1# Bookmarks

Button flower paper clips bookmarks
Nampak simple saja penanda buku ni kan, tapi sebenarnya hendak membuatnya sangat-sangatlah leceh.  Menyiapkan satu penanda buku seperti ini sahaja memerlukan kira-kira 7 - 8 minit termasuklah masa menjahit butang.  Idea ni sebenarnya saya dapat daripada sebuah blog yang saya terlupa pula apa namanya. 

Pelbagai warna
Projek ni saya buat sejak 20 April lepas lagi, ingat mau buat ready stock sampai 50 keping tapi setakat ini baru 30+ yang siap.  Saya gunakan six petal button flower bersama dengan paper clips saiz 78mm.  Hasilnya comel juga ♥‿♥

Simpan dalam bungkusan plastik supaya nampak lebih menarik ♥‿♥

8# Baby Booties

Design sama seperti sebelum ini tapi menggunakan warna berbeza, bertujuan untuk menambah koleksi baby booties di FB page Walai Krusye. Sekarang ni saya sedang cuba mengait baby booties yang ada bunga-bunga pula, harap menjadi la ♥‿♥ memandangkan ada rakan-rakan yang menyuruh membuat design lain.

Dark Brown M71

Yellow M57/N2

Orange M78/N8

Pink M56/100

3# Friday Flowers: 6 Petal Crochet Button Flower

Button flower
Happy Friday! Dua minggu saya ter'miss' 'Friday Flowers' gara-gara busy menyiapkan tempahan baby booties yang diterima dari rakan-rakan, relatives dan juga customer online. 

 6 Petal Crochet Button Flower
Jumaat minggu ni, saya kongsikan bunga-bunga kecil yang saya kait sejak minggu lepas, biarpun leceh tapi saya fikir cara ini akan meningkatkan tahap ketekunan dan kesabaran saya.  Jika sebelum ini saya buat five petal button flower, yang ini pula six petal button flower ... bertambah satu kelopak saja ♥‿♥

Mesin Jahit Mini

Rasa-rasanya inilah mesin jahit terkecil di dunia.  Sangat-sangat inovatif orang yang mereka mesin jahit mini seperti gambar di bawah.  Saya fikir gerenti orang tersebut sudah jadi jutawan sekarang ♥‿♥ 

Mesin jahit mini
Bagi yang kurang berkemampuan untuk memiliki sebuah mesin jahit yang sempurna, mesin jahit mini ini rasanya sudah mencukupi untuk memudahkan kerja-kerja menjahit yang kecil.  Mesin jahit mini sebesar staple inilah yang saya gunakan untuk projek-projek kecil kraftangan saya.

Sebesar staple
Mesin jahit mini ini saya beli pada pertengahan April lepas di kaki lima kedai India Street, Kuching. Mula-mula tengok benda ni rasa tidak percaya pun ada sebab tidak pernah terlintas difikiran akan melihat mesin jahit sekecil ini di depan mata.  Sebelum ini cuma pernah nampak mesin jahit mini sebesar mesin pengadun kek/biskut berharga RM100++

Close up pix
Walaupun nampak simple tapi perlu kemahiran dan kesabaran juga mengendalikan mesin jahit mini ni, cara menggunakannya sama seperti staple.  Menjahit sepanjang 10cm pun sudah cukup melenguhkan tangan, sudah namanya mesin jahit mini jadi jahitan pun kenalah 'mini' ♥‿♥

Shopping Benang Lagi ٩(-̮̮̃•̃)۶

50 gulung benang pelbagai warna
Hasil pendapatan menjual kraftangan krusye tidak seberapa tapi hari ini saya shopping benang macam lupa dunia terutamanya bila tengok benang kait yang berwarna-warni.  Mata pun jadi pelangi dan duit pun lesap macam pelangi juga  ♥‿♥

Projek Lining Beg Granny Square #2

Kerja lining-me'lining beg granny square ni sebenarnya sudah lama siap dan beg ni pun telahpun dibeli orang.  Update cerita ni lambat sikit berikutan line internet yang slow sangat dan banyak sangat projek krusye yang berbaris untuk di'update'kan di blog.

Lining
Jadi malam-malam hari ni saya kongsikan bagaimana rumitnya dan lecehnya menjahit lining pada beg ni.  Bentuk V shape pada beg merumitkan lagi keadaan, mungkin kalau shape keseluruhan beg lurus kerja menjahit lebih mudah.

Close up!
Rasanya lebih dua jam juga saya menjahit lining pada beg ni, maklumlah sudah namanya handmade jadi jahit pun guna jahitan tangan saja ... itu yang take time (banyak kali berhenti rehat).  Jahit pun tidak boleh cincai-cincai nanti cepat tercabut pula jahitan tu ... nanti hilang pula kualiti hasil kerja kita .. kan .. kan .. ♥‿♥

Sudahpun dibeli bersama sepasang baby booties mary jane style
Lega bila hari ni bila isteri cousin yang beli beg ni post message pada timeline FB saya ucap TQ dan cakap 'alawa' gia itu beg  ♥‿♥

2# Granny Square Purse

9.5cm (tinggi) x 18cm (panjang)
Ini projek granny square purse kedua saya, warna pink lagi tu ♥‿♥ 1# Granny Square Purse sebelum ini berwarna coklat.  Untuk projek ini, saya masih menggunakan salah satu 'granny squares' yang saya kait pada bulan Mac lepas.  Sebenarnya leceh juga menjahit lining dan zip ni, tapi lumrah kerja-kerja kraftangan ni memang memerlukan tahap ketekunan dan kesabaran yang tinggi Yeah! usaha tangga kejayaan!!! ٩(-̮̮̃-̃)۶

Tempahan Dari Negeri Di Bawah Bayu

Line internet teruk sangat beberapa hari ni, mau log in FB pun payah sangat ... apa lagi mau update blog, langsung tidak dapat.  Baru hari ni line internet mengizinkan untuk saya buat meng'update beberapa aktiviti yang saya lakukan beberapa hari lepas.

Tempahan dari Betty - 4 pasang booties saiz 4 inci
Antaranya, menyiapkan dan mengirimkan dua tempahan dari Sabah.  Sebenarnya bukan orang lain pun yang menempah, satu tempahan datang dari wife cousin sebelah mama dan satu tempahan lagi dari wife cousin sebelah bapa.  Betty menempah tiga pasang baby boy booties dan sepasang untuk baby booties mary jane style warna pink.  Katanya, dua untuk dihadiahkan kepada cousin dan dua lagi untuk koleksi peribadi.

Tempahan dari Tyenn
Sementara Tyenn pula menempah sepasang baby booties mary jane style juga warna pink saiz 3.5 inci (wah ... memang laku warna pink ni, setakat ni sudah jual empat pasang).  Selain itu, dia juga menempah granny square bag warna brown ni.

Baby booties untuk delanie
Tiga pasang baby booties mary jane style saiz 4.5 (11.5cm) inci ni pula saya buat istimewa untuk anak abang saya yang berusia sembilan bulan.  Take time juga mengait bahagian tapak sebab sebelum ni cuma biasa buat saiz 3.5 inci dan 4 inci, jadi untuk mendapatkan saiz yang diingini terpaksalah buka dan kait beberapa kali sehinggalah berjaya mendapatkan saiz 4.5 inci.  Harap muatlah dengan si delanie yang comel.  Ini hadiah istimewa dari aunty ^_^

Handmade by Jawlinda (Walai Krusye) @ Facebook

Semalam, dengan rasminya saya telah melancarkan kedai krusye online saya di Facebook seperti yang dicadangkan oleh Amy, customer online saya yang pertama ^_^ menurut Amy, lebih mudah jika di FB.  Kalau diikutkan, saya sebenarnya lebih menghadap blog berbanding FB.  Nampaknya lepas ni kena bahagikan masa sama rata untuk BLOG dan FB.  Jadi mari Like ... Like ... Like FB page saya ^_^

Tempahan Dari Online Customer

Mary Jane baby booties & single strap booties
Ini merupakan tempahan daripada online customer saya yang pertama, maksudnya customer yang tidak dikenali dan bukan rakan FB.  Amy minta buatkan booties saiz 4 inci untuk baby dia yang berusia lima bulan dan sebenarnya tempahan ini sudahpun dikirim pada minggu lepas.  

Hari ni dapat SMS dari Amy mengatakan barang sudah diterima dan dia juga happy sebab kasut bayi yang saya kait muat dengan kaki anak dia.  Sempat juga Amy puji cantik ... hehehe ... rasa lega bila dapat komen positif dari customer.  Amy juga cadangkan supaya saya buka page di FB supaya lebih mudah untuk shopping online.  (*sekarang ni dalam proses mau buka kedai online di FB ...)

Bungkusan berisi empat pasang baby booties tempahan rakan lama juga sudah sampai.  Mar turut tag gambar baby girl dia memakai booties yang saya kait di FB untuk saya lihat.  Comel sangat tengok baby girl dia pakai semua booties tu.  Huhuhu ... tidak sabar mau dapat baby sendiri tapi apa boleh buat belum juga ada rezeki.

7# Baby Booties

Baby boy booties
Kasut bayi untuk bayi lelaki ni sebenarnya merupakan projek krusye saya awal minggu lepas lagi, tapi terlupa pula mau update dalam blog.  Saya cuma buat dalam tiga warna saja yang saya fikirkan sesuai untuk baby boy.  Buat masa ni, masih mencari design lain sebab booties baby boy ni limited sangat berbanding untuk baby girl, ini pun saya berjaya buat cuma berdasarkan gambar di internet.

Tempahan Dua Pasang Baby Booties

Minggu lepas, seorang relative sebelah suami membuat menempah dua pasang baby booties seperti gambar di sebelah.  Katanya, comel sangat dan hendak dijadikan hiasan dalam kereta.

Saya juga dimaklumkan, barang yang saya kirim menggunakan pos laju sudah pun sampai dan dia suka sangat.  Sekali lagi dia puji comel ^_^

Happy rasanya bila dapat buat orang happy.  Lebih happy lagi bila hasil kerja tangan kita dihargai.

Sekarang ni busy membungkus tempahan tiga tempahan daripada dua relatives dan seorang pelanggan online.

Sesi Susun & Kemas

Kontena kitar semula
Hari ini saya merajinkan diri dan meluangkan masa untuk menyusun dan mengemas peralatan serta aksesori kecil kraf yang sebelum ini hanya disumbatkan dalam kontena plastik di atas.

Toolbox & organizer 19.5cm panjang x 13.5cm lebar
Toolbox yang saya beli ni murah saja, cuma RM4.00 dan tersangatlah sesuai untuk menyimpan butang dan pin.  Selain itu ada ruangan khas memanjang yang boleh dimuatkan jarum kait.  Sayang tiada saiz besar.

Pill box 21cm panjang x 9.5cm lebar
Pill box yang berharga RM3.20 seperti gambar di atas pula saya tukarkan fungsinya menjadi tempat simpanan butang dan pin keronsang.   Jadi, sekarang lebih mudah untuk memilih butang mana yang hendak digunakan.

Lebih teratur & kemas
Lega rasanya bila selesai mengemas dan menyusun.  Lepas ni tidaklah berhambur barang-barang di atas lantai setiap kali ada projek kraf ^_^

Shopping Butang

110 biji butang pelbagai warna
Hampir RM20.00 saya habiskan semata-mata untuk membeli butang pada Rabu lepas.  Rambang mata betul bila tengok pelbagai jenis butang comel dijual di kedai kraf, rasa mau beli saja semua tapi duit pula tidak mengizinkan ^_^

Butang kecil berbunga-bunga tu saja 25 sen sebiji dan untuk sedozen RM2.50, jadi saya beli lima dozen berlainan warna.  Sementara butang biasa tu harga RM1.00 sepeket berisi 10 biji, saya beli lima peket berlainan warna juga. Mesti cantik butang-butang ni digunakan untuk projek-projek krusye nanti ^_^

1# Brooch

Keronsang button flower
Cubaan pertama membuat keronsang tapi rasanya macam tidak cukup umpph saja keronsang yang saya buat ni.  Simple sangat, tapi malas pula mau jahit manik untuk hiasan tambahan ^_^ benda-benda kecil dan leceh macam ni memang ada malas sikit mau buat.

Saiz sebesar 50 sen

Shopping Aksesori Projek Krusye

Aksesori kraf yang dibeli
Hujung minggu sentiasa merupakan hari terbaik untuk jalan-jalan cuci mata.  Kelmarin ketika jalan-jalan cuci mata di bandaraya Kuching, terserempak pula dengan kedai kraf dan macam biasa, pantang nampak kedai yang menjual aksesori-aksesori kraftangan, gerenti dengan sengaja singgah sebenar. 

Pin keronsang
Sebentar kononnya, tapi hampir sejam juga pusing-pusing menilik setiap barangan dan sempat juga membeli beberapa aksesori kecil untuk projek krusye akan datang.  Antara yang dibeli ialah pin keronsang untuk projek keronsang five petal button flower yang saya buat sebelum ini.  Idea ni pun saya dapat dari marinahunny, thanks marina.

Manik untuk bunga krusye
Manik ni pula saya beli sebagai aksesori tambahan pada projek keronsang saya nanti.  Harap menjadilah nanti, sebab belum pernah lagi buat keronsang.  Jahit manik pun belum pernah ada pengalaman lagi.  Jadi tunggu dan lihat sahajalah hasilnya nanti.

Butang untuk baby booties
Hurmmm ... memang setiap kali singgah kedai kraf tidak sah kalau tidak buang duit ^_^ ada-ada saja benda yang terbeli tanpa dirancang.  Ternampak longgokan butang warna-warni, apa lagi tangan pun gatal sangat mau belek-belek dan beli enam peket untuk stok butang baby booties nanti.

Kain untuk lining
Selain tu, saya juga membeli kain untuk lining untuk tote bag granny square 1# dan 2#.  Jahit lining pun bukan pandai sangat, jadi itu sebab beli kain yang tidak licin dan mudah untuk dijahit.

Tambah stok benang
Stok benang masih banyak lagi, tapi tangan ni gatal sangat mau tambah stok yang masih berlambak di rumah.  Akhirnya beli empat buku benang saja asal tidak kempunan kata orang.  Syukurlah ada suami yang tidak pernah komplen malah menyokong minat saya terhadap bidang kait mengait ni ^_^

1# Tempahan Dari Rakan Lama

Teruja sangat sebab seorang rakan lama, Mar, membuat tempahan empat pasang baby booties sekali gus selepas melihat gambar baby booties mary jane style dan baby booties warna biru yang saya post di facebook.  Jadi, sejak khamis sibuk mengait baby booties saiz tapak empat inci untuk baby girl dia yang berumur lima bulan. 

Empat pasang baby booties
Rasa bersemangat sangat sebab dia betul-betul serius dan malam tadi terus bank in jumlah bayaran untuk keseluruhan termasuk kos penghantaran.  Rasa bersyukur sangat-sangat bila hasil kerja tangan kita mampu menjana pendapatan biarpun tidak sebanyak mana.

2# Friday Flowers: 5 Petal Crochet Button Flower

Happy Good Friday!  Hari ini tiada projek krusye mega, setiap jumaat saya akan luangkan masa untuk belajar mengait bunga.  Cara mengait button flower/bunga butang ni pun saya belajar dari youtube dan tidak sangka pula tersangatlah mudah.  Cuma rasa leceh sikit sebab mengait benda-benda kecil ni memang saya malas sikit.  Bagaimanapun hasilnya tersangatlah cute ^_^ tapi belum fikir lagi mau buat apa dengan bunga-bunga ni.

Button flower

1# Mug Rug

Projek krusye hari ni simple saja, dengan menggunakan saki baki rug yarn yang ada, saya telah mengait empat keping mug rug dengan motif african flower.  Cukup tebal dan sesuai sangat untuk alas mug yang berisi minuman panas. 

African flower mug rug
Mug 1Malaysia lagi tu ^_^ mug tu cenderahati yang saya dapat semasa menghadiri majlis Mari Berjumpa Mari Berhubung Bersama Perdana Menteri pada tahun lepas.

Lebar 4.5cm

6# Baby Booties

Siap tiga pasang baby booties Mary Jane style termasuk 5# Baby Booties yang saya siapkan semalam.  Sekiranya ada sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi saya dengan mengisi borang Contact Me.  Saiz tapak available dalam 3 1/2 inci dan 4 inci.

Baby Booties Mary Jane style

Soft Pink

Vanilla

Orange

5# Baby Booties

Mary Jane style baby bootie
Ikut pandai sendiri dan berdasarkan gambar  salah satu model mary jane baby booties akhirnya saya berjaya menghasilkan sepasang baby bootie yang hampir-hampir sama walaupun tidak serupa.

Saiz tapak 3 1/2 inchi
Suka sangat tengok mary jane baby booties yang comel dan cantik.  Lepas ni mungkin cuba buat yang lain berdasarkan gambar-gambar yang ada di internet.  Kalau gambar jelas senang sikit mau ikut yang penting tahu asas mengait tapak baby bootie.

Paten Tapak Baby Booties

Hi semua, malam tadi masa google tengok gambar-gambar baby booties di internet, secara tidak sengaja terjumpa pula paten tapak baby booties ni.  Jadi, mereka yang pandai baca diagram tidak perlu  lagi pening-pening tengok tutorial di youtube.

Sila tambah half double crochet (hdc) pada round 3
Untuk paten ni, saya tambah 3rd round dengan half double crochet (hdc) untuk mendapatkan saiz tapak 4 inch.  Hasilnya seperti gambar di bawah.  Tapi untuk  saiz 3 1/2 inch saya merujuk pada tutorial di youtube.  Selamat mencuba!

Saiz 4 inci

 
Walai Krusye © 2008. Design by Pocket