Selamat hari Jumaat ... hari ini saya khaskan untuk Friday Flowers, bermakna setiap Jumaat saya hanya akan update blog dengan projek-projek krusye berkaitan motif bunga-bungaan. Sekurang-kurangnya ada juga benda yang hendak diceritakan dalam blog ni. Jadi untuk 1# Friday Flowers hari ini adalah African Flower.
African Flower |
Motif african flower ini saya dapat dari www.craftpassion.com. Pening-pening juga baca instruction bertulis cara mengait paten bunga ni, nasib ada gambar disertakan jadi dapat juga rujuk sama ada betul atau tidak kaitan yang saya buat.
Saiz berbeza |
Setakat ini baru dua keping dihasilkan, malangnya saya terlalai dan menggunakan saiz jarum berbeza jadi hasilnya pun berbeza. Bunga yang besar tu saya gunakan jarum saiz 6mm dan yang kecil saiz 5mm gara-gara jarum yang saya gunakan mempunyai dua hook. Dugaan betul! ^_^
2 comments:
Cantikkan african flower ni. Buat apa sesuai ye..smbung2 buat alas ok jg kan..
@marinahunny tu la sedang fikir2 mau buat apa nanti dengan african flower ni. Rasanya sambung2 buat table runner ok jg.
Post a Comment