| Kepingan 'granny square' yang belum siap |
Pengalaman pertama mengait 'granny square' agak leceh juga kerana terpaksa berulang-ulang kali memutus dan mencantum tiga benang berlainan warna. Untuk lebih mudah terlebih dahulu saya mengait sebanyak mungkin bahagian pertama menggunakan benang coklat sebelum beralih kepada cantuman benang berwarna purple.
| Cantuman 'granny square' |
Akhir sekali barulah saya mencantumkannya menggunakan benang berwarna hijau dan seterusnya dicantum-cantumkan seperti gambar di atas. Sebenarnya mengait 'granny square' ini agak leceh dan memerlukan kita lebih banyak bersabar kerana ianya perlu dilakukan secara berperingkat-peringkat menggunakan warna benang berbeza supaya kelihatan lebih menarik.



0 comments:
Post a Comment