1# Baby Cardigan/Jacket/Dress

Hello semua!  Hari ni saya mau share kejayaan saya menyiapkan jaket bayi buat julung-julung kalinya.  Cewah ... memang aura ke'gumbiraan melampau-lampau hari ni.  Maklumlah, usaha sangat berbaloi biarpun mata pedih menghadap skrin laptop berjam-jam lamanya semata-mata untuk study cara-cara mengait baju baby.


Biasalah, kali pertama pasti ada banyak kesilapan sana-sini ... rasa mau putus asa juga pada mulanya.  Tapi dikuatkan juga semangat.  Gambar di atas ni menunjukkan sebelah kiri tu hampir siap tapi silap la pula pada bahagian lengan, jadi terpaksa buka dan kait semula (kanan).

Newborn - 3 month set

Dua hari bertungkus-lumus akhirnya siap!  Terlebih rajin la pula, siap sekali dengan beanie hehehe ... Benang, saya gunakan sebiji benang Ecosse Baby warna Fuschia/White, jarum pula guna hook saiz 3.5mm.  Pattern jaket bayi ni saya dapat di sini:  http://www.patternsforcrochet.co.uk/coat-hat.html

1# Beanie

Selamat Hari Raya kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam.  Selamat bercuti dan bergembira bersama keluarga di kampung halaman masing-masing.  Memandangkan saya ni tidak menyambut hari raya, jadi aktiviti kait-mengait tetap berjalan seperti biasa. 

Peach
Semua beanie ni saya kait beberapa hari lepas tapi lambat update dalam blog gara-gara line internet teruk sangat.  Saya dapat pattern free ni daripada Alli Crafts.  Seronok betul bila terjumpa blog ni sebab banyak pattern free.

Magenta
Semua beanie yang saya kait ni saiz untuk baby berusia tiga hingga enam bulan.  Memandangkan tiada benang bersaiz besar macam yang mereka gunakan, jadi saya gabungkan dua benang dan gunakan hook saiz 6/0 untuk mendapat hasil yang hampir sama.

Blue
Berkat selalu mengait berpandukan pattern bertulis, hasilnya sekarang saya semakin expert dan cepat memahami pattern bertulis dalam English .... cewah! ♥‿♥

 
Walai Krusye © 2008. Design by Pocket