Kopiah Kait

Yay! hujung minggu sudah tiba.  Encik suami ada di rumah tolong tengok-tengokkan si bos keci.  Jadi, peluang untuk saya meng'update blog.  Saya perasan ramai crocheter yang sibuk dengan tempahan kopiah berikutan hari raya yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi.  

Saya pun terkena juga tempias rezeki mengait kopiah ni. Tapi, memandangkan masa mengait agak terhad, saya cuma menawarkan empat corak kopiah sahaja.  Customer yang minta buatkan kopiah mengikut gambar atau corak yang diberi terpaksa saya tolak sebab bukan mudah untuk mengait corak kopiah yang kita tidak biasa kan ... bimbang tidak terbuat nanti.

Bagi sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan bolehlah email ke walaikrusye@gmail.com atau PM facebook page Walai Krusye atau boleh whatsapp 0198329064.





1# Kopiah

Kopiah merah dan putih krim ni saya siapkan minggu lepas lagi.  Nampak kurang kemas, maklumlah cubaan pertama.  Pattern ni saya dapat daripada blog Crochet is fun tapi pada bahagian bawah saya gunakan pattern shell stitch.

Saiz ukur lilit 17 inci
Kopiah tiga warna di bawah ni pula tempahan seorang customer FB.  Warna tema hari raya mereka tahun ni ialah biru tua dan dia request untuk turut gabungkan warna biru dan putih krim.
Saiz ukur lilit 22 inci
Customer ni menempah tiga kopiah untuk dia dan dua anak lelakinya serta satu headband untuk baby girl.  Semuanya menggunakan tema warna yang sama.

 
Walai Krusye © 2008. Design by Pocket