1# Baby Set

Baby Hat warna pink ni baru siap semalam.  Sementara baby hat biru laut tu pula sudah lama siap cuma saya ubah suai sedikit.  Baby booties berbutang bugs ni pun sudah lama siap dan tidak ingat mau update.  Sebenarnya banyak lagi gambar yang belum diupdate di blog ... banyak sangat sampai malas mau upload.  Kes ni belum masuk lagi projek-projek krusye terbengkalai ♥‿♥



Daisy Crochet Bag

Beg krusye menggunakan benang hitam/hijau ni merupakan salah satu projek terbengkalai yang akhirnya berjaya saya siapkan.  Untuk hiasan, saya gunakan bunga 10# Friday Flowers bersama butang kayu saiz 4cm serta diserikan lagi dengan taburan acrylic gem stones berwarna hijau muda.  Beg ni saya gunakan double yarn dengan hook saiz 6/0.

Saiz: 29cm (Lebar) x 29cm (Tinggi)

2# Coaster

Kedua-dua alas gelas ni saya kait menggunakan 1MM Waxed Cotton Cord dan hook saiz 4mm bagi mendapatkan ukuran kira-kira 10.5cm lebar.  Pattern sama seperti 1# Coaster sebelum ini.  Jadi siapa-siapa yang bimbang meja kopi mereka yang cantik itu tercalar, wajiblah memiliki coasters seumpama ini.  Tempahan boleh dibuat di Page FB Walai Krusye ... cewah ... sempat promosi lagi ♥‿♥

Red/Brown

Green/Brown

2# Facial Tissue Cover

Berbeza daripada yang pertama, facial tissue holder ni saya letakkan butang supaya kelihatan seperti purse dan ditampalkan dengan gem stones supaya lebih berseri-seri kononnya ♥‿♥





1# Facial Tissue Cover

Selepas berjaya mengait empat tissue box cover, petang tadi saya cuba-cuba mengait facial tissue cover la pula dan satu ni mengambil masa kira-kira dua jam.  Saya fikir inilah keunikan kraftangan, harganya dinilai kepada kos masa, tenaga dan kemahiran yang digunakan berbanding kos material.

13.5cm (panjang) x 8.5cm (Lebar)

Simple & sweet ♥‿♥


3# Tissue Box Cover

Dua granny tissue  box cover ni merupakan tempahan daripada cikgu juga, tapi cikgu ni merupakan kazen saya juga ♥‿♥ Dia request warna pink/putih dan purple/pink.  Saiz 21cm (panjang) x 12cm (lebar) x 7cm (tinggi).

Pink / White Cream

Purple / White Cream


1# Pineapple Crochet Bag

Jeng ... jeng ... jeng ... projek krusye lain belum siap tiba-tiba beg krusye corak bunga nanas ni pula yang siap dulu.  Saya gunakan dalam 3 bundle kecil 1MM Waxed Cotton Cord dengan hook saiz 5mm.  Warna merah lagi tu  ♥‿♥

22cm (Lebar) x 24.5cm (Tinggi)
Warna hitam dalam beg ni sebenarnya beg plastik hitam yang saya  sengaja sumbatkan supaya motif bunga nanasnya lebih ketara dalam gambar ♥‿♥

Boleh muat purse, handphone dan cosmetic pouch kecil.
Beg ni simple saja dan sesuai untuk dibawa ke aktiviti santai-santai untuk mereka-mereka yang malas membawa handbag besar.  Untuk pengetahuan, beg ni boleh disiapkan dalam tempoh sehari.

3# Projek Mengait Koleksi #21

Happy Friday semua! ♥‿♥ Ini update perkembangan Projek Mengait Koleksi #21 yang siap kira-kira 50 peratus.  Panjang betul pineapple runner ni, baru setengah sudah penuh coffee table yang berukuran 88cm (panjang) x 51cm (lebar) dan benang polyester pun sudah habis satu gulung digunakan.  Projek krusye ni pun terpaksa dimasukkan dalam projek terhenti-henti sebab ada komitmen lain yang perlu didahulukan.  Kalau tiada aral melintang, saya cuba siapkan sebelum Ogos ... chayo ... chayo ...


1# Coaster

Ini alas gelas yang saya siapkan menggunakan 1mm waxed cotton cord.  Ingatkan mau buat semua warna yang ada tapi terpaksa hold dulu sebab ada kazen tempah dua tissue box cover warna purple/putih dan pink/putih.

Orange/Brown
Cerita pasal tali cotton ni, mesti ramai yang 'kongpius' dengan kegunaan waxed cotton cord ni kan ... tali ni sebenarnya biasa digunakan untuk kraftangan gelang/rantai manik.  Tapi tali ni sesuai juga untuk projek-projek krusye seperti coaster yang saya buat ni. 

Indigo/Brown
Tali cotton ni berlilin dan itu yang membuatkannya berkilat dan nampak cantik.  Saiz hook yang sesuai antara 3mm - 5mm.  Tekstur tali ni keras sedikit.  Sekarang ni dalam proses selang-seli mengait tissue box cover dan beg.

2# Tissue Box Cover


Saiz 21cm (panjang) x 12cm (lebar) x 7cm (tinggi).
Granny Tissue Box Cover warna hijau sudah siap! Cikgu sekolah anak buah saya tu request dua tissue box cover, satu warna hijau dan satu lagi warna purple.  

Close up pix
Nanti minta anak buah saya tu tag gambar ni dengan cikgu dia.  Tunggu persetujuan barulah boleh kirim, takut dah kirim customer tidak puas hati pula kan ♥‿♥

1# Tissue Box Cover

Petang semalam dapat sms daripada anak buah saya yang inform ada cikgu dia yang mau beli dua tissue box cover.  Customer ni request warna purple dan warna hijau.  Memandangkan belum pernah lagi mengait tissue box cover, jadi terpaksalah google-google cari pattern percuma di internet.

21cm (panjang) x 12cm (lebar) x 7cm (tinggi)
Cubaan pertama mengait tissue box cover dan jadi inilah dia hasilnya ♥‿♥  Pattern percuma granny tissue box cover ni saya terjumpa di theroyalsisters.blogspot.com.  Kotak tisu yang saya gunakan ialah saiz lebih kurang 21cm (panjang) x 12cm (lebar) x 7cm (tinggi). 

Bahagian bawah
Sementara pada bahagian bawahnya pula saya pandai-pandai buat macam gambar di atas.  Macam ni, jatuh bagaimana pun atau dilempar-lempar pun gerenti tidak tertanggal ♥‿♥ Berapa agaknya harga yang sesuai untuk tissue box cover macam ni?

2# Projek Mengait Koleksi #21

20 peratus siap
Dalam tempoh dua hari ini, projek mengait pineapple runner Koleksi #21 saya cuma sebesar ni sahaja.  Dianggarkan kira-kira 20 peratus siap la kononnya. Benang polyester yang saya gunakan ni halus dan lebih kurang saiz benang minlon family, hook pula saya gunakan brand tulip no.1 saiz 1.60mm. 

Menurut mama saya, zaman dia dulu-dulu cuma ada benang jenis ni sahaja.  Bestnya zaman kita sekarang kan, ada benang kait warna-warni sampai mata pun silau.  Tapi untuk alas meja saya lebih gemar menggunakan benang polyester ataupun benang cotton brand anchor sebab hasilnya yang nampak klasik dan vintage.

**Nampaknya projek ni kena hold sementara sebab saya kena siapkan tempahan  membuat dua tissue cover.   Sebenarnya, saya ni belum ada pengalaman lagi membuat tissue cover, tapi kena usaha juga dan nasib baiklah terjumpa satu blog ni yang share free pattern.  Hasilnya nanti saya kongsikan ♥‿♥

1# Projek Mengait Koleksi #21

Koleksi #21
Projek mengait doily koleksi #4 yang saya cuba buat semalam telah terbatal dengan rasminya pada hari ini dan digantikan dengan projek mengait runner Koleksi #21.  Projek start tengahari tadi dan kena update dalam blog supaya senang mau tau berapa lama projek ni boleh siap ♥‿♥

Stress Mengait Doily

Stress betul mengait doily ... saya kurang pasti dengan yang lain, tapi kecenderungan saya melakukan kesilapan ketika mengait doily sangat tinggi.  Doily Koleksi #4 yang saya cuba buat ni pun bukan besar sangat tapi baru beberapa round sudah banyak kali silap.

Projek mengait doily menggunakan benang polyester
Paling bikin stress setiap kali sudah masuk empat lima round baru perasan ada yang silap ... huh!!! Ingat mau cancel la niat mengait doily ni sebab dari petang semalam asyik salah saja.  Lebih baik mengait joining motif saja lepas ni :(

Ini satu-satunya doily yang berjaya saya buat ♥‿♥
Gambar di atas ni merupakan satu-satunya doily yang berjaya saya buat suatu ketika dahulu dengan penuh kesabaran.  Kalau diikutkan, saya lebih gemar mengait fillet dan joining motif berbanding doily atau alas meja bulat.  Mengikut pengalaman mengait fillet dan joining motif, kecenderungan berlakunya kesilapan sangat rendah.

2# Mug Rug

Mug rug cotton cord
Ingat lagi blog post mengenai idea mewarnakan tali cotton pada pertengahan Mei lepas?  Ada lapan gulung tali cotton yang telah saya warnakan dengan warna coffee.  Belum ada idea lagi mau buat apa selain beg.
Ukuran kira-kira 9.5cm
Jadi, sementara menanti idea design beg tali cotton yang baru, saya warming up dahulu jari-jemari dengan mengait mug rug ni.  Setakat ni baru siap empat keping.  Simple saja ni tapi dijamin tahan panas dan tahan lasak ♥‿♥

Projek Krusye Suatu Ketika Dahulu

Masih lagi blogging dari Beluran, daerah dan kampung halaman tempat saya membesar.  Semua gambar di bawah ni merupakan projek krusye saya suatu ketika dahulu, rasanya semua ini saya buat sekitar tahun 2007-2008 dan saya berikan kepada mama untuk digunakan menghias rumah di kampung.

Table Cloth
Untuk pengetahuan, inilah alas meja yang paling besar pernah saya kait setakat ini iaitu menggunakan sebanyak 108 keping joining motif.  Entah bila lagi dapat aura rajin tahap gaban mengait alas meja seperti ini.  Alas meja kopi ni saya gunakan benang cotton jenama Anchor.  Benangnya sedikit keras tapi tahan lasak.

Center Piece
Doily ni pula merupakan doily yang paling saya gemari.  Patternnya saya pinjam daripada aunty hubby saya.  Saya buat dua, satu saya tinggalkan di rumah di Beluran ni dan satu lagi untuk koleksi sendiri.  Kedua-duanya menggunakan benang putih jenis minlon poly.

Table runner
Untuk alas meja sebenarnya saya lebih suka gunakan benang putih sebab warna putih ni boleh dikategorikan warna paling selamat kerana sesuai dengan semua situasi.  Table runner di atas merupakan cubaan pertama saya menggunakan warna selain putih.  Oren lagi tu, rasanya warna putih tetap pilihan utama saya untuk projek mengait table runner, table cloth atau doily pada masa akan datang.


1# Baby Headband

Seorang customer FB saya request untuk dibuatkan baby headband sepadan dengan single strap deep pink/ivory baby booties khas untuk baby beliau yang berusia lapan bulan.  Saya ada inform yang saya akan cuba buat headband tersebut biarpun tidak pernah buat sebelum ni.

Frothy flower headband 17.5 inci
Dalam dua hari ni saya google di internet untuk mencari pattern yang betul-betul sesuai dan saya terjumpa satu pattern baby headband di blog My Merry Messy Life.  Simple tapi yang menarik perhatian saya ialah headband ni menggunakan butang jadi kerisauan jika tidak muat atau longgar tu kurang sikit la.  

Berbutang di belakang
Butang saya jahitkan pada bahagian paling hujung sekali.  Nanti saya akan jahitkan extra butang bagi memudahkan customer mendapat saiz yang diingini.  Panjang headband ni kira-kira 17 inci, merujuk kepada saiz yang disarankan untuk baby berusia 6 - 12 bulan. Hiasan bunga pula saya gunakan frothy flower sebab saiznya besar sedikit dan sesuai sangat untuk headband ni.  

2# Cotton Cord Crochet Bag

Ini satu lagi beg tali cotton yang saya siapkan pada Rabu lepas semasa menanti proses pengeringan tali cotton yang telah saya warnakan tu kering.  Masih menggunakan corak dan motif yang sama seperti beg tali cotton sebelum ni, tapi yang ni saya buat lebih pendek ... kira ala-ala handbag gitu ♥‿♥

Saiz: 31cm (panjang) x 20.5cm (tinggi) x 6cm (lebar)
Saya gunakan tali cotton yang nampak seperti tali buruk (macam kotor) tu tanpa dicuci, cuma saya tepuk-tepuk dan pukul-pukulkan pada pagar rumah bagi menghilangkan debu-debu kotoran.  Warnanya lebih menarik berbanding tali yang sudah dicuci.  Inilah orang kata, don't jugde a book from its cover ... cewah!
Cotton Cord Crochet Bag
Tidak sangka juga ada rakan-rakan blogger yang tertarik dengan tali cotton ni, baru-baru ni kak zila dari blog sufiku ada beli 3 gulung tali ni dari saya.  Marinahunny pula mau 8 gulung ... itu pun kalau masih ada stok katanya.  Last hari tu saya beli, masih ada tinggal baki kira-kira 10 gulung dekat kedai taukeh tu ... harap masih ada dijual la.

**Hari ni tidak dapat turun bandar sebab hubby ada program dinner malam nanti jadi esok sajalah pegi kedai tu ... lagi best ada driver dan tidak perlu pening-pening cari parking ♥‿♥

1# Cotton Cord Crochet bag

Beg Tali Cotton
Beg tali cotton yang kedua siap! yang pertama tu untuk pakai sendiri.  Hasil yang kedua ni lebih kemas berbanding yang pertama ... maklumlah yang pertama tu macam kira sesi percubaan yang menjadi la kiranya ♥‿♥

Saiz: 31cm (panjang) x 27cm (tinggi) x 6cm (lebar)
Sebenarnya, kedua-dua gambar ni merupakan beg yang sama cuma pencahayaan yang membuatkan warna beg ni kelihatan berbeza.  Gambar pertama tu saya ambil di bilik mini perpustakaan saya, sementara gambar kedua ni saya ambil membelakangi cahaya matahari dari luar tingkap.

Lining
Beg ni saya siapkan dalam sehari saja, tapi sesi menjahit lining yang mengambil masa agak lama. Beg ni simple saja, sekadar sesuai dibawa berjalan santai-santai di luar.

Beg Tali Cotton Siap!

Beg tali cotton (cotton cord) saya sudah siap yeah! saya menggunakan empat ikat tali untuk menyiapkan beg ni (tidak termasuk bunga krusye).  Sebelum ni saya cuma membeli tiga ikat, jadi petang tadi terpaksalah turun ke India Street, Kuching semata-mata untuk membeli beberapa ikat lagi tali cotton ni.  Maklumlah tidak sabar untuk menyiapkannya ♥‿♥

Warna tali tidak sama la pula
Tapi bila siap, baru perasan warna tali tidak sama pula hehehehe ... tali yang dibeli petang tadi berwarna agak kuning kecoklatan sementara tali yang pertama saya beli berwarna kuning-kuning air.  Sekarang ni beg dalam proses rendaman dalam air sabun ... mungkin warna benang tersebut kotor.  Esok pagi, kalau warna tidak berubah maknanya kena pergi ke kedai tersebut juga sebab tali ni tidak dijual di kedai peralatan memancing berdekatan.

Frothy flower
Untuk hiasan, saya gunakan frothy flower dan proses mengait bunga ni menggunakan tali cotton yang agak keras ni sangat-sangatlah rumit dan mencabar .  Rasanya hampir sejam juga saya menyiapkan bunga ni sebab banyak kali berhenti merehatkan tangan.

Close up pix
Untuk beg ni saya buat ikut pandai sendiri saja tanpa merujuk mana-mata pattern.  Mengait beg menggunakan tali cotton ni memang cepat siap sebab saiz tali yang besar.  Saya banyak gunakan half double crochet dan sebahagiannya double crochet dan juga single crochet

 
Walai Krusye © 2008. Design by Pocket