Shopping Benang & Jarum Kait Baharu

Shopping Saturday!  Shopping benang dan jarum kait saja sebenarnya.  Kebetulan keluar untuk urusan bank, jadi saya terus menyimpang singgah ke Flowers & Handcraft Shop di Kenyalang Park, Kuching untuk membeli stok benang baharu.

Stok benang baharu
Taukeh kedai ni pun sudah kenal sangat dengan muka benang saya ni, jadi macam biasa dia bagi harga diskaun.  Biasa dia jual benang nona RM2.80, tapi memandangkan saya selalu beli banyak sekaligus jadi dia jual sebuku benang nona dengan harga RM2.50.  Jadi RM30.00 juga habis untuk benang sahaja.  Harga benang di Sabah/Sarawak memang agak mahal berbanding di Semenanjung tapi kalau beli benang secara online pun lebih mahal so saya prefer beli di kedai saja.

Hook saiz 1.6mm, 3 & 4
Saya juga membeli jarum kait baharu saiz 1.6mm dan jarum kait dua hook saiz 3 dan 4.  Sengaja mau tambah koleksi jarum kait.  Setakat ni saya ada jarum kait bersaiz 1.25mm, 0.85mm dan 0.7mm serta sebatang jarum dua hook saiz 5 dan 6.

1# Friday Flowers: African Flower

Selamat hari Jumaat ... hari ini saya khaskan untuk Friday Flowers, bermakna setiap Jumaat saya hanya akan update blog dengan  projek-projek krusye berkaitan motif bunga-bungaan.  Sekurang-kurangnya ada juga benda yang hendak diceritakan dalam blog ni.  Jadi untuk 1# Friday Flowers hari ini adalah African Flower.

African Flower
Motif african flower ini saya dapat dari www.craftpassion.com.  Pening-pening juga baca instruction bertulis cara mengait paten bunga ni, nasib ada gambar disertakan jadi dapat juga rujuk sama ada betul atau tidak kaitan yang saya buat.

Saiz berbeza
Setakat ini baru dua keping dihasilkan, malangnya saya terlalai dan menggunakan saiz jarum berbeza jadi hasilnya pun berbeza.  Bunga yang besar tu saya gunakan jarum saiz 6mm dan yang kecil saiz 5mm gara-gara jarum yang saya gunakan mempunyai dua hook.  Dugaan betul! ^_^

Blog Walai Krusye Tukar Template Baharu

Selain suka menulis dan suka mengait ... saya juga suka tukar-tukar template blog.  Jadi, sementara merehat-rehatkan mata yang letih gara-gara mengait hampir setiap hari, maka hari ini saya luangkan sedikit masa untuk sesi mencari-cari template baharu di btemplates.com.  Rasanya template lama yang saya gunakan terlalu gelap dan sesak mata memandang, jadi saya tukarkan kepada template putih dan lebih simple.

Template Lama


Template Baharu
 

1# Granny Square Purse

Projek krusye menggunakan salah satu 'granny squares' yang saya kait pagi tadi telah di 'transform' menjadi sebuah purse seperti gambar di bawah.  Kerja-kerja menjahit zip kali ini lebih mudah dengan merujuk pada Zippered Linining Tutorial berbanding pengalaman pertama menjahit zip pada projek wristlet purse sebelum ini. 

Saiz:  9.5cm (tinggi) x 18cm (lebar)

Lapisan dalam menggunakan kain felt

Boleh muat untuk menyimpan handphone, duit, pen, dll

Granny Squares

Mix & match
Sesi mix & match warna yang baharu siap sebentar tadi.  Wah macam makan krusye, tidur krusye, mandi krusye ... pula sejak akhir-akhir ini.  Biasalah suri rumah dan masih belum ada rezeki timang baby lagi ni, jadi banyak masa terluang selain menghabiskan masa melayari internet.  Sekarang ni sedang fikir-fikir projek krusye seterusnya menggunakan 'granny square'.  Rasanya mau buat 'granny square purse'.  Tunggu & lihat saja nanti hasilnya ... mungkin dapat siap dalam hari ni juga.  Cewah ... semangat betul :)

3# Handphone Pouch

Hello ... Hi ... handphone pouch ini merupakan projek krusye terbaharu saya.  Wah ... memang betul-betul rajin pula saya akhir-akhir ini update blog dengan projek-projek terkini. Macam biasa saya lebih gemar sesuatu yang ringkas dan konsep inilah yang saya terapkan dalam projek handphone pouch #3. 

Empat warna, coklat, purple, pink dan biru

Saiz: 8.5cm (L) x 13cm (T)

1# Wristlet Purse

Ini merupakan wristlet purse saya yang pertama dan baru sahaja siap.  Seronok betul, tapi tidak sangka pula proses menjahit zip pada krusye ni agak rumit dan leceh.  Saya fikir lebih mudah mengait berbanding menjahit zip :) tapi berkat kesungguhan akhirnya berjaya juga saya menyiapkan projek krusye ini.

Proses menjahit zip yang leceh

akhirnya siap!

Opsss ... tali belum buat pula :)

1# GA: HanaCraftyWorld Giveaway

Wah ... teruja sangat bila tengok hadiah set jarum kait yang ditawarkan oleh blog MyCraftyWorld menerusi HanaCraftyWorld 1st Giveaway bersempena dengan usia anaknya yang genap setahun.  Saya mendapat tahu mengenai giveaway ni daripada blog MyCrochetWorld, thanks marinahunny.  Jadi bagi kaki-kaki crochet yang mempunyai blog, apa lagi mari kita ramai-ramai meriahkan 1st giveaway puan Hana.  Klik gambar di bawah untuk maklumat lanjut.


2# Granny Square Bag

Granny square
Ini projek granny square saya yang baru siap beberapa hari lepas, tapi lambat update dalam blog gara-gara line internet slow tahap gaban.  Sebanyak 37 keping diperlukan untuk menghasilkan beg granny square seperti di bawah.  Seronok juga mengait granny square ni, tapi yang paling leceh ialah ketika hendak mencantum-cantumkannya.

Granny Square Bag - Saiz 33cm (Tinggi) x 30cm (Lebar)

4# Baby Booties

Lucky Red Baby Booties
Gambar di atas merupakan sepasang baby booties yang saya buat khas untuk dihadiahkan kepada seorang rakan yang baru sahaja melahirkan baby boy pada dua bulan lepas.  Memandangkan baby dia lahir pada tahun naga, jadi rasanya warna merah adalah warna yang sesuai.

Kotak hadiah berukuran 12.5cm x 10.8cm
Lega rasanya bila kotak hadiah berukuran 12.5cm x 10.8cm yang saya beli ini cukup-cukup untuk memuatkan baby booties tersebut.  Nampaknya, hasil-hasil kerja tangan seperti seni krusye ini sesuai juga dijadikan sebagai hadiah ataupun cenderahati kepada rakan-rakan atau keluarga kan ... :)

Siap untuk dihadiahkan! Harap mereka suka la :)

Kereta unik dengan 'granny square'

Saya sekarang tersangatlah busy dengan aktiviti mengait 'granny square'.  Walaupun kerja-kerja mengait 'granny square' ini agak leceh kerana perlu memutus dan mencantumkan benang berlainan warna untuk menghasilkan setiap kepingan,  tapi saya rasa enjoy melakukannya terutama apabila melihat hasilnya selepas dicantumkan.

Google Pix
Memandangkan saya tidak mahir dalam menggabungkan warna, jadi biasanya saya akan merujuk kepada gambar-gambar google berkaitan 'granny square'.  Secara tidak sengaja terjumpa pula gambar kereta di atas yang disarungkan dengan kombinasi warna yang ceria 'granny square'.

 Google Pix
Bagaimanapun, setakat ini saya belum terfikirlah pula untuk membuatkan baju untuk kereta kami ... hehehe ... kecualilah ada pertandingan 'kereta berhias' yang memerlukan 100% penggunaan seni krusye.  Entah berapa lama diperlukan untuk menyiapkan projek seperti ini? 

1# Granny Square Bag

Kepingan granny square
Projek granny square bag saya yang pertama terus terbengkalai gara-gara benang masih tidak mencukupi.  Sementara menanti kelapangan untuk membeli stok baru, saya menggunakan stok benang-benang yang ada untuk membuat granny square lain.

Hasil cantuman
Gambar di atas merupakan hasil cantuman kepingan granny square dan sebanyak 30 keping diperlukan untuk menghasilkan sebuah beg seperti gambar di bawah.  Benang yang saya gunakan ialah benang Nona berharga RM2.50 segulung dan menggunakan jarum bersaiz 5/0.

Granny Square Bag - Saiz 29cm (T) x 30cm (L)

3# Baby Booties

Benang Nona M20 - Putih Krim
Berbeza dengan baby booties yang saya buat sebelum ini, yang ini lebih comel dan mempunya tali.  Bagaimanapun, asas membuat tapaknya sama dengan yang dua baby booties saya buat sebelum ini.  Klik di sini untuk melihat tutorial membuatnya. 

Benang Nona M93 - Biru
Kedua-dua baby booties ini saya buat pada hari yang sama, rasanya jari-jemari semakin cekap pula ... cewah :)  Untuk satu baby booties cuma mengambil masa kira-kira setengah jam untuk disiapkan.  Saiz tapak kira-kira 3.8 inch.

2# Baby Booties

Baby Booties - Saiz tapak 3.8 inch
Ini merupakan baby booties yang kedua.  Hasilnya lebih kemas berbanding  1# Baby Booties.  Saya menggunakan benang nona  M93 berwarna biru digabungkan dengan warna putih krim M20.  Jarum yang saya gunakan pula Tulip 5/0.  Sekarang ini saya sedang dalam proses mempelajari satu lagi teknik membuat baby booties di youtube.  Hasilnya nanti akan saya kongsikan di blog.  Sehingga berjumpa lagi :)

1# Baby Booties


Cubaan Baby Booties pertama
Hi! Hari ini saya gembira sangat sebab berjaya mengait sendiri kasut bayi (baby booties) berdasarkan tutorial di youtube dan hasilnya seperti di atas.  Saya sebenarnya tertarik untuk belajar mengait baby booties ini selepas melihat baby booties di blog My Craft Garden, cute sangat baby booties yang lia buat.  Tapi baby booties yang saya buat ini lebih simple, maklumlah baru belajar la katakan.  Sekarang ini pula saya sedang mencuba membuat sepasang lagi baby booties ... rasa seronok pula :)

Koleksi Stok Benang Baharu

Stok benang baharu
Akhirnya saya telah berjaya meluangkan masa untuk membeli-belah stok benang baharu untuk meneruskan projek 'granny square' yang terbengkalai.  Harap-harap benang tersebut mencukupi.

Kos hampir mencecah RM50
Selain membeli stok benang untuk projek terbengkalai tersebut, saya juga turut menambah beberapa gulung benang untuk projek-projek 'granny square' seterusnya.  Macam ketagih buat 'granny square' pula saya sekarang ini.

Projek 'granny square' yang terbengkalai

Projek terbengkalai
Projek mengait 'granny square' pertama saya kini menjadi projek terbengkalai sejak dua minggu lepas gara-gara kehabisan salah satu stok benang.  Sebenarnya saya bercadang untuk membuat beg daripada cantuman-cantuman 'granny square' tersebut, malangnya benang habis pula.  Inilah yang membuatkan mood mengait terjejas ... huh! bila mood terjejas maka kemalasan pula mengganti.
 
Walai Krusye © 2008. Design by Pocket