Semalam, sementara menanti customer online dari mudah.my yang ingin membeli sepasang
single strap baby booties deep pink/ivory saiz 4 inci, saya singgah di kedai biasa tempat saya selalu membeli benang. Kali ini saya membeli pewarna fabrik.
|
Serbuk pewarna fabrik |
Sebenarnya saya bercadang untuk mewarnakan tali cotton, mungkin lebih cantik dijadikan beg jika tali tu diwarnakan. Mula-mula cari warna brown tapi tiada jadi cuba warna coffee saja la. Harga pewarna fabrik dalam bekas besar sedikit dari duit syiling 50 sen ni RM6.90 ... huh! mahal juga.
|
Proses mewarnakan tali |
Kerja-kerja mewarna tali cotton ni tidaklah sesukar mana. Saya ikut saja instruction yang diberikan tapi tidaklah 100%. Untuk membancuh pewarna fabrik ni memerlukan air yang telah dididihkan. Mula-mula saya masukan serbuk pewarna ke dalam baldi berisi 1/4 baldi air mendidih. Masukkan juga 1 sudu makan garam. Gaul sehingga rata ... cewah ... macam sesi masak-masak pula ni
♥‿♥
|
Warna agak gelap ketika masih basah |
Kemudian saya masukan tali cotton yang sudah saya rendam dan bleech semalaman ke dalam baldi berisi pewarna fabrik. Tujuan rendaman menggunakan peluntur ni untuk menghilangkan lilin, warna asal dan kotoran supaya pewarna fabrik dapat menyerap dengan lebih sekata. Gaulkan
adunan tali cotton sehingga warna menyerap sepenuhnya. Proses ni saya buat selama kira-kira hampir setengah jam juga la.
|
Warna selepas kering |
Lepas tu bilas tali menggunakan teknik mencelur mee ataupun sayur hehehe ... jangan diperah. Bilas sehingga air kelihatan bersih daripada kotoran pewarna fabrik. Lepas tu dijemur di tempat redup dan pastikan jangan diperah. Malangnya, petang semalam hujan lebat la pula ... jadi hari ni proses menjemur disambung semula. Warna tali cotton yang kering (belum kering sangat) seperti gambar di atas. Huh ... tidak sabar mulakan projek beg baharu
♥‿♥
8 comments:
oh rajinnyaaaaaaaaaaaaaaaa..serius blogger paling rajin dan peng crochet paling tegar..hahaha tahniah...buat semangat kita nak kaler benang...
@this is madness hahaha ... maklumlah suri rumah jer ni. lagipun belum dikurniakan anak ... jadi banyak benda la dibuat untuk menyibukkan diri heehehe
rajin sgt ....akak tak terbuat ni Linda....
@Aku_tulip ni mood rajin tiba2 datang ... kalau tidak memang malas jg.
kak mne nk beli pewarna fabrik tu...?
@yIe yien pQueen owh ... cari saja di kedai menjual alatan menjahit. di kedai stationery pun kadang2 ada.
kat mana awak beli dylon??
@erm_siapa aq??? Pewarna fabrik ni boleh didapati di kedai menjual peralatan jahitan atau alat tulis.
Post a Comment