Tempahan Dalam Bulan September

Hello ... baru hari ini berkesempatan meng'update blog dengan aktiviti terkini.  Akhir-akhir ini saya agak sibuk menyiapkan tempahan yang berderet-deret.  Gambar-gambar di bawah ni antara yang saya teringat mau ambil.  Ada yang tidak sempat mau ambil gambar disebabkan kekangan masa.

Mary Jane style - newborn size
Kasut bayi untuk newborn ini merupakan tempahan pelanggan yang pernah menempah crocodile stitch bag sebelum ini.  Booties ni khas untuk dihadiahkan kepada rakannya yang bakal melahirkan anak tidak lama lagi.  Warna adalah pilihan pelanggan sendiri.

Samsung Galaxy pouch
Smartphone pouch ni pula tempahan rakan en.hubby.  Warna pilihan adalah hitam ... huh! sangat mencabar juga mengait menggunakan benang hitam.  Ditambah lagi dengan kerja menjahit felt hitam sebagai lining ... lagi la mata rasa naik juling & berair hehehe.

Crocodile stitch bag & baby sets
Dua baby set beserta crocodile stitch bag ni pula tempahan isteri kazen hubby saya yang bakal melahirkan anak kedua pada Oktober ini. 

Ok la, setakat ini sahaja ... ada satu lagi tempahan smartphone pouch berwarna hitam yang perlu dijahit lining serta tiga lagi tempahan fat botom bag yang perlu disiapkan.  Sehingga bertemu pada entri akan datang ... salam kait mengait daripada saya.

3# Handphone Pouch

Hello ... Hi ... handphone pouch ini merupakan projek krusye terbaharu saya.  Wah ... memang betul-betul rajin pula saya akhir-akhir ini update blog dengan projek-projek terkini. Macam biasa saya lebih gemar sesuatu yang ringkas dan konsep inilah yang saya terapkan dalam projek handphone pouch #3. 

Empat warna, coklat, purple, pink dan biru

Saiz: 8.5cm (L) x 13cm (T)

2# Handphone Pouch

Minlon Family Handphone Pouch
Ini merupakan salah satu lagi projek krusye saya yang terbaharu saya sementara tangan masih rajin mengait sambil memanfaatkan saki baki benang minlon family yang ada.


14 cm tinggi x 9.5 cm lebar
Memandangkan ada lima warna baki benang yang masih dalam simpanan, jadi saya buat kesemua lima warna.  Saiz handphone pouch ni lebih kurang 14 cm tinggi x 9.5 cm lebar.

1# Handphone Pouch

Simple Handphone Pouch
Hello kepada semua penggemar krusye.  Sorry sebab agak lama tidak update blog Walai Krusye ini dengan koleksi pattern yang terbaru. Saya akan upload banyak lagi pattern-pattern seni mengait jarum satu ini untuk dikongsikan kepada anda.  Hari ini pula, saya ingin kongsikan projek krusye saya yang terbaharu iaitu handphone pouch.

9cm (lebar) x 15.5cm (tinggi)
Handphone pouch ini saya buat dalam lima warna berbeza iaitu kuning, biru, hijau, coklat dan merah jambu dengan menggunakan benang minlon family.
 
Walai Krusye © 2008. Design by Pocket