Saya sekarang tersangatlah busy dengan aktiviti mengait 'granny square'. Walaupun kerja-kerja mengait 'granny square' ini agak leceh kerana perlu memutus dan mencantumkan benang berlainan warna untuk menghasilkan setiap kepingan, tapi saya rasa enjoy melakukannya terutama apabila melihat hasilnya selepas dicantumkan.
![]() |
Google Pix |
Memandangkan saya tidak mahir dalam menggabungkan warna, jadi biasanya saya akan merujuk kepada gambar-gambar google berkaitan 'granny square'. Secara tidak sengaja terjumpa pula gambar kereta di atas yang disarungkan dengan kombinasi warna yang ceria 'granny square'.
![]() |
Google Pix |
0 comments:
Post a Comment