WIP: Cenderahati Perkahwinan Pam & Jem (1#)

Ini merupakan tempahan mega yang saya terima daripada kazen saya Pam yang bakal melangsungkan perkahwinannya pada Februari 2013 dengan pasangannya Jem.  Thank you so much to both of them sebab sudi menempah wedding keepsake daripada saya.

Facial tissue holder
 Mereka berdua mengambil keputusan membuat tempahan selepas melihat hasil kraftangan krusye saya yang kiut miut di FB ... cewah.  Inginkan kelainan pada hari perkahwinan mereka, jadi saya suggest facial tissue holder sebagai cenderahati perkahwinan kepada para tetamu mereka nanti.

Warna tema, putih, pink & purple ... sweet ♥‿♥
Bukan setakat facial tissue holder ni saja tau, saya juga bagi pakej istimewa berserta dengan tisu, packaging dan tag ucapan.  Mereka order 110, setakat ni baru siap kira-kira 1/3 iaitu lebih kurang dalam 40 keping.  Stok tiga warna benang ni di kedai yang selalu saya pegi tu habis la pula, so karang ni kenalah order secara online.  Order online kira sama juga, kos minyak bertukar kepada kos pos laju.  Ok la, sehingga berjumpa di lain entry ♥‿♥

Any crochet project planning for this weekend?

Cotton milk yarns from Cotton House Store
Happy Saturday crocheters!  Any crochet project planning for this weekend?  I've planning to crochet the most beautiful and difficult granny square pattern using all these cotton milk yarns this weekend.  Just wait and see.  So until see you all in my next post.  **Tiba-tiba blogging in English ... apa cerita??? Ntah betul atau tidak grammar yg saya pakai.  Apa-apapun Wish you all have a nice weekend ♥‿♥

13# Friday Flowers: Water Lily

Water Lily
Bunga krusye ni cantik tapi mengaitnya punyalah leceh.  Bunga ni sebenarnya granny square tapi belum siap sepenuhnya.  Hasilnya nanti akan saya share pada entry akan datang ♥‿♥

5# GA: Anniversary Mini Giveaway by Garden of Crafts


Klik untuk join GA
Sedang blogwalking di blog Fiszah's Crochet tadi, terbaca pula entry pasal GA ni.  Jadi, tidak perlu fikir panjang ... mesti join punya! Hadiahnya seperti gambar di atas, jadi siapa-siapa yang gila butang macam saya mesti join sekali memeriahkan Anniversary Mini GA Garden of Crafts.  Tarikh tutup GA pada 30 September ni ... cepat-cepat join sebelum terlambat ♥‿♥

2# Amigurumi: Teddy Bear

Happy Tuesday Teddy Bear!  Cubaan kali kedua mengait si teddy ni nampaknya lebih sukses!!! berbanding cubaan pertama 1# Amigurumi:  Teddy Bear.  Hasilnya lebih kemas dan lebih comel ... cewah ♥‿♥



1# Amigurumi: Teddy Bear

Happy Monday Teddy Bear ... Finally, berjaya juga saya mengait patung kecil teddy ni.  Mau cakap senang, tidak juga, susah pun tidak tapi sedikit leceh especially sesi cantum-mencantum anggota badan si teddy ni.

Tinggi 6 inci
 Seperti biasa hasil pertama gerenti kurang kemas dan tersilap pula membuat sambungan pada bahagian telinga si teddy ni.  Sepatutnya telinga dilipat dua dan dijahit tapi gara-gara malas, saya ambil langkah mudah mencantumkannya dengan gam panas. 

Little Teddy
Bahagian muncung si teddy ni pun saya gam sahaja.  Patung ni kecil saja, saiz kira-kira 6" tinggi.  Pattern ni saya jumpa di 1500 Free Amigurumi Patterns.  Sekarang ni in progress mengait amigurumi kedua, kali ni kena buat kemas-kemas ♥‿♥

Plastic Crochet Hook Set Untuk DiJual

Ada sesiapa yang berminat untuk membeli plastic crochet hook (set of 8)?  Saya baru beli set ni tapi tidak pandai pakai pula sebab pemegangnya yang bulat dan tidak leper macam jarum kait tulip.  Harganya saya beli RM50/set dan saya nak jual pada harga sama tapi tidak termasuk kos penghantaran.  Jadi, siapa-siapa berminat boleh email home.niaga@yahoo.com ♥‿♥

Saiz: 5mm-10mm, 12mm & 14mm
SOLD

Selamat Menyambut Hari Malaysia

Tahun ini masuk tahun ketiga Hari Malaysia disambut secara rasmi selepas kerajaan mengistiharkan tarikh 16 September setiap tahun sebagai cuti umum sempena sambutan Hari Malaysia.  Untuk rekod, tarikh 16 September setiap tahun merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri dan bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia.  Bagaimanapun, bermula pada tahun 2010, tarikh 16 September diistiharkan sebagai cuti am di semua negeri di Malaysia bersempena dengan sambutan Hari Malaysia.  Suatu ketika dahulu, tarikh 16 September ini dipanggil sebagai hari pembentukan Malaysia oleh penduduk Sabah dan juga Sarawak.

7# Baby Set

Selamat berhujung minggu! Memandangkan semalam sudah keluar jalan-jalan cuci mata di The Springs, so hari ni saya spend time untuk meng'update blog.  Update hari ini ialah salah satu latest koleksi baby set yang saya siapkan bulan lepas.  Benang yang saya gunakan ialah benang polyester dengan hook saiz 6/0.  Oren gitu ♥‿♥

Sesuai untuk bayi berusia 3 - 6 bulan


12# Friday Flowers

Hari ni busy mengait bunga untuk facial tissue cover yang ditempah khas sebagai cenderahati perkahwinan.  Bakal pengantin yang membuat tempahan ni pun sebenarnya kazen saya juga, dia dan tunangnya mahu cenderahati yang unik, istimewa dan lain daripada yang lain ... jadi saya suggest facial tissue cover.  Perkembangan projek akan saya ceritakan di lain entri.  Ok la, Happy Friday & happy weekend ♥‿♥



11# Friday Flowers: Roses

Hampir dua bulan tiada update pasal Friday Flowers, kali terakhir ialah pada 20 Julai lepas.  Huh!!! tidak tau la kenapa saya malas sangat bila masuk bab-bah mengait bunga ni.  Tapi hari ini excited sangat mau berkongsi cerita ... Pokok hiasan saya berbunga ros krusye!!! Hebatkan ♥‿♥

Lanskap pokok berdaun di ruangan parking kereta
Hahaha ... inilah akibatnya bila kebosanan datang menyapa.  Ada-ada saja perkara pelik-pelik dibuat ... yang penting hati terhibur.  Asyik-asyik ambil gambar projek krusye dengan background meja, lantai dan dinding jadi hari ini saya tukar background yang lebih segar mata memandang.

Close up pix
Pattern rose ni saya rujuk daripada blog My Crochet World.  Thanks for the tutorial Marina.  Dalam malas-malas mengait bunga akhirnya berjaya juga saya mengait mini rose yang comel loteh ni.  Ok la, sehingga berjumpa di lain entri.  Happy Friday!

6# Baby Set

Lagi cerita pasal baby set, set yang ni pula hasil daripada mix & match 1#beanie dengan 9#Baby Booties.  Baby set ni pun dah dibeli oleh rakan satu opis hubby saya pada 30 Ogos lepas.  Hehehe ... rezeki bulan kemerdekaan ♥‿♥





5# Baby Set

Happy September!!! Ada sebarang planning untuk projek krusye sepanjang September ini?  Macam tidak sedar masa berlalu dengan pantas berikutan kesibukan jari-jemari bermain jarum kait dan benang setiap hari. 


Baby set ni sebenarnya siap kira-kira dua minggu lepas tapi terlupa pula mau update.  Selain tu, baby set ni dah pun dibeli orang ♥‿♥


 
Walai Krusye © 2008. Design by Pocket