab seorang rakan lama, Mar, membuat tempahan empat pasang baby booties sekali gus selepas melihat gambar baby booties mary jane style dan baby booties warna biru yang saya post di facebook. Jadi, sejak khamis sibuk mengait baby booties saiz tapak empat inci untuk baby girl dia yang berumur lima bulan.
Empat pasang baby booties |
Rasa bersemangat sangat sebab dia betul-betul serius dan malam tadi terus bank in jumlah bayaran untuk keseluruhan termasuk kos penghantaran. Rasa bersyukur sangat-sangat bila hasil kerja tangan kita mampu menjana pendapatan biarpun tidak sebanyak mana.
4 comments:
bestnye terer but booties :)
mmg puas hati kan walaupun x seberapa tp hasil tangan kita..
@marinahunny ya la, at least ada jg yg sudi menghargai.
cantik nya,,sampai sekarang saya tak reti lagi ngait baby booties :( :(
@this is madness saya mula2 belajar ni pun ambi masa dekat seminggu juga baru dapat buat yang kemas. belajar asas dari youtube jg ni.
Post a Comment