Cuti mengait: Jari bengkak

Huwaaa!!! jari bengkak
Sudah seminggu jari telunjuk tangan kanan bengkak gara-gara kuku tepi pecah.  Mau buat kerja-kerja rumah yang lain pun payah.  Doktor sudah bagi antibiotik tapi sudah tiga hari makan, bengkak belum juga surut :(

Saya ni memang ada masalah kuku pecah ditepi yang kadang-kadang menyebabkan jari bengkak tapi tidak pernahlah bengkak seteruk ni.  Nasib baik tempahan Februari tinggal satu yang belum disiapkan.  Nampaknya terpaksa hold dulu la daripada menerima sebarang tempahan sehingga jari benar-benar sembuh.

Tuan Punya Blog Walai Krusye Sudah Jadi Mama

Saya sudah jadi mama! Inilah sebabnya saya menyepikan diri begitu lama dari dunia blogging kan ... mmm ... alahan yang saya alami ketika mengandung agak teruk dan berpanjangan sehinggalah bersalin.  Tujuh tahun menanti dengan penuh pengharapan, tiga kali mengalami keguguran ... akhirnya saya dan suami menerima anugerah dan berkat terindah daripada Tuhan.  Seorang bayi lelaki yang lahir pada 23 September 2014.

Baby Skyler ketika berusia 2 hari memakai topi yang saya kait sendiri
Mengait??? ... dalam sepanjang tempoh mengandung memang mood mengait hilang entah ke mana.  Tengok benang dan jarum pun malas.  Cuma apabila kandungan mencapai trimister ketiga barulah saya mula mengait ... mood mengait pada masa tu pun main paksa-paksa saja.

Sekarang banyak masa diluangkan untuk anak :)
Sekarang baby saya sudah berusia 4 bulan.  Mood mengaitpun sudah kembali dan tempahan pun mula saya terima.  Lebih semangat lagi kalau terima tempahan barangan bayi.  Cuma, sekarang ni masa agak terhad tapi tidak menjadi masalah untuk saya meneruskan hobi kait mengait ni.  Ok lah ... setakat ini sahaja ... baby sudah bangun :) sehingga jumpa di lain entri.

Salam Kait Mengait 2015


Wow weee ... Setahun menyepikan diri dari dunia blogging.  Kali terakhir entri Walai Krusye, pada 20 Januari 2014.  Kalau rumah dibiarkan selama setahun gerenti sudah penuh dengan habuk dan sawang-sawang.  Mesti ada yang tertanya-tanya ke mana perginya tuan punya blog (cewah ... macam la blog ni popular kan ... kan ...).  

Apa-apa pun, sebagai entri pembukaan pada  Tahun Baru 2015 ini, rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2015 dan Salam Kait Mengait 2015 kepada semua peminat jarum dan benang.  Sehinga bertemu lagi pada entri yang akan datang ... lebih banyak cerita untuk dikongsikan.

Walai Krusye @ CNY Bazaar, Riverside Shopping Mall

Masih berada di bulan Januari dan agaknya belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2014.  Lama sungguh blog Walai Krusye terabai tanpa sebarang entri terbaharu ... sibuk yang sangat sibuk menyiapkan tempahan.  

Gerai Walai Krusye di CNY Bazaar
Hari ini baru berkesempatan untuk 'update' perkembangan terkini pada 2014.  Dalam kesibukan menyiapkan tempahan, sempat juga saya meluangkan masa untuk menyertai CNY Bazaar selama dua hari.

Antara barangan siap yang dipamerkan
Bazaar ini dianjurkan oleh The Bloom Bazaar (TBB) bertempat di Riverside Shopping Mall, Kuching pada 18 dan 19 Januari lepas.  Ini merupakan kali pertama saya menyertai flea market anjuran TBB.

Aksesori rambut
Hari tersebut tidak banyak barangan yang dapat dipamerkan berikutan ruangan yang terhad.  Sesak meja bersaiz 6 kaki x 2 kaki yang saya sewa.  Mau sewa dua meja, tidak mampu juga hehehe ... 

Antara koleksi benang yang dipamerkan
Selain barangan krusye, sebagai tambahan saya juga menjual produk makanan/minuman kesihatan Tyzo Buah Tunjuk Langit.  Sesi layan diri dengan benang dan jarum memang wajib ... dan masa yang terluang juga dimanfaatkan untuk menyiapkan tempahan pelanggan.

Sesi layan diri dengan benang & jarum

2# Walai Krusye @ Green Heights Mall Flea Market

Terpaksa pakai sweater tebal gara-gara tidak tahan sejuk
Hellooo ... Hi ... Hi ... Sorry, janji tidak ditepati pula.  Terlewat empat hari nampaknya update kedua cerita tentang pengalaman menyertai flea market bertempat di Green Heights Mall pada 6 & 7 Julai lepas.

Susunan barang pada hari kedua
Sambutan pada hari kedua sangat menggalakkan.  Tiga crocodile stitch bag seperti gambar di atas telah berjaya dijual.  Lebih mengujakan lagi apabila ramai yang menyatakan rasa kagum mereka terhadap keunikan seni jahitan krusye.  

Sempat menyiapkan sepasang kasut
Malah, ada di kalangan pengunjung yang menyatakan minat untuk belajar dan bertanyakan sekiranya saya ada mengadakan kelas krusye.  Hurmmm ... suatu idea yang sangat menarik.

Antara kasut bayi yang sempat disiapkan untuk flea market
Memandangkan cita-cita ingin menjadi cikgu sekolah tidak kesampaian, jadi rasanya jadi cikgu mengajar ilmu kait-mengait pun best juga.  Sekarang ni sedang mengatur jadual khusus untuk kelas krusye saya yang bakal diadakan di ruang tamu rumah ♥‿♥

Bah, sehingga bertemu lagi pada entri-entri akan datang.  Sebolehnya saya akan cuba meng'update blog ini sekerap mungkin mengenai perkembangan semasa puan Jawlinda Walai Krusye ♥‿♥

1# Walai Krusye @ Green Heights Mall Flea Market

Sebahagian koleksi benang untuk dijual
Pengalaman dua hari menyertai 'flea market' bertempat di Green Heights Mall, Jalan Lapangan Terbang, Kuching pada 6 & 7 Julai baru-baru ini suatu pengalaman yang sangat menyeronokkan.  

Antara barangan siap yang dipamerkan
Ini merupakan kali kedua saya menyertai aktiviti jualan secara offline seperti ini selepas TweetMarket pada 8 Disember 2012.

En. hubby turut membantu ♥‿♥
Perasaan gementar pada hari pertama tetap ada walaupun saya biasa membantu keluarga menguruskan perniagaan runcit di Beluran.

Posing sekejap ♥‿♥
Berbeza dengan perniagaan runcit, perniagaan yang saya jalankan memerlukan saya memiliki pengetahuan mengenai setiap jenis produk yang saya jual seperti benang.

Proses menyusun atur barangan
Syukur, semuanya berjalan lancar pada hari pertama dan saya mendapat banyak maklum balas positif daripada pengunjung.  Lebih menyeronokkan lagi apabila bertemu dengan pelanggan yang memiliki minat yang sama. 


Sedang sibuk menjahit lining granny square bag
Ok la, setakat ini sahaja untuk hari ini.  Esok saya akan kongsikan pula pengalaman hari kedua saya.  Salam kait mengait daripada saya.

Salam Krusye

Rupa-rupanya sudah lebih dua bulan saya tidak meng'update blog dengan perkembangan terkini projek krusye.  Bukan malas atau ketiadaan idea ... tapi terlalu banyak kehilangan dan perkara yang menyedihkan berlaku pada dua bulan lepas ... huh!

Walaupun begitu, aktiviti berkrusye masih diteruskan biarpun agak perlahan.  Tempahan krusye pun masih ditutup setakat ini ... cuma jualan benang dan peralatan krusye masih diteruskan.  Rasanya, dalam pertengahan Jun ini barulah tempahan dibuka semula.

Apa-apapun, salam krusye untuk semua peminat seni ini.  Sehingga bertemu kembali pada entri akan datang.

Pindah Rumah?

Huh!!! hari ni saya agak busy mengemas untuk sesi pindah rumah ... ooppps ... bukan saya yang pindah rumah, tapi benang-benang di bawah ni yang bakal pindah ke rumah baharu.

Tempat simpanan benang

Setelah sekian lama bersesak-sesak dalam ruang yang sempit akhirnya koleksi benang-benang kesayangan saya mendapat rumah baharu ♥‿♥  Jeng ... jeng ... jeng ... inilah dia rumah benang saya ... rak lima tingkat gitu.

Rumah baharu benang

Perasaan tersangat gembira sebab selama ni kalau mau cari benang terpaksa membongkar dan terpaksa pula mengemas dan memasukkan semula benang-benang ke dalam non-woven shopping bag di atas.  Dengan adanya rak ni, mini library merangkap craft corner di rumah saya akan lebih kemas berbanding sebelum ini.

Masih tidak muat :(

Lepas susun-susun dan atur-atur ... hurmmmmm ... ruang rak lima tingkat ni masih tidak mencukupi untuk kesemua koleksi benang kesayangan saya.  Nampaknya, terpaksa beli satu lagi rak ... tapi terpaksa tunggu bajet akan datang.  Ok la, setakat ini sahaja dan sehingga berjumpa di lain entri ♥‿♥

1# Yay! Balik Kampung

Krismas datang lagi!, kali ni saya hampir-hampir tidak dapat balik kampung gara-gara direct flight Kuching - Kota Kinabalu full.  Nasib baik ada flight Kuching - Bintulu, Bintulu - Kota Kinabalu dan Kota Kinabalu - Sandakan untuk 23hb Disember.

Flight MH3904 Kuching - Bintulu jam 6.45 pagi
Penerbangan agak meletihkan sebab terpaksa banyak menunggu.  Tapi yang penting Beluran aku datang hehehehe ... jarum dan benang tetap dibawa bersama ^_^

Menyempatkan diri lagi untuk kait mengait
Sempat juga saya mengait facial tissue holder untuk membuang rasa bosan dan mengantuk yang teramat sangat, maklumlah terpaksa bangun seawal 4.30 pagi untuk bersiap.

Lapangan Terbang Bintulu
Sampai di Lapangan Terbang Bintulu pada sekitar jam 7.45 pagi dan terpaksa menunggu kira-kira sejam.  Dari Bintulu - Kota Kinabalu saya menaiki penerbangan MH3324 yang bertolak pada jam 9.10 pagi dan dijangka mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada 10.25 pagi.  Sekarang ni sedang update blog sementara menanti flight Kota Kinabalu - Sandakan jam 11.30 pagi nanti.

Walai Krusye @ TweetMarket #TwtUpKch 2012

Helloooo Disember!  Sorry sebab semakin jarang meluangkan masa untuk meng'update' blog dan blog walking.  Terlalu banyak komitmen yang perlu diutamakan sejak November lepas sehingga Disember ini. 

Sedang susun-susun & atur-atur
Menarik pada permulaan Disember ini ialah saya berpeluang menjadi salah seorang vendor TweetMarket pada program #TwtUpKch yang berlangsung pada 8 Disember (Sabtu).  Suasana sangat happening!

Huh! tidak terfikir pula bawa kain alas meja
Walaupun masa agak terhad untuk membuat persediaan untuk booth ini, ditambah lagi dengan komitmen lain yang juga memerlukan perhatian ... TAPI akhirnya dapat juga turut sama memeriahkan #TwtUpKch sebagai salah seorang vendor pada hari tersebut.

Antara benang yang dipamerkan
Ini merupakan pengalaman kali pertama menjual di tempat awam, jadi perasaan gemuruh bercampur gelisah sangat terasa tapi semua itu sedikit demi sedikit hilang setelah mendapat respon positif daripada orang ramai.

En. hubby pun turut membantu
Paling menyeronokkan apabila ada seorang rakan crocheter dikenali daripada FB page datang untuk belajar mengait kasut bayi.  Sayangnya masa agak terhad dan saya cuma dapat mengajarkan yang paling asas.  Dengar kabar, CT Zue sudah berjaya menyiapkan sepasang kasut bayi malam tadi ♥‿♥ 

Mengajar seorang rakan crocheter mengait asas kasut bayi
Ok la, setakat ini sahaja dan sehingga berjumpa di lain entri.

Walai Krusye @ #TweetMarket #TwtUpKCH 2012

Hello,  kepada semua rakan crocheter dan penggemar kraftangan krusye yang berada di Kuching,Sarawak, luangkan masa anda berkunjung ke booth Walai Krusye di #TwtUpKCH pada 8 Disember (Sabtu) akan datang bermula sekitar jam 1.00pm - 9.30pm di Old Court House, Kuching. 

Saya juga akan mengadakan demo mengait booties untuk mereka-mereka yg berminat.  Jadi pastikan anda tidak terlupa bawa crochet hook sendiri yer atau boleh beli daripada booth Walai Krusye ... benang pun boleh beli daripada saya hehehehe ♥‿♥ bawa sendiri pun no problem.

Selain itu saya juga akan menjual pelbagai benang kait import, set jarum krusye serta pelbagai hasil siap krusye pada harga berpatutan.  Lebih menarik lagi, pelanggan yang membuat pembelian minumum RM50 akan berpeluang membuat cabutan untuk peluang memenangi 10 hadiah menarik.  

Tapi yang paling menarik lagi ialah anda berpeluang melihat sendiri siapa orang di sebalik blog Walai Krusye ini ♥‿♥ Adakah saya ni seorang yang tinggi?  rendah?  kecil? besar? kurus?  montel?  comel?  kurang comel?  hehehe ... Jadi jumpa anda di sanaaaaaa ....


Shopping Benang Dari Turkey

Heloooo ... Hi ... Hi ... baru hari ni dapat update blog gara-gara internet line yang jalan macam siput.  Upload gambar pun dekat setengah jam.  Ibu jari saya yang sakit masih belum sembuh sepenuhnya lagi, tidak tau apa juga masalah, mau pegi klinik malas jg.

Yeah! sampai juga akhirnya ♥‿♥
 Ok la, tukar kepada topik utama pula.  Hari ni saya mau share hot cakes dari Turkey yang baru sampai semalam.  Walaaaa ... ini dia benang Acrylic Ecosse Baby.  Berat 100 gram dan punyalah lembut dan gebu berbanding benang acrylic yang biasa saya pakai.

100% Acrylic
Benang ni dalam kategori benang baru dan sempat juga saya beli pada harga promosi.  Semua benang di Ice Yarn murah-murah cuma kos penghantarannya yang mencekik hehehe ... Beli bukan alang-alang lagi ni, yang lain untuk diri sendiri dan yang lain untuk dijual ♥‿♥

Cuti Kait Mengait

Cedera ibu jari kanan
Ibu jari kanan saya ni rasa sakit dan sengal-sengal semacam saja sejak dua minggu lepas, rasa macam ada kecederaan dalaman pula.  Ni mungkin gara-gara kerja heavy duty memegang jarum kait siang dan malam hehehe ... So, untuk memastikan kecederaan tidak berterusan kenalah ambil cuti memegang jarum kait buat sementara waktu sehingga pulih ♥‿♥

4.1% Wanita Bekerja Dalam Bidang Kraftangan

Hello semua, hari ini saya ingin berkongsi satu maklumat menarik mengenai wanita Malaysia hari ini.  Kerajaan mensasarkan lebih ramai wanita bekerja pada tahun 2015. 

Lebih ramai wanita bekerja menjelang 2015
 Daripada maklumat yang saya perolehi di http://1malaysia.com.my jumlah wanita di Malaysia bekerja atau terlibat dalam peniagaan kraftangan dan yang berkaitan hanya 4.1%. 

4.1% wanita bekerja atau terlibat dalam bidang kraftangan
Bidang kraftangan merupakan bidang yang paling sedikit sekali diceburi oleh golongan wanita, tapi ini bermakna persaingan dalam bidang ini masih kecil dan kita masih mempunyai pasaran yang luas untuk diterokai ♥‿♥

Any crochet project planning for this weekend?

Cotton milk yarns from Cotton House Store
Happy Saturday crocheters!  Any crochet project planning for this weekend?  I've planning to crochet the most beautiful and difficult granny square pattern using all these cotton milk yarns this weekend.  Just wait and see.  So until see you all in my next post.  **Tiba-tiba blogging in English ... apa cerita??? Ntah betul atau tidak grammar yg saya pakai.  Apa-apapun Wish you all have a nice weekend ♥‿♥

TweetUp #Merdeka55 With Hook & Yarn

Acara Tweet Paling Banyak Dalam Masa Sejam di Malaysia bermula pada pukul 8.15 - 9.15 malam sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55 negara berjaya merekodkan jumlah tweet #Merdeka55 sebanyak 3,611,323 dan lima daripada tweet tersebut adalah daripada akaun twitter saya hehehe ... Lagi hebat sambil tweet sambil mengait lagi tu ... cewah! Selamat Hari #Merdeka55 ♥‿♥ 

Tempahan Krusye Mencabar

Hello semua, wah ... lama betul tidak update blog.  Pergi mana? saya sebenarnya tidak pergi mana-mana pun tapi ada beberapa perkara yang mengaral dan melintang serta membataskan masa untuk meng'update perkembangan terkini.  Tapi dalam tempoh tersebut sempat juga saya mencuri-curi masa menyiapkan beberapa projek krusye.  Lebih menarik lagi, pada Khamis lepas saya menerima satu tempahan istimewa daripada seorang customer online yang request set bayi seperti gambar-gambar di bawah. 

Google pix
Sebenarnya pening juga kepala bila tengok gambar-gambar yang diemailkan oleh customer ni.  Jadi saya inform dengan dia supaya beri saya masa untuk study terlebih dahulu semua pattern.  Setakat ni saya berjaya mengait puppy hat dan diaper cover yang sama tapi tidak serupa seperti gambar di atas.

Google pix
Sebentar tadi saya berjaya menyiapkan baby sneakers, semuanya dengan try and error ... biasalah kan ... usaha tangga kejayaan dan biarpun hasilnya tidak 100% serupa tapi sangat puas hati.  Tinggal booties seperti gambar di bawah ni yang nampak susah.

Google pix
Sukar sangat mau study pattern booties ni sebab menggunakan benang hitam.  Kalau benang warna cerah digunakan mungkin ok sikit.  Rasanya macam tidak terbuat saja ni ... mungkin saya akan suggest design booties sedia ada dengan dia.  Nanti saya akan upload gambar-gambar baby set yang saya telah siapkan pada update akan datang ... sehingga berjumpa lagi ♥‿♥

Stress Mengait Doily

Stress betul mengait doily ... saya kurang pasti dengan yang lain, tapi kecenderungan saya melakukan kesilapan ketika mengait doily sangat tinggi.  Doily Koleksi #4 yang saya cuba buat ni pun bukan besar sangat tapi baru beberapa round sudah banyak kali silap.

Projek mengait doily menggunakan benang polyester
Paling bikin stress setiap kali sudah masuk empat lima round baru perasan ada yang silap ... huh!!! Ingat mau cancel la niat mengait doily ni sebab dari petang semalam asyik salah saja.  Lebih baik mengait joining motif saja lepas ni :(

Ini satu-satunya doily yang berjaya saya buat ♥‿♥
Gambar di atas ni merupakan satu-satunya doily yang berjaya saya buat suatu ketika dahulu dengan penuh kesabaran.  Kalau diikutkan, saya lebih gemar mengait fillet dan joining motif berbanding doily atau alas meja bulat.  Mengikut pengalaman mengait fillet dan joining motif, kecenderungan berlakunya kesilapan sangat rendah.

Beli Benang Kait Online

Parcel pos laju daripada Comel Crochet Sue's
Ini first time saya mencuba-cuba membeli benang kait secara online.  Tertarik sangat dengan benang jenis polyester di Comel Crochet Sue's, apa lagi setelah berfikir-fikir dan membuat pilihan saya terus saja order.

Benang polyester
Bestnya, baru order petang semalam tiba-tiba bila terdengar bunyi hon van pos laju di depan rumah, sah!! benang kait yang saya order sampai.  Siapa-siapa yang biasa terima bungkusan pos laju gerenti kenal sangat frekuensi bunyi hon van pos laju ♥‿♥

Tapau Benang Dari Sabah

Sebulan lamanya bercuti di Beluran, Sabah, sempat juga saya shopping benang di Sandakan iaitu bandar terdekat dengan daerah Beluran.  Bukan calang-calang shopping, memang shopping sampai sengkek maklumlah kedai-kedai menjual aksesori jahitan dan kraf di Sandakan lebih banyak pilihan benang berbanding di Kuching.

Benang polyester
Sebanyak enam buah kedai yang saya kunjung dan dua daripadanya memang bikin rambang mata.  Benang jenis polyester di atas ni sebenarnya benang untuk menjahit karung tapi boleh digunakan untuk mengait alas meja bagi mereka yang gemarkan warna putih klasik seperti saya.  Saiz benang lebih kurang benang minlon family, tapi benang ni lebih kuat dan kukuh.

Benang Minlon spark-nylon & super crepe
Benang minlon jenis spark-nylon dan super crepe ni saya beli enam peket, RM5.00 sepeket berisi lima buku.  Murah tapi pilihan warna terhad, jadi saya cuma beli warna hijau, biru dan hitam/kelabu dua peket setiap warna.  Saiz kedua-dua jenis benang ni lebih kurang saiz benang minlon poly.

Benang Minlon Kool
Yang ini pula benang minlon kool, rupa-rupanya benang minlon ni ada dalam pelbagai jenis.  Minlon kool ni saiznya lebih besar dan ngam sangat dikait menjadi beg.  Saiznya hampir 3mm, lebih lembut berbanding rug yarn.

Benang cotton import
Entah apa yang merasuk sampai saya sanggup beli benang cotton import dari England ni.  Harga bukan main mahal lagi, RM15.80.  Tapi sekali-sekala merasa mengait menggunakan benang import apa salahnya kan ♥‿♥
 
Walai Krusye © 2008. Design by Pocket