3# Hair Clips

Seharian saya menyibukkan diri dengan mengait motif frothy flower untuk dijadikan hair clips sementara menunggu benang nona yang di order online sampai.  Benang tersebut untuk tempahan cenderahati perkahwinan kazen saya yang tergendala gara-gara kehabisan benang dan kedai di sini pun telah kehabisan stok benang yang saya kehendaki.  Jadi terpaksalah order online.  Untuk projek ni, saya gunakan benang cotton milk dan hook pula saiz 5/0.  Klip pula saya gunakan saiz 5.8mm.  Hasilnya seperti gambar ni.  Mekar kembang setaman kalau pakai klip rambut ni nanti ♥‿♥


2# Hair Clips

Selamat datang Oktober.  Malam tadi sebelum berakhirnya September, sempat juga saya menyiapkan hair clips menggunakan benang cotton milk dan snap clips.  Kerja-kerja melekatkan daun dan bunga agak senang sebab clips yang saya beli ni ada cover.  Cuma dapat beli 4 saja sebab harga clips ni agak mahal, jadi mark up sedikit saja untuk harga jualan.  Untuk market test saja ni.  Kalau ada sambutan baru la pegi borong dekat kedai aksesori rambut tu ♥‿♥

Saiz 7.8mm (panjang) x 2.5mm (lebar)

Button Flower Hair Clips ♥‿♥

Guna benang cotton milk

1# Hair Clips

Hair clips
Dalam sibuk-sibuk menyiapkan tempahan customer online, selain mencuri-curi masa membuat bookmarks menggunakan six petal button flower sempat juga saya mencuba-cuba untuk membuat hair clips menggunakan pattern bunga sama.

Close up bahagian belakang
Melekatkan bunga krusye pada sepit rambut ni lebih mudah dilakukan berbanding membuat bookmarks.  Saya cuma ikat pada bahagian tengah kemudian lekatkan menggunakan glue gun.

 
Walai Krusye © 2008. Design by Pocket