Line internet teruk sangat beberapa hari ni, mau log in FB pun payah sangat ... apa lagi mau update blog, langsung tidak dapat. Baru hari ni line internet mengizinkan untuk saya buat meng'update beberapa aktiviti yang saya lakukan beberapa hari lepas.
Tempahan dari Betty - 4 pasang booties saiz 4 inci |
Antaranya, menyiapkan dan mengirimkan dua tempahan dari Sabah. Sebenarnya bukan orang lain pun yang menempah, satu tempahan datang dari wife cousin sebelah mama dan satu tempahan lagi dari wife cousin sebelah bapa. Betty menempah tiga pasang baby boy booties dan sepasang untuk baby booties mary jane style warna pink. Katanya, dua untuk dihadiahkan kepada cousin dan dua lagi untuk koleksi peribadi.
Tempahan dari Tyenn |
Sementara Tyenn pula menempah sepasang baby booties mary jane style juga warna pink saiz 3.5 inci (wah ... memang laku warna pink ni, setakat ni sudah jual empat pasang). Selain itu, dia juga menempah granny square bag warna brown ni.
Baby booties untuk delanie |
Tiga pasang baby booties mary jane style saiz 4.5 (11.5cm) inci ni pula saya buat istimewa untuk anak abang saya yang berusia sembilan bulan. Take time juga mengait bahagian tapak sebab sebelum ni cuma biasa buat saiz 3.5 inci dan 4 inci, jadi untuk mendapatkan saiz yang diingini terpaksalah buka dan kait beberapa kali sehinggalah berjaya mendapatkan saiz 4.5 inci. Harap muatlah dengan si delanie yang comel. Ini hadiah istimewa dari aunty ^_^
4 comments:
Hi Linda (bole ke panggil dengan nama ni)
Beg granny square tu...brape harga ek (saya pernah jual tote beg besar...hg saya agak..tapi takut termahal )
cantik² sgt crochet awak...kemas
@Aku_tulip :) panggil linda bole ... panggil jaw pun bole. Saya ni pun pandai2 sendiri saja letak harga :)
Beg granny square tu saya jual ikut jumlah berapa kepingan granny square. Sekeping saya kira harga RM1.00 ...yg ni ada 37 keping jadi RM37.00. Lagipun saya ada buat kain lining di dalam.
Linda..pada saya hg tu sgt berpatutan...lebih kurang saya jual juga...sebab ada lining kan...klu tak ada lining...murah sket...tima ksih sudi beritahu
@Aku_tulip saya ni pun belajar letak harga lepas tengok mcm mana ada satu kedai menjual aksesori kraf letak harga barangan krusye di kedai dorang.
Post a Comment