Seni mengait krusye merupakan satu-satunya kemahiran kraftangan yang saya miliki dan selain sanggup berhabis duit untuk buku, majalah, laksa sarawak, kek keju & coklat, saya juga sanggup berhabis duit untuk hobi krusye ini.
Bagaimanapun, setakat ini saya masih belum terfikir mengait krusye untuk hiasan di tandas seperti gambar-gambar ini. Kalau saya buat tandas di rumah macam ini gerenti saya sendiri tidak mau pakai sebab bimbang akan mengotorkan krusye.
Lagi pula, tandas kita orang asia susah mau kering kerana faham-faham sajalah, di situlah tandas di situ jugalah tempat mandi. Jadi dekorasi seumpama dan sewaktu dengannya memang tidak sesuai.
Tapi kalau ada sesiapa yang berminat untuk menjadikan tandas di rumah mereka seceria seperti gambar-gambar ini, jangan ragu-ragu untuk membuat tempahan daripada saya hehehe ... Pilih saja pattern yang mana satu, saya akan buat dan harga boleh runding. Ada siapa-siapa yang berminat? ^_^