13# Friday Flowers: Water Lily

Water Lily
Bunga krusye ni cantik tapi mengaitnya punyalah leceh.  Bunga ni sebenarnya granny square tapi belum siap sepenuhnya.  Hasilnya nanti akan saya share pada entry akan datang ♥‿♥

12# Friday Flowers

Hari ni busy mengait bunga untuk facial tissue cover yang ditempah khas sebagai cenderahati perkahwinan.  Bakal pengantin yang membuat tempahan ni pun sebenarnya kazen saya juga, dia dan tunangnya mahu cenderahati yang unik, istimewa dan lain daripada yang lain ... jadi saya suggest facial tissue cover.  Perkembangan projek akan saya ceritakan di lain entri.  Ok la, Happy Friday & happy weekend ♥‿♥



11# Friday Flowers: Roses

Hampir dua bulan tiada update pasal Friday Flowers, kali terakhir ialah pada 20 Julai lepas.  Huh!!! tidak tau la kenapa saya malas sangat bila masuk bab-bah mengait bunga ni.  Tapi hari ini excited sangat mau berkongsi cerita ... Pokok hiasan saya berbunga ros krusye!!! Hebatkan ♥‿♥

Lanskap pokok berdaun di ruangan parking kereta
Hahaha ... inilah akibatnya bila kebosanan datang menyapa.  Ada-ada saja perkara pelik-pelik dibuat ... yang penting hati terhibur.  Asyik-asyik ambil gambar projek krusye dengan background meja, lantai dan dinding jadi hari ini saya tukar background yang lebih segar mata memandang.

Close up pix
Pattern rose ni saya rujuk daripada blog My Crochet World.  Thanks for the tutorial Marina.  Dalam malas-malas mengait bunga akhirnya berjaya juga saya mengait mini rose yang comel loteh ni.  Ok la, sehingga berjumpa di lain entri.  Happy Friday!

10# Friday Flowers: Daisy


Daisy
Happy Friday Flowers!  Bunga yang saya kait hari ni saiznya lebih besar dari tapak tangan saya iaitu kira-kira 11cm lebar.  Bunga ni saya khas untuk hiasan salah satu beg krusye adik saya.

9# Friday Flowers


Bunga 8 kelopak
Ini projek bunga krusye saya pada Jumaat ini.  Bunga-bunga krusye ni comel juga kalau dijadikan coasters ataupun dishcloth tapi saiz kecil sangat pula, mungkin kalau guna double yarn boleh dapat saiz yang besar sikit.

Diagram


Banyak-banyak bunga yang saya kait, rasanya inilah yang paling senang dan ringkas untuk disiapkan.  Jadi selamat mencuba kepada sesiapa yang berminat ♥‿♥

8# Friday Flowers: Swirls

Tidak terbentuk dengan cantik
Huh! stress betul membentuk swirls ni, cara mengaitnya senang tapi bila mau membentuknya menjadi bunga yang payah.  Saya dapat tutorial pattern ni dari Zoom Yummy.  Saya pernah tengok juga swirls ni di blog My Crochet World.  Saya pula sudah macam-macam teknik sudah digunakan untuk membentuk tapi tidak juga terbentuk secantik yang marinahunny buat.  Swirl yang saya buat ni nampak macam cup cake pula.  Huh ... give up la buat bunga ni :(

7# Friday Flowers: Multi-Layered Flower

Pattern Multi-layered flower ni saya dapat dari Annete Petavy Design yang terjumpa secara tidak sengaja masa google-google cari pattern bunga krusye khas untuk aktiviti mengait bunga pada setiap Jumaat ♥‿♥

Multi-layered flower
Mula-mula tengok gambar, nampak macam susah tapi bila tengok gambar tutorial dan cuba ikut perlahan-lahan ... rupa-rupanya tidak la susah sangat.

Saiz sebesar tapak tangan
Saiz bunga ni agak besar dan terlalu besar dan entahlah sesuai dijadikan apa ... mungkin ngam dijadikan hiasan pada beg krusye agaknya.

6# Special Friday Flowers: Bunga Ros Untuk Hari Ibu


Bunga ros merah hati
Jumaat ni special sikit, saya belajar mengait dua pattern bunga iaitu Frothy flower dan Rose.  Bunga ros merah hati ini saya kait istimewa sempena sambutan Hari Ibu yang akan diraikan pada 13 Mei bersamaan hari Ahad nanti.  Link pattern bunga rose ni saya dapat dari Crochet and Me.

5# Friday Flowers: Frothy Flower

Frothy flowers
Happy Friday! Friday Flowers hari ni saya sekali lagi merajinkan diri mengait pattern bunga baharu yang saya ter'google di internet.  Seronok sangat bila dapat pattern frothy flower ni dari Very Berry Handmade.  Biarpun masih belum mahir memahami pattern bertulis yang diberikan, tapi akhirnya berjaya juga dan hasilnya sangat cantik.

Bila tengok lama-lama macam aiskrim pula ♥‿♥
Saya gunakan satu-satunya mix yarn yang ada dalam koleksi saya bagi projek ini.  Menyiapkan sekuntum bunga ni mengambil masa kira-kira 13 minit, maklumlah saya ni agak slow ketika mengait.  Sementara itu, pada bahagian tengah saya lekatkan acrylic plastic gemstones saiz 18mm bagi menggantikan butang.  Ya la, asyik-asyik pakai butang boring juga kan ♥‿♥

Biru & hijau
Gambar di atas pula frothy flower menggunakan benang satu warna, warna yang dipilih pula biru dan hijau  lepas tu saiz bunga pula tidak sama besar ... hehe ... signal jari-jemari sudah letih la ni ♥‿♥

4# Friday Flowers: Layered Button Flowers

Layered button flowers
Ini projek layered flower saya yang sebenarnya sudah lama siap.  Ini kira inovasi daripada gabungan bunga lima kelopak dan bunga enam kelopak.  Bahagian bawah saya gunakan bunga enam kelopak dan di atasnya pula bunga lima kelopak.  Sementara, untuk bahagian tengah saya gunakan butang ala-ala kristal la konon  untuk mencantumkan kedua-dua bunga  ♥‿♥

3# Friday Flowers: 6 Petal Crochet Button Flower

Button flower
Happy Friday! Dua minggu saya ter'miss' 'Friday Flowers' gara-gara busy menyiapkan tempahan baby booties yang diterima dari rakan-rakan, relatives dan juga customer online. 

 6 Petal Crochet Button Flower
Jumaat minggu ni, saya kongsikan bunga-bunga kecil yang saya kait sejak minggu lepas, biarpun leceh tapi saya fikir cara ini akan meningkatkan tahap ketekunan dan kesabaran saya.  Jika sebelum ini saya buat five petal button flower, yang ini pula six petal button flower ... bertambah satu kelopak saja ♥‿♥

2# Friday Flowers: 5 Petal Crochet Button Flower

Happy Good Friday!  Hari ini tiada projek krusye mega, setiap jumaat saya akan luangkan masa untuk belajar mengait bunga.  Cara mengait button flower/bunga butang ni pun saya belajar dari youtube dan tidak sangka pula tersangatlah mudah.  Cuma rasa leceh sikit sebab mengait benda-benda kecil ni memang saya malas sikit.  Bagaimanapun hasilnya tersangatlah cute ^_^ tapi belum fikir lagi mau buat apa dengan bunga-bunga ni.

Button flower

1# Friday Flowers: African Flower

Selamat hari Jumaat ... hari ini saya khaskan untuk Friday Flowers, bermakna setiap Jumaat saya hanya akan update blog dengan  projek-projek krusye berkaitan motif bunga-bungaan.  Sekurang-kurangnya ada juga benda yang hendak diceritakan dalam blog ni.  Jadi untuk 1# Friday Flowers hari ini adalah African Flower.

African Flower
Motif african flower ini saya dapat dari www.craftpassion.com.  Pening-pening juga baca instruction bertulis cara mengait paten bunga ni, nasib ada gambar disertakan jadi dapat juga rujuk sama ada betul atau tidak kaitan yang saya buat.

Saiz berbeza
Setakat ini baru dua keping dihasilkan, malangnya saya terlalai dan menggunakan saiz jarum berbeza jadi hasilnya pun berbeza.  Bunga yang besar tu saya gunakan jarum saiz 6mm dan yang kecil saiz 5mm gara-gara jarum yang saya gunakan mempunyai dua hook.  Dugaan betul! ^_^
 
Walai Krusye © 2008. Design by Pocket